Pekerjaan sebagai Window Cleaner atau tukang cuci cermin pun ada di KidZania Kuala Lumpur. Ramai kanak-kanak sukakannya termasuklah Izzah!
Window Cleaner KidZania akan menggunakan baldi, squeegee, kain buruk dan spray air untuk mencuci tingkap. Seronok lah kot main spray-spray dan guna squeegee tu he he.
Teringat dulu masa sekolah asrama. Hujung minggu mesti ditugaskan mencuci tingkap dorm. Saya sangat suka. Sebab boleh panjat almari semasa mencuci!
Semasa kami ke KidZania KL hari tu, semua kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan mencuci cermin. Kiranya Izzah sangat bernasib baik dapat merasa pengalaman menjadi Window Cleaner KidZania KL.
Sebab sekarang ada peraturan baru dikenakan. Hanya kanak-kanak dengan ketinggian minimum 130 cm sahaja boleh menjadi Window Cleaner!
Had ketinggian dikenakan adalah bersebab. Masa Izzah jadi Window Cleaner, gondola tidak digunakan. Jadi Izzah hanya berada di bawah untuk mencuci cermin.
Tapi bila gondola digunakan maka kanak-kanak akan dinaikkan ke tempat yang tinggi untuk mencuci cermin. Gondola mempunyai palang keselamatan yang agak tinggi jadi hanya kanak-kanak berukuran lebih 130 cm layak menjadi Window Cleaner di KidZania KL.
Aktiviti sebagai Window Cleaner di KidZania Kuala Lumpur adalah dibayar gaji sebanyak 8 Kidzos. Seramai 3 orang kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dan berketinggian 130 cm ke atas dibenarkan menjadi Window Cleaner pada satu sesi selama 15 minit.
Tinggi Izzah baru 103 cm. Makan masa bertahun nak capai 130 cm tu. Nasib baik sudah merasa jadi Window Cleaner he he!
Nota Penting – Window Cleaner di Cleaning Master
- Aktiviti di Cleaning Master tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Hanya perlu berada di tempat mencuci cermin sepanjang masa aktiviti dijalankan.
- Window Cleaner KidZania KL dibayar gaji sebanyak 8 KidZos.
- Umur 4 tahun ke atas. Masa 15 minit. Tinggi minimum 130 cm.
Terima kasih untuk tips,lagipun akak nak cuba tempah birthday anak akak kat KIDZANIA TU….kalau boleh kak Ros Ibrahim datanglah sekali…
@Nadia, boleh je.. email saya naimsofea@yahoo.com 😀