Bismillah. Cikros di sini.
Aku dan anak-anak sudah banyak kali pergi ke KidZania Malaysia tu. Terbaru aku pergi ke KidZania KL ialah pada bulan Ogos 2018.
So now aku nak share 15 Tips Melawat KidZania Malaysia yang korang mesti baca sebelum pergi ke KidZania KL. Especially jika ini adalah kali pertama pergi ke Kidzania tu.
Bukan mesti tapi dah tahap wajib baca tips ni tau. Sangat berguna jika tak mau sakit hati, bengang dan kena stress melampau. Haha!
Harga tiket masuk KidZania Malaysia ni memang mahal bagi orang bukan ado-ado macam aku ni. Sebab tu kena PLAN betul-betul jika nak buat lawatan ke KidZania KL ni.
Parents kena rancang untuk anak dapat buat seberapa banyak aktiviti pekerjaan @ jobs setiap kali masuk KidZania. To do that, ada a few things yang korang kena tau dari orang yang dah ada pengalaman melawat KidZania Malaysia ni.
Target lah untuk buat at least 10 jobs setiap kali masuk KidZania KL. Baru lah rasa berbaloi dengan harga tiket KidZania tu kan.
TIPS KIDZANIA #1 ~ HARGA TIKET KIDZANIA MALAYSIA
Harga tiket KidZania Malaysia 2018 berbeza ikut kategori berikut:
- Baby bawah 2 tahun – FREE
- Toddler 2-3 tahun – RM41 (walk in) | RM36.90 (online*)
- Kanak-kanak 4 – 17 tahun – RM85 (walk in) | RM76.50 (online)
- OKU Kanak-kanak 4-17 tahun – RM34 (walk in)
- Dewasa 18-59 – RM45 (walk in) | RM40.50 (online)
- Warga Emas 60 ke atas – RM34 (walk in) | RM30.60 (online)
Nota *: Harga tiket KidZania Malaysia online lebih murah, ada diskaun 10%. Beli tiket online: https://ticketing.kidzania.com.my/
So boleh kira sendiri lah ye berapa kos kena bayar untuk tiket masuk KidZania Kuala Lumpur ni.Macam aku biasa beli online tiket Kidzania 1 dewasa, 1 toddler dan 2 kanak-kanak. Jumlah duit terbang ke KidZania ialah RM230. Fuhhh!
Kalau anak-anak ramai tu sendiri mau ingat la ye. Tapi jangan risau lah. Aku ada tips baik punya untuk dapat tiket masuk KidZania Malaysia harga murah. Teruskan membaca!
TIPS KIDZANIA #2 ~ HARGA TIKET KIDZANIA MURAH
Actually ada banyak cara untuk dapat harga tiket KidZania Malaysia murah. KidZania KL selalu ada harga promosi untuk both belian tiket walk-in dan online.
Beli Tiket KidZania Murah Online
Beli tiket KidZania Malaysia murah secara online dapat JIMAT 10% berbanding beli offline / walk-in kat kaunter.
Kalau nak diskaun lebih banyak, boleh apply KOD DISKAUN tertentu untuk belian tiket KidZania KL online tu. Kod diskaun harga tiket KidZania Malaysia ada di bahagian PROMOTIONS kat website KidZania Malaysia.
Antara kod diskaun tiket KidZania KL online terkini (updated 2/11/2018) ialah:
- Diskaun 35% – Code: DPVL35 (1 Nov – 7 Nov 2018)
- Diskaun 25% – Code: PLUS25 (28 Oct – 31 Dec 2018)
- Diskaun 25% – Code: FOOD25 (24 Nov – 31 Dec 2018)
- Diskaun 20% – Code: TESCO2 (2 Jan – 31 Dec 2018)
Selepas beli tiket KidZania KL murah secara online tu SILA PRINT TIKET KIDZANIA tu. Bawa tiket yang dicetak semasa daftar masuk ke KidZania untuk pengesahan.
Beli Tiket KidZania KL Walk-In (Kaunter)
Beli tiket KidZania Malaysia secara walk-in ke kaunter pula lagi banyak pilihan untuk dapat diskaun antara 20-35%. Untuk belian tiket KidZania harga murah di kaunter ni, kena tunjuk dokumen tertentu yang diperlukan mengikut tawaran promosi.
Antara harga promosi tiket KidZania KL walk-in terkini (updated 2/11/2018) ialah:
- Diskaun 30% (10 Oct – 25 Nov 2018) – tunjuk label air mineral Spritzer 600ml / 1Liter
- Diskaun 25% (10 Oct – 30 Dec 2018) – tunjuk resit Fipper minima RM30
- Diskaun 25% (1 Oct – 30 Dec 2018) – tunjuk resit McDonald minima RM20
- Diskaun 20% (2 Jan – 31 Dec 2018) – tunjuk TESCO Clubcard
- Diskaun 20% (1 Apr2018 -31 Jan 2019) – tunjuk sticker / tray coupon dari belian Citrex Bundle or Triple Pack (Vitamin C 100mg (children) orange, Vitamin C 100mg (children) blackcurrent, Smarto)
- Diskaun 30% (1 Jan – 31 Dec 2018 ) – tunjuk staff ID / name card bagi staff industry partners KidZania KL
Ada juga diskaun khas untuk meraikan birthday kanak-kanak yang ada KidZania Citizen Pazzport iaitu:
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- Diskaun 35% (lawat KidZania dalam bulan birthday kali pertama & kedua) – tunjuk KidZania Pazzport. FREE tiket untuk kanak-kanak yang lawat Kidzania kali ketiga dalam bulan birthday + diskaun 35% untuk ahli keluarga
TIPS KIDZANIA #3 ~DEWASA MASUK TEMAN KANAK-KANAK
KidZania KL adalah taman tema khas untuk kanak-kanak. Syarat ketat ialah orang dewasa hanya boleh masuk KidZania untuk menemani kanak-kanak.
Tak kisah samada temankan anak sendiri atau anak saudara. Janji kena bawa budak.
TIPS KIDZANIA #4 ~ UMUR BAWAH 8 TAHUN KENA DITEMAN
Kanak-kanak bawah umur 8 tahun wajib ditemani penjaga dewasa (ibu, bapa, makcik, kakak etc). Jadi kena beli tiket dewasa juga lah.
Kalau umur 8 tahun ke atas dan parents yakin anak boleh berdikari maka anak boleh masuk tanpa penjaga dewasa.
TIPS KIDZANIA #5 ~ ELAK PERGI MASA HARI PUNCAK
Peak days ke KidZania Malaysia ialah pada cuti umum dan hujung minggu masa cuti sekolah. Time tu both anak dan parents kan cuti so memang sangat ramai orang.
So kalau boleh elakkan pergi ke KidZania KL masa peak days tu. Parents kena korban sikit ambik cuti lah.
Aku rasa waktu paling bagus untuk pergi KidZania Malaysia ialah:
- Anak belum sekolah (umur bawah 7 tahun) – hari biasa pada hari persekolahan
- Anak dah sekolah (umur 7-17 tahun) – hari biasa pada masa cuti sekolah
TIPS KIDZANIA #6 ~ WAKTU OPERASI KIDZANIA KL
Anak-anak aku dua orang dah sekolah, so the best time untuk aku pergi adalah masa hari biasa (Isnin-Jumaat) masa cuti sekolah.
Hari Bukan Cuti Sekolah / Cuti Umum
- 10am – 5pm (Sunday – Friday)
- 10am – 7pm (Sabtu)
- ISNIN TUTUP
Hari Cuti Sekolah & Cuti Umum
- 10am- 7pm (Sunday – Monday)
So masa cuti sekolah dan cuti umum ada extra 2 jam dan hari Isnin juga dibuka. Time ni boleh target untuk buat sebanyak yang boleh aktiviti dalam KidZania Malaysia.
TIPS KIDZANIA #7 ~ KAMERA BOLEH BAWA MASUK
Parents boleh bawa masuk kamera dan ambil gambar anak dalam KidZania KL. Tapi parents hanya dibenarkan ambik gambar anak dari luar establishments sahaja. Tak boleh masuk ke dalam tempat aktiviti untuk ambil gambar.
Kalau tempat yang kat ground floor tu mostly mudah nak ambil gambar. Tapi kalau kat upper floor tu banyak tempat susah parent nak tengok. Contohnya: Air Flight Simulator dan General Hospital.
Hanya photographer KidZania yang dibenarkan ambik gambar dalam tempat aktiviti. So kalau nak gambar boleh beli di kedai gambar sebelah pintu keluar.
Nanti akan dapat gambar printed dan pada gambar tu ada KOD GAMBAR yang boleh digunakan untuk download gambar tu dari galeri gambar KidZania online.
A few years ago harga sekeping gambar RM20, kombo 3 keping RM50. Tapi harga sekeping gambar sekarang aku tak tau berapa.
TIPS KIDZANIA #8 ~ AIR BOLEH BAWA, MAKANAN TAK BOLEH
Makanan dari luar tak boleh dibawa masuk ke dalam KidZania Malaysia. Security officer akan check beg so jangan nak sorok-sorok makanan dalam beg tau.
Kedai makan ada dalam KidZania KL ni. Tapi pilihan sangat terhad dan harga pun mahal. Tapi dah lapar sangat terpaksa beli jugak lah kan. Antaranya:
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
- Restoran KidZania Zuper Burger (ground floor sebelah burger shop Mc D)
- Bakeri Sweet Butterfly (upper floor dekat Air Asia Flight Simulator)
- Damakan Japanese & Korean Food (ground floor depan Flamingo Hotel)
Ada jugak stall kecik lain yang jual ais krim, waffles, pop corn, cotton candy dan sebagainya.
Harga air mineral dalam KidZania tu sebotol kecil 350ml tu pun dah harga RM3.50.
Nasib baik air botol / air mineral dibenarkan bawa masuk dalam KidZania KL. So dapat jimat lah sikit.
TIPS KIDZANIA #9 ~ BOOKING AKTIVITI IKUT HIRING SLOT
Parents take note! Ada 6 aktiviti “hot” yang kena booking (ambik sticker) pada masa hiring yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ni tak boleh walk-in kena book dulu tau. Klik link di bawah untuk lihat gambar dan tips.
- Fire Station (ground floor)
- Police Station (ground floor)
- Burger Shop (ground floor)
- Air Asia Flight Simulator (upper floor)
- Vitagen Marigold Milk Factory (upper floor)
- Pharmaniaga Vitamin Research Institute (upper floor)
Aku nasihatkan untuk anak ambik booking sticker 2 aktiviti kat atas tu sebaik sahaja masuk dalam KidZania Malaysia. Tak boleh ambik lebih dari 2 stickerdalam satu masa hiring. Hanya kanak-kanak boleh beratur ambik booking sticker. Parents jangan nak mengada tau!
Aku share sini Hiring Time untuk panduan:
- Fire Station – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
- Police Station – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
- Burger Shop – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
- Air Asia Flight Simulator – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
- Vitagen Marigold Milk Factory – 9.50am | 11.40am | 1.30pm | 3.20pm | 5.10 pm
- Pharmaniaga Vitamin Research Institute – 9.50am | 12.00pm | 2.10pm | 4.50pm
Hiring time adalah sama sahaja kecuali untuk Pharmaniaga Vitamin Research Institute.
So sebaik sahaja masuk KidZania pada pukul 9.50 am tu, make sure anak pergi beratur ambik booking sticker pada hiring time tu. Contohnya: Pergi ambik sticker Fire Station kemudian terus ambik stickerPolice Station atau Burger Shop.
Hiring time tu hanya untuk ambik booking sticker sahaja. Masa untuk buat aktiviti ada tertulis pada sticker tersebut. So 10 minit sebelum masa aktiviti kena datang balik ke tempat tersebut.
Jika terlambat datang pada masa yang ditetapkan, anak kena beratur semula untuk ambik sticker lain. So be punctual!
TIPS KIDZANIA #10 ~ SYARAT UMUR & KETINGGIAN
Aktiviti dalam KidZania KL Malaysia ada had umur. So make sure tengok dulu had umur sebelum anak beratur.
Aku tengok ada budak menangis sebab dah beratur lama tapi tak dibenarkan masuk sebab tak cukup umur. Parents kena alert lah.
Ada certain aktiviti KidZania ni perlu ketinggian minima baru boleh main. Antaranya ialah:
- F&N Wall Climbing – 120 cm
- Vehicle Licensing / Driving Street – 130 cm
TIPS KIDZANIA #11 ~ MASA AKTIVITI BERBEZA
Setiap aktiviti / job dalam KidZania Malaysia ni ada tempoh masa tertentu. Ada yang 15 minit, 20 minit, 30 minit dan 60 minit.
Hanya beberapa orang kanak-kanak boleh sertai aktiviti pada masa yang sama. Bilangan peserta berbeza ikut aktitiviti.
Sila rujuk jadual maklumat yang ditampal pada pintu / dinding setiap establishment dalam KidZania KL tu.
TIPS KIDZANIA #12 ~ AKTIVITI DIBAYAR & BERBAYAR
Setiap kanak-kanak akan diberikan duit 50 kidzos per ticket semasa check in masuk ke dalam KidZania Malaysia. Duit Kidzos ni boleh guna untuk bayar yuran aktiviti tertentu dan juga beli souvenir.
Take note yang ada aktiviti / jobs dalam KidZania Malaysia ni yang bila anak buat dia akan dibayar gaji dalam bentuk duit Kidzos. Contohnya: Fire Station, Police Station etc. Buat lah jobs dalam KidZania ni banyak-banyak supaya anak dapat kumpul lebih banyak duit Kidzos.
Ada juga aktiviti yang anak pelu bayar Kidzos untuk sertai. Contohnya: Burger Shop, Vitagen Marigold Milk Factory etc
So parents kena alert tengok dulu maklumat yang ditampal di pintu / dinding establishments.
TIPS KIDZANIA #13 ~ AKTIVITI UNTUK TODDLER 1-3 TAHUN
Kebanyakan aktiviti di KidZania Malaysia adalah untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. Tapi ada juga aktiviti yang anak umur dari 1 tahun boleh sertai dan dibayar gaji.
Sila minta senarai aktiviti toddler dari kaunter atau Job Information Centre dalam KidZania KL.
TIPS KIDZANIA #14 ~ BUAT CITIZEN PAZZPORT
Aku sarankan parents untuk buat KidZania Citizen Pazzport untuk anak. Sebab dengan adanya pazzport ni anak boleh dapat extra 2 kidzos untuk aktiviti yang dibayar duit. Manakala aktiviti yang kena bayar pula anak akan dapat diskaun 2 kidzos.
Setiap kali buat aktiviti, pazzport akan di cop / stamped oleh establishment tersebut.
Pazzport berharga RM33 (one time payment) dan boleh dibuat di B KidZanian Pazzport Office di upper floor.
Take note pazzport KidZania ni ada 3 level iaitu:
- Naturalized Citizen (Entry Level) – earn and save 2 extra kidzos per activity
- Distinguished Citizen (30 stamps) – earn and save 4 extra kidzos per activity
- Honorable Citizen (60 stamps) – earn and save 6 extra kidzos per activity
Ada beberapa lagi benefits buat pazzport KidZania ni termasuklah diskaun shopping dalam National Store, diskaun atas redemption items dan special activities untuk pemegang pazzport sahaja di establishments tertentu.
TIPS KIDZANIA #15 ~ SURAU
Surau ada berhampiran tandas dekat Kurlz Beauty Salon & Z Mart Retail Shop. Take note yang surau ni untuk kanak-kanak jadi saiznya sangat kecik dan hanya boleh muat dalam 4 orang pada satu-satu masa. Surau yang lebih besar dan selesa ada di tingkat 3.
slm kak.. nak tanya, sy br 1st time nk ke kidzania..lps daftar di kaunter boleh terus bt pasport ke? lpstu baru beratur utk ambil sticker booking ye..
passport boleh beli kat kaunter.. nanti dia bagi slip pastu boleh terus ke pazzport office untuk buat.. atau jika nak ambik stickr tu lepas masuk terus beratur ambik sticker booking dulu.. dah dapat sticker cepat2 pergi buat pazzport…