Aku suka makan kuih TEPUNG PELITA. Masa kecil emak dan kakak aku selalu buat kuih ini.
Rasa kuih tepung pelita yang lemak manis disertai dengan bau wangi daun pandan dan daun pisang, memang sangat menyelerakan.
Tahu tak? Sebenarnya kuih tepung pelita adalah salah satud daripada 3 jenis kuih yang SAMA RUPA. Aku pun baru tahu!
Kuih tepung pelita adalah kegemaran ramai. Tapi ramai yang keliru antara kuih tepung pelita, kuih tako dan kuih limas. Sebab sekali pandang nampak sama!
Apa Beza Kuih Tepung Pelita, Kuih Tako Dan Kuih Limas?
Jom kita tengok apa beza kuih tepung pelita, kuih tako dan kuih limas.
Selepas ini harapnya tak salah beli kuih lagi. Ingatkan kuih tepung pelita, rupanya kuih tako!
Kuih Tepung Pelita
Kuih Tepung Pelita :
- Adunan bawah diperbuat dari tepung beras dan pati pandan (hijau)
- Adunan atas diperbuat dari tepung beras dan santan (putih)
- Adunan dimasak atas api dan dituang ke dalam acuan
- Acuan ditabur gula sebelum dituang adunan bawah
- Acuan bentuk 4 segi tepat menggunakan daun pisang
Kuih Tako
Kuih Tako :
- Adunan bawah diperbuat dari tepung jagung atau tepung ho kwee dan pati pandan (hijau)
- Adunan atas diperbuat daripada tepung jagung dan santan (putih)
- Adunan bawah dicampur dengan sengkuang cina
- Acuan bentuk 4 segi tepat menggunakan daun pandan
Kuih Limas
Kuih Limas :
- Adunan bawah diperbuat dari tepung jagung dan pati pandan (hijau)
- Adunan atas diperbuat dari tepung jagung dan pati pandan (hijau)
- Adunan bawah ditabur gula
- Acuan 4 segi tepat menggunakan daun pisang
- Kuih limas dikukus sepenuhnya