Tips Melawat KidZania | Pengalaman Di Kidzania Malaysia – Demam Bola Kini Melanda KidZania Sportz 2018 & Cara Dapat Tiket KidZania KL Murah!

Bismillah. Cikros di sini.

KidZania Kuala Lumpur. Sudah lama sangat tak pergi KidZania KL ni. Last pergi masa Izzah umur 6 tahun which was in 2014, like 4 years ago!

Sebelum puasa hari tu, Izzah merayu nak pergi KidZania ikut rombongan lawatan sekolah. Aku tak bagi. Sebab aku memang dah plan nak bawa Izzah dan adik-adik dia pergi KidZania KL tu lepas raya. Hehe!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Tahu tak? Bermula 9 Jun hingga 8 Julai  2018 anak-anak boleh sertai aktiviti bertemakan BOLA SEPAK di KidZania SportZ Kuala Lumpur selama sebulan!

Bersempena dengan Piala Dunia 2018 iaitu acara bola sepak terbesar dunia, KidZania Kuala Lumpur ingin meraikan peminat bola sepak cilik di Malaysia!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Melalui KidZania SportZ 2018, ada banyak aktiviti yang akan diadakan termasuklah sesi futsal, “foosball” dan permainan yang disukai ramai, Subbuteo.

Ada juga penampilan istimewa daripada Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta bengkel bola sepak eksklusif oleh pasukan Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kanak-kanak dan seisi keluarga boleh mempelajari lebih lanjut tentang Bola Sepak Orang Buta dan mencuba nasib menjaringkan gol dengan mata ditutup dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia. Bukan itu saja, mereka juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak daripada Akar Umbi FAM dalam satu bengkel eksklusif.

“Memandangkan kehangatan bola sepak sudah semakin dirasai, kami yakin ini adalah  masa yang paling sesuai untuk menanam minat aktif bersukan dalam diri kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Sukan bukan sahaja satu aktiviti masa lapang yang menyihatkan, malah ia dapat meningkatkan daya koordinasi, meningkatkan  keyakinan diri dan memupuk kemahiran sosial. Permainan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang nilai bertolak ansur serta kerjasama. Kesemua nilai ini adalah aspek yang penting apabila sudah dewasa kelak dan kami berbangga dapat menganjurkan ‘KidZania SportZ’ buat kedua kalinya dan terus menggalakkan kanak-kanak untuk “Learn Life Today.”

Akitiviti Menarik KidZania SportZ 2018

Antara aktiviti bertemakan bola sepak yang akan diadakan di KidZania SportZ 2018 ialah:

  • Futsal: Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!
  • Foosball: Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
  • Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!
  • Permainan Video Bola Sepak: Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!

“Kami berbesar hati dapat memberikan sokongan dan menggalakkan minat kanak-kanak dalam sukan bola sepak menerusi program yang dianjurkan KidZania SportZ ini. Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan lagi penghargaan orang awam terhadap bola sepak dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula bermain bola sepak. Kejayaan dalam bola sepak bermula dari Akar Umbi.” kata YBhg Dato’ Hamidin bin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sunny Shalesh, Jurulatih Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia pula menambah, “Ini peluang terbaik kami untuk mendidik kanak-kanak tentang betapa pentingnya untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan positif, sepertimana orang buta mengharungi hidup mereka. Pasukan kami mempunyai kecekalan yang tinggi dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak tersebut.”

KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, memanah dan juga papan luncur jari!

Jadual, Lokasi & Durasi Aktiviti KidZania SportZ 2018

Jom kita tengok dengan lebih lanjut tentang aktiviti menarik bertemakan bola sepak di KidZania SportZ 2018 di KidZania KL.

1) Futsal (10am – 5pm)

Lokasi: Depan Bananana! Theatre (Ground Floor). Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Anak-anak boleh berlatih kemahiran menimang bola dalam perlawanan 2V2 atau boleh juga cuba masukkan bola dalam gol semasa ditutup mata!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

KidZania Kuala Lumpur KL Review

2) Foosball (10am – 5pm)

Lokasi: TV Studio (Upper Floor). Untuk semua peringkat usia termasuk ibu bapa!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Anak-anak dan ibu bapa boleh membentuk pasukan dan berlawan dalam foosball. Bestnya!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

3) Subbuteo (10am – 5pm)

Lokasi: TV Studio (Upper Floor). Untuk semua peringkat usia termasuk ibu bapa!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Anak-anak boleh menyertai football super-league, in table top form!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

4) Permainan Video Bola Sepak / Football Video Game (10am – 5pm)

Lokasi: Job Information Centre. Untuk semua peringkat usia termasuk ibu bapa!

Anak-anak dan ibu bapa dijemput bermain permainan video bola sepak FIFA di Job Information Centre.

KidZania Kuala Lumpur KL Review

5) Papan Luncur Jari / Finger Skateboarding (10am – 5pm)

Lokasi: TV Studio (Upper Floor). Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Papan luncur jari? Anak-anak dapat melatih koordinasi tangan-mata dengan bermain papan luncur jari ini!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

6) Sukan Berbasikal / Bike Training (10am – 5pm)

Lokasi: TV Studio (Upper Floor). Untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas (tinggi 120 cm ke atas) sahaja.

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Aktiviti berbasikal boleh meningkatkan stamina, kekuatan dan kecergasan anak-anak.

KidZania Kuala Lumpur KL Review

7) Ping Pong Bersama Robot / Table Tennis Robot Training (10am – 5pm)

Lokasi: Event Space (Ground Floor). Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Anak-anak dan ibu bapa berpeluang berlawan ping pong dengan robot!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

8) Memanah Archery (10am – 5pm)

Lokasi: Radio Station Alley (Ground Floor). Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Anak-anak boleh mengasah bakat memanah menggunakan busur dan anak panah di sini!

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Cara Dapat Tiket KidZania KL Murah!

Jom datang beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018!

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan DISKAUN 20% untuk tiket masuk dengan kod promo <SPRTZ2>.

KidZania Kuala Lumpur KL Review

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia, Decathlon, Spritzer, Arrouha Archery Malaysia dan The Positibo Fingerboard.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Ahad

KidZania Kuala Lumpur KL Review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *