Bismillah. Cikros di sini.
First time nak pergi KidZania Malaysia? Maybe dah lama tak pergi KidZania dan sekarang nak bawa anak ke sana lagi?
Sila baca 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA yang aku susah-payah tulis tu. Tips ni tips terbaru melawat Kidzania KL so ia memang sangat berguna untuk omak dan abah sekelian alam. Hehe!
Aku pernah tulis tentang pengalaman melawat KidZania Malaysia bersama Izzah about 6 years ago. Sebab dah lama sangat so ada a few things tentang KidZania KL yang dah berubah.

So aku nak cerita pengalaman terbaru pergi KidZania Malaysia plus selit juga story dan gambar pengalaman melawat KidZania yang lepas. Kiranya macam buat comparison lah.

Tapi tu semua dalam entri lain lah ye. Setiap aktiviti atau pekerjaan di KidZania Malaysia aku akan tulis special post masing-masing.
Harga Tiket KidZania Murah
Nak pergi KidZania Malaysia of coz kena beli tiket. Aku suggest BELI TIKET KIDZANIA ONLINE. Sebab dapat cheaper 10% daripada harga tiket walk-in. Malah boleh dapat 20% diskaun jika ada KOD PROMO yang dimasukkan masa beli tiket KidZania tu online.
Nak tau macam mana nak dapat kod promo KidZania Malaysia sila baca 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA tu.
Selepas beli tiket KidZania KL secara online tu SILA PRINT TIKET KIDZANIA tu. Bawa tiket yang dicetak semasa daftar masuk ke KidZania untuk pengesahan.

Parking KidZania KL
Tempat parking di bangunan Curve NX ni ada banyak di B1 dan B2. Tapi aku saran datang awal lah. Kalau lambat sure parking full dan kena parking kat bangunan lain. Kena menapak sikit lah nak ke KidZania nanti. Haha!
Harga parking KidZania Malaysia ni masa aku pergi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang adalah RM6. Aku rasa ni maximum rate per day kot.
Kaunter Tiket @ Airport KidZania Malaysia
Kaunter tiket KidZania KL ni *dan juga KidZania lain di seluruh dunia* memang kelihatan macam kaunter tiket di airport. Syarikat penerbangan yang menaja airport dan aktiviti flight simulator di KidZania KL ialah AirAsia. So logo AirAsia ada di mana-mana sahaja.
Ada 2 barisan untuk ke kaunter tiket KidZania:
- Barisan tiket online
- Barisan walk-in purchase + redeem free voucher
Satu lagi sebab kenapa better beli tiket KidZania online ialah pengunjung dengan tiket online lebih diutamakan. Proses untuk daftar masuk pun lebih cepat sebab semua maklumat sudah ada dalam sistem KidZania dan mereka hanya perlu verify sahaja.
Aku hari tu dapat voucher tiket KidZania percuma so kena beratur dalam barisan walk in untuk redeem tiket masuk. Kami yang first datang beratur tapi bila kaunter buka, kesemua penjaga kaunter panggil dulu pengunjung yang ada tiket online.

Selepas settled yang online purchase tu baru kaunter kosong panggil aku. Macam anak tiri pulak rasa. Geram lah jugak. Patutnya at least bila buka, satu kaunter tu terus panggil pengunjung dari barisan walk in tu. Datang awal kena tunggu pulak. Huhu!
So beli lah tiket KidZania Malaysia online. Lebih murah, menjimatkan masa dan tidak rasa geram kena tunggu lama.
Gelang Keselamatan KidZania
Setiap pengunjung akan dipakaikan gelang keselamatan @ safety bracelet yang akan diimbas semasa daftar masuk dan daftar keluar.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Gelang keselamatan ni juga akan di scan semasa memulakan dan mengakhiri sesuatu aktiviti. Ia juga digunakan oleh jurugambar profesional untuk track gambar yang diambil jika kita nak beli nanti.
Naik Eskalator Ke Tingkat 4
Selepas daftar masuk, pengunjung kena naik eskalator ke tingkat 4. Kat sini ada security officer yang akan check beg sebelum dibenarkan naik eskalator ke tingkat 5 iaitu pintu masuk KidZania Malaysia.
Bayangkan aku dengan 3 anak naik eskalator bertingkat-tingkat tu. Izzah tu okey lah dah besar. Irfan pulak takut-takut setiap kali nak melangkah naik eskalator tu. Aku kena pegang tangan dia sehingga dia berjaya melangkah naik tangga bergerak tu.
Sambil tu aku kena galas beg sandang dan dukung Irdina yang berat dekat 10kg tu semasa naik eskalator. Memang merecik peluk omak ni. Seram pun ye jugak. Huhu!
Memang ada lif kat KidZania KL tu. Tapi hanya pengunjung dengan baby pram / stroller dan OKU berkerusi roda yang dibenarkan guna lif.
Job Information Centre
Sebaik sahaja masuk dalam KidZania Malaysia, ada kaunter Job Information Centre di sebelah kanan. Boleh minta PETA KIDZANIA daripada petugas di situ. Kalau nak tanya apa-apa pun boleh.
Bagi yang dah pro macam aku ni tak payah singgah kat Job Information Centre tu. Kami terus bergegas menuju ke salah satu 6 aktiviti yang kena booking @ ambil sticker pada masa hiring yang di tetapkan.
- Fire Station (ground floor)
- Police Station (ground floor)
- Burger Shop (ground floor)
- Air Asia Flight Simulator (upper floor)
- Vitagen Marigold Milk Factory (upper floor)
- Pharmaniaga Vitamin Research Institute (upper floor)
Nak tau lebih lanjut tentang HIRING TIME tu sila baca 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA tu.