Tips Masak Daging | 7 Cara Melembutkan Daging Lembu, Daging Kambing, Ayam Kampung – Tips Daging Tak Liat Cepat Lembut Tanpa Pressure Cooker

Salah satu cabaran besar semasa MEMASAK DAGING ialah daging tidak lembut dan liat.

Cara paling mudah untuk melembutkan daging ialah dengan menggunakan periuk tekanan tinggi (pressure cooker).

Tetapi jika tiada pressure cooker macam mana nak lembutkan daging pula? Jangan risau!

Tips Daging Lembut Cara Melembutkan Daging

Ada banyak cara melembutkan daging yang boleh anda cuba.

6 TIPS MELEMBUTKAN DAGING

1) Potong Daging Melintang Urat

Semasa memotong daging sila lihat “urat” daging. Potong daging lawan arah urat supaya urat daging terputus.

Tips Daging Lembut Cara Melembutkan Daging

Petua potong daging melintang urat adalah petua melembutkan daging yang memang terbukti berkesan.

2) Rendam Bersama Soda Bikarbonat (Baking Soda)

Campur 1 sudu teh baking soda dengan 1/2 cawan air. Rendam daging dalam air baking soda ini selama 15 – 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Aku selalu guna baking soda untuk melembutkan daging lembu sebelum digoreng atau dibakar. Memang menjadi!

Tips Daging Lembut Cara Melembutkan Daging

Baking soda yang bersifat alkali akan meneutralkan asid dan meningkatkan paras PH pada permukaan daging.

Sifat daging adalah berasid dan tinggi protein. Jadi untuk melembutkan daging kita perlukan sesuatu yang beralkali seperti soda bikarbonat supaya keasidan daging menjadi neutral. Bahan beralkali juga dapat meleraikan protein daging sehingga daging menjadi lembut.

3) Perap Daging Dengan Jus Nenas

Nenas mengandungi enzim bromelain yang membantu meleraikan serat daging sehingga menjadi lembut.

Perap daging dengan 2 cawan jus atau pati nenas selama 1 jam sebelum dimasak. Hasilnya daging akan jadi lembut dan sedap!

Tips Daging Lembut Cara Melembutkan Daging

4) Perap Daging Dengan Jus Betik

Betik mengandungi enzim papain yang membantu meleraikan serat daging sehingga menjadi lembut.

Perap daging dengan 2 cawan jus atau pati betik selama 1 jam sebelum dimasak. Daging pasti akan jadi lembut!

5) Rebus Daging Sambil Tutup Periuk

Salah satu cara mudah melembutkan daging ialah dengan merebus dahulu daging sebelum dimasak.

Tips Daging Lembut Cara Melembutkan Daging

Periuk mestilah ditutup rapat supaya wap air tidak keluar. Proses ini lebih kurang sama dengan penggunaan pressure cooker.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

6) Perap Daging Dengan Meat Tenderizer

Cara yang paling mudah untuk melembutkan daging ialah dengan membeli sebotol serbuk Pelembut Daging atau Meat Tenderizer.

Serbuk pelembut daging ini dihasilkan dari enzim papain dari buah betik atau enzim bromelain dari buah nenas.

Tips Daging Lembut Cara Melembutkan Daging

Tabur serbuk pelembut daging pada daging yang mahu dimasak. Hasilnya daging memang akan jadi empuk!

7) Ketuk Daging Dengan Palu Daging (Meat Mallet)

Satu lagi cara melembutkan daging ialah menggunakan palu daging atau meat tenderizer mallet.

Tips Daging Lembut Cara Melembutkan Daging

Mengetuk daging dapat meleraikan serat pada daging dan menjadikan ianya lembut dan sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *