Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Irfan dah bebas diaper, yeay!!! Omak happy! Kena canang satu dunia maya ni.
Anak-anak aku berjaya di latih berak dan kencing sendiri di toilet pada umur:
- Izzah 3 tahun 6 bulan (berak/kencing di potty/100% diaper free) / 4 tahun ++ (berak/kencing di toilet bowl)
- Irfan 3 tahun 4 bulan (kencing di lantai bilik air/berak dalam diaper) / 4 tahun 1 bulan (berak/kencing di toilet bowl/100% diaper free)
Aku nak share pengalaman aku melatih anak ke tandas ni. Sweet nightmare kot. Ada ke mimpi ngeri yang manis? Hak hak hak!
Kisah Potty Training Izzah
Aku cuba potty train Izzah masa umur dia 2 tahun. Omak gigih belikan training pants, potty Baby Bjorn kaler merah dan Baby Sign Potty Training Kit lagi tu!
Konon-konon sudah bersedia segala “senjata” lah nak potty train anak. Hak hak hak!
Tapi aku gagal!! Omak kecundang separuh jalan!!
Boleh baca kisah aku potty train Izzah kat sini:
- Nak Kencing Cakap Okeh?
- Izzah Potty Training Progress
- Tak Nak! Tak Nak! Tak Nak!
- Baby Sign Potty Training Kit Review
- Bila Berak Pun Bersorak! – Graduated Potty Training!
Kenapa aku gagal melatih anak kencing dan berak sendiri di tandas? Simple. Sebab aku tak konsisten. Omak pemalas! Hak hak hak!
Masa tu aku kerja full time. Ada masa nak latih pun malam dan weekends. Tu pun kalau tak keluar jalan-jalan.
Anak tengok omak main-main je potty training. Anak pun main-main lah jugak tak nak ke tandas. Hehe!
Tips 1: Jika full time kerja — omak kena ambik cuti seminggu khas untuk potty training anak. Kena konsisten. Hati kena keras. Ada berani? Ada balance cuti meh?
Aku cuti nan hado so misi nak potty train Izzah tu tergendala. Omak malas!
Aku hantar Izzah ke taska masa umur dia nak masuk 3 tahun. Masa 3 tahun 4 bulan camtu — ticer cakap nak latih Izzah ke tandas. Tak payah pakaikan dia diaper lagi masa hantar ke school.
Since ada bantuan dari ticer so aku mulakan semula misi melatih anak ke toilet. Siang tak pakai diaper. Malam pun sama.
Aku kira “taliban” terus la ni. No mercy. Hehe!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kencing malam sampai banjir tu ada lah berlaku 2-3 kali. Tak kisah sebab aku lapik dengan pelapik tilam kalis air. Kena basuh pelapik tu sahaja bila dia terkencing malam.
Seminggu lepas tu bab kencing lulus!
Tapi bab berak failed!
Omakgorg! Ada najis kering dalam seluar dia! Banyak kali berlaku masa ambik dia dari taska.
Sekali tu masa sampai rumah dari taska — Izzah terberak dalam seluar masa kat depan pintu. Taik terjatuh melalui celah seluar!
Lepas kejadian tu Izzah phobia tengok taik sendiri. Tak nak berak kat potty! Sanggup dia berak dalam training pants bila balik rumah. Sanggup juga dia tahan tak berak kat taska!
Aku malas nak guna training pants lagi. Pakai panty je. Lama-lama boleh pun berak sendiri kat potty. Phobia konon. Hak hak hak!
Tips 2: Nak cepat ajar anak ke toilet ialah dengan tak pakai kan dia apa-apa. Bogel terus atau ikut cara potty training kat China. Kat sana ada seluar khas yang berlubang kat bawah tu. So nak kencing berak senang. Baru anak tau omak is serius. Hehe!
Kisah Potty Training Irfan
Aku resigned masa Irfan umur 2 tahun 4 bulan. Konon full time duduk rumah boleh nak potty train Irfan with no mercy.
Tapi plan tak menjadi. Sebab lepas resigned aku pregnant. Morning sickness teruk. Masalah uri bawah nak kena hospitalised lagi.
Terpaksa tangguh hingga lepas aku bersalin. Tapi lepas bersalin pun misi nak potty train Irfan tertunda lagi. Omak sibuk dengan baby pulak. Hehe!
Masa Irfan 3 tahun 4 bulan aku pun jadi “taliban” latih Irfan kencing di tandas. Tiada training pants. Just pakai seluar pendek.
Hari pertama failed! Terkencing merata-rata!
Hari kedua hampir berjaya! Masih terkencing depan pintu toilet. Kes tak sempat buka seluar. Hehe!
Hari ketiga lulus bab kencing di tandas. Syabas mera beta!
Tapi bab berak di potty haru! Irfan tak nak berak kat potty. Risau takut sembelit aku bagi dia berak dalam diaper. Big mistake!!
Berbulan-bulan dia berak dalam diaper. Setiap kali sebut minta berak di potty dia membantah keras. Tak nak! Tak nak! Tak nak!
Bila birthday dia ke 4 tahun aku mula risau. Baru 4 tahun tapi masuk tahun 2017 dah kira 5 tahun sebab birthday bulan 12. So nak masuk tadika. Berak belum lulus lagi ni!
First day dia masuk tadika, aku “taliban” latih dia berak sendiri di tandas. Macam biasa dia tak nak. Keras hati sanggup tak berak sampai 3 hari.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Biasa hari-hari berak. Ni tahan berak pulak. Hehe!
Okei fine. Kita tengok hati siapa lagi keras. Hati omak keras atau taik dia yang keras. Hak hak hak!
Masuk hari ke 4, Irfan datang bagitau perut sakit. Nak berak. Siap tunjuk nak masuk toilet. Wahhhhhhhhh! Omak super like!
Aku ajar dia berak kat toilet bowl terus. Tak mau guna potty sebab menyusahkan nak kena cuci lagi. Hehe!
Aku kena pegang tangan sambil urut perut dia. Hati tak putus-putus doa. Plop!! Bunyi taik jatuh dalam toilet bowl! Horeh!!
Sebagai hadiah aku lekat stiker kat tangan dia. Suka pulak dia berjaya berak dalam toliet.
Mission accomplished! Irfan bebas diaper pada umur 4 tahun 1 bulan. Syabas mera beta!!
pengalaman itu sangat berharga kan!! sangat mencabar tapi hasil yang sangat membahagiakan ..terima kasih kongsikan pengalaman…jemput singgah blog saya jg http://www.surijunior.com/