Tips Melawat Kidzania Malaysia | Pengalaman Kidzania KL – Simpan Duit Kidzos di Central Bank of KidZania (CBK) ATM Debit Card

Bismillah. Cikros di sini.

KidZania Malaysia adalah tempat untuk kanak-kanak “bekerja”. Bila bekerja tu mesti dapat gaji kan. Kepok-kepok duit KIDZOS (matawang KidZania) yang anak pasti dapat. Hehe!

Nak buat apa dengan duit KidZos banyak-banyak tu? Anak boleh belanja beli barang cenderahati daripada KidZania Department Store.

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Duit Kidzos

Tapi kalau nak tebus beli barang cenderahati yang lagi best dan besar mesti simpan dulu duit Kidzos tu hingga beribu-ribu Kidzos. Masa tu baru lah best shopping sakan.

So di KidZania KL ni pun ada bank yang berfungsi seperti bank yang sebenar iaitu untuk menyimpan duit KidZos.

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur

Anak boleh membuka akaun di Central Bank of KidZania dengan mendeposit minima 50 Kidzos. Selepas itu anak akan dapat sekeping ATM Debit Card yang boleh digunakan untuk menyemak baki atau mengeluarkan wang di mesin ATM. Wah, bestnya!

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur

Dulu CIMB, Sekarang CBK

Masa Izzah ke KidZania Malaysia in 2012-2014, bank di KidZania adalah ditaja oleh CIMB Bank. So dapat kad ATM CIMB.

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Izzah Buka Akaun Bank – 2012

Gigih dia beratur setiap kali ke KidZania KL untuk simpan duit KidZos dalam bank. Macam tak percaya budak kecik umur 4 tahun boleh berdikari selesaikan urusan di bank.

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Kena beratur sendiri dalam bank – 2012

Masa aku dan Izzah pergi KidZania Malaysia pada akhir tahun 2014, kami keluarkan semua duit KidZos simpanan Izzah.

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Simpan duit Kidzos kepok-kepok dalam bank – 2012

Sudah sampai masanya Izzah guna duit simpanan dia yang kepok-kepok tu untuk redeem barang. Seronok dia shopping sakan. Hehe!

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Mesin ATM – 2012

Hari tu time kami ke KidZania again selepas bertahun-tahun tak pergi, aku perasan bank di KidZania Malaysia sudah bukan lagi milik CIMB.

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Irdina – Central Bank of KidZania 2018

Logo bank sudah bertukar menjadi Central Bank of KidZania (CBK). Kad ATM pun of coz dapat CBK ATM Debit Card.

CBK ATM Debit Card

Aku rasa memang bagus buka akaun bank untuk anak di KidZania. So that mereka boleh belajar untuk menyimpan duit gaji mereka. Macam di dunia yang sebenar lah. Menyimpan kan bagus untuk masa depan.

Tapi ada satu perkara tentang Kad Debit ATM Bank KidZania yang aku rasa macam tak berapa best.

Kad ATM CBK tak secure sebab tak guna password macam kad bank sebenar. Masa nak semak baki atau keluarkan duit, just masukkan kad ATM dalam slot di ATM dan terus dapat tengok baki atau keluarkan duit.

So apa akan jadi kalau kad ATM tu hilang / tercicir dan dijumpai orang lain? Mudah sangat lah yang jumpa tu nak kebas duit dalam akaun bank tu kan. Mahu menangis anak kalau hilang ribu-ribu Kidzos. Huhu!

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Izzah belajar guna ATM – 2012

Memang lah duit Kidzos tu adalah matawang yang hanya laku dalam KidZania. Tapi duit Kidzos tu bukan sahaja laku di KidZania Malaysia tapi juga boleh guna di KidZania yang berada di negara lain. Seronok sakan lah orang tu shopping beli barang di KidZania.

So anak kena sentiasa berhati-hati supaya kad ATM tak hilang. Jika hilang mesti cepat-cepat report pada bank dan buat yang baru.

Aku rasa baki dari kad yang hilang boleh dipindahkan ke kad ATM baru selagi tiada orang yang keluarkan duit Kidzos menggunakan kad ATM KidZania itu.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Nombor ATM Card & Expiry Date

Pada kad ATM KidZania tu ada nombor kad dan tarikh luput. Macam kad bank yang sebenar lah.

Tapi nombor yang tertera pada kad serta tarikh luput tu HANYALAH HIASAN semata-mata. Hehe!

Kidzania Malaysia Kuala Lumpur
Kad ATM CIMB (lama) vs Kad ATM CBK (baru)

Macam nombor kad CBK ATM tu, aku tengok sama je dengan kad CIMB ATM yang lama tu. Aku pasti semua kad ATM kanak-kanak yang berlainan mempunyai nombor kad dan tarikh luput yang sama. Haha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *