Bismillah. Cikros di sini.
Salah satu tips yang aku share dalam post 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA ialah untuk BUAT PAZZPORT KIDZANIA.
KidZania membuka permohonan kepada kanak-kanak untuk menjadi “warganegara” / citizen bandar KidZania dengan membuat passport @ pazzport KidZania.

Pazzport berharga RM33 (one time payment) dan boleh dibuat di B KidZanian Pazzport Office di upper floor. Tapi kalau nak jimat boleh terus beli Pazzport ni kat Ticketing Counter dengan harga RM28. Selepas beli kena pergi pazzport office untuk isi maklumat dan ambil gambar. Masa beli tiket tu sila tanya penjaga kaunter tu lah ye.

Sebelum masuk ke dalam B. KidZanian Pazzport office tu, sila ambil borang dan isi di kiosk yang terletak di luar pejabat tersebut.

Take note yang borang application pazzport KidZania tu adalah bertulisan kecil. So jika rabun sila bawa cermin mata.

Ada banyak kelebihan atau benefit mempunyai pazzport KidZania @ menjadi citizen KidZania iaitu:
- Dapat extra duit kidzos untuk aktiviti yang dibayar / diskaun Kidzos untuk aktiviti yang kena bayar
- Kumpul stamps / cop selepas selesai aktiviti di establishments. Stamps ini akan menentukan level citizenship. Lebih tinggi level, lebih banyak kelebihan dan diskaun yang akan diterima.
- Special activities invitation untuk pemegang pazzport Distinguished Citizen dan Honorable Citizen
- Diskaun kidzos atas redemption items (barang boleh tebus) di KidZania Department Store
- Diskaun RM atas belian barang di KidZania National Store
- Priority lane bagi pemegang pazzport Distinguished Citizen dan Honorable Citizen

3 Level Pazzport KidZania
Pazzport KidZania ada 3 tahap iaitu:
- Naturalized Citizen (Entry Level) – earn and save 2 extra kidzos per activity
- Distinguished Citizen (30 stamps) – earn and save 4 extra kidzos per activity
- Honorable Citizen (60 stamps) – earn and save 6 extra kidzos per activity
Aku buat pazzport KidZania untuk Izzah masa lawatan ke KidZania Malaysia pada akhir tahun 2014. Masa tu pazzport baru diperkenalkan dan harga pazzport mahal juga RM50 serta dapat pazzport, beg uncang dan lanyard KidZania.
Kami datang lagi ke KidZania KL pada bulan Jun 2018. Since Izzah dah ada pazzport so dia boleh guna pazzport untuk collect stamps dan dapat extra 2 kidzos / diskaun 2 kidzos.
Aku tak terfikir nak buat pazzport untuk Irfan dan Dina sebab ingatkan tak akan datang lagi KidZania dalam masa terdekat. But then rezeki anak-anak, aku dapat free voucher tiket KidZania so bulan Ogos, kami pergi lagi KidZania 2 kali!
So this time, aku terus buatkan pazzport KidZania untuk Irfan dan Irdina. Bayaran setiap seorang RM33 dan dapat pazzport serta beg uncang. Harga murah sebab sekarang dah tak dapat lanyard.
Menyesal jugak sebab masa bulan Jun tu tak buat terus pazzport untuk Irfan. Sebab Irfan sudah kerugian dalam 14 stamps masa bulan 6 tu.
Pazzport KidZania ni kalau hilang atau rosak kena bayar RM20 untuk replacement. So jaga lah pazzport ni baik-baik macam jaga passport yang betul. Hehe!
Expiry Date Pazzport KidZania
Bayi dan kanak-kanak boleh buat pazzport KidZania ni. Setiap pazzport akan expire / luput sebaik sahaja kanak-kanak mencecah umur 17 tahun. Pazzport anak-anak aku luput pada 2025 (Izzah), 2029 (Irfan) dan 2032 (Irdina).
Pazzport KidZania ni boleh diguna di mana-mana KidZania seluruh dunia yang ada program pazzport. So each time pergi ke KidZania negara berlainan, akan dilekatkan sticker KidZania bandar / negara tersebut dalam pazzport.

Upgrade Pazzport KidZania
Sebaik sahaja pazzport anak dah cukup stamps samada 30 atau 60 , parents kena cepat-cepat pergi semula ke B.KidZanian Pazzport Office untuk TUKAR PASSPORT BARU.
Warna passport adalah berbeza ikut level.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Naturalized Citizen (Entry Level) – warna merah
- Distinguished Citizen (30 stamps) – warna oren
- Honorable Citizen (60 stamps) – warna coklat
Sebab apa kena cepat tukar pazzport? Supaya anak akan dapat nikmati benefits untuk pazzport level seterusnya. Jika masih kekal guna pazzport lama so benefits still pada level yang lama lah. So ada kerugian di situ.
Izzah dah lebih 30 stamps so dah tukar pazzport kepada Distinguished Citizen. Tapi masa pergi pejabat pazzport tu, katanya pazzport Distinguished Citizen yang warna oren kehabisan stok.
So mereka just ambil gambar Izzah yang baru dan print maklumat serta tampal dalam passport lama. Kat luar pazzport tu just tampal perkataan Distinguished. Nanti dah ada stok baru mereka tukar oren dan transfer stamps ke dalam passport baru.
Since Izzah dan pazzport Distinguished Citizen, so dia dah enjoy benefit baru iaitu dapat extra 4 kidzos / diskaun 4 kidzos. Maka cepat sikit lah dapat kumpul duit kidzos kepok-kepok. Target tahun depan nak redeem barang-barang yang best. Haha!
Level Terkini Pazzport Anak Aku (updated 23 Ogos 2018)
Aku update kat sini level terkini pazzport KidZania anak-anak aku.
- Izzah – Distinguished Citizen (46 stamps)
- Irfan – Naturalized Citizen (23 stamps)
- Irdina – Naturalized Citizen (8 stamps)
Izzah tu aku rasa next trip ke KidZania Malaysia dia boleh buat lagi 14 aktiviti untuk lengkapkan 60 stamps. So boleh terus upgrade pazzport ke Honorable Citizen.
Irfan pula perlukan lagi 7 stamps sahaja untuk upgrade pazzport ke Distinguished Citizen.
Irdina pula macam kena pergi 3 kali lagi ke KidZania baru boleh upgrade jadi Distinguished Citizen. Maklumlah, aktiviti untuk toddler ni limited sangat. Bertabahlah ye. Hehe!