Bismillah. Aloe!
Baby aku Irdina tu dah nak masuk 6 bulan. So dah boleh bagi makan semi-solid food.
Tapi aku hold dulu lah lagi sebulan. Nak refresh knowledge pasal makanan pejal bayi ni dulu. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Lepas ni banyak kot aku cerita tentang baby food. Aku nak share pengalaman aku menyediakan baby food @ makanan pejal bayi untuk Izzah dan Irfan.
Masa Izzah dulu pengetahuan aku tentang makanan pejal bayi ni memang ke laut. Aku banyak bagi dia processed baby food macam Neslac tu. Not good!
Bukan aku tak masak makanan pejal bayi untuk Izzah. Ada jugak masak. Tapi choices makanan pejal bayi Izzah sangat sangat limited. Tak ada ilmu makanan pejal bayi. Macam tu la jadinya.
Masa tu aku hanya tahu buat puree buah dan masak bubur nasi je. Bubur nasi campur carrot. Bubur nasi campur ikan bilis. Sayur bayam kadang-kadang letak. Kesian Izzah.
Sampai sekarang Izzah tak suka makan sayur. Sebab salah aku lah. Tak introduce pelbagai jenis sayur dalam makanan pejal masa dia baby.
Nak tahu sayur apa je yang dia boleh makan sekarang ni? Carrot dan bayam. Tu pun bercinta nak habiskan. Kalau sayur lain reject!
Kenapa carrot dan bayam? Sebab dua sayur ni je yang aku pernah bagi dia masa baby. Sayur lain dikuisnya letak tepi.
Memang betul lah. Kalau korang tak bagi dia makan pelbagai jenis sayur masa dia bayi umur 6 – 12 bulan. Memang bila besar anak akan reject sayur. I learned the hard way.
Minum Susu Saja Mana Kenyang!
Biasanya orang2 tua lah yang suka bagi makan baby kecik yang belum cukup umur 6 bulan ni. Ada baby umur sebulan neneknya dah bagi makan pisang lecek. Ada jugak yang bagi air rebusan nasi. Pastu ada jugak yang bangang pergi suap baby umur 4 bulan bijirin Nestum!
Aku pernah nampak ada mak budak yang hantar kat taska Izzah dulu campur Neslac dengan susu letak dalam botol. Kononnya baby yang baru dua bulan umurnya tu akan lebih kenyang. [wp-svg-icons icon=”shocked-2″ wrap=”i”]
Apakah alasan orang2 yang bagi makan anak atau cucu yang belum umur 6 bulan ni? Macam-macam alasan. Antaranya:
- Baby asyik menangis tu sebab dia lapar. Minum susu saja mana kenyang!
- Mulut baby dah mencicip-cicip. Dia lapar nak makan la tu.
- Bagi makan cepat boleh buat perut bayi lagi kuat.
- Baby akan tidur lebih lena jika kenyang makan.
Please lah. Guna otak sikit boleh? Bagi bayi yang belum cukup umur 6 bulan makan tu boleh kata macam nak bunuh anak atau cucu sendiri tau.
WHO dan Jabatan Kesihatan United Kingdom mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan. Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Tapi ramai yang ignorant. Terutama orang2 tua macam nenek, ibu mertua dan emak saudara yang berusia. New parents yang tak tahu apa2 terpaksa akur dengan nasihat orang2 tua ni.
Aku tahu orang2 tua ni lebih banyak pengalaman. Aku tahu niat mereka baik.
Tapi dalam bab bagi makan baby ni aku rasa korang sendiri kena tegas. Baby tu baby korang kan. Apa-apa jadi korang yang tanggung.
Aku memang pantang kalau ada orang lain berani nak suap baby aku makan. Jangan berani jawap nak bagi baby rasa. Kalau nak rasa aku jadi singa cuba lah!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?
Sistem Penghadaman Bayi Belum Matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda @ belum matang. Perut bayi belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat.
Sebab badan baby masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses penghadaman ini. Enzim amilase di dalam air liur bayi pun belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Badan bayi bawah 6 bulan juga belum dapat memproses lemak.
Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. Baby mungkin ada alahan pada protein dari sumber selain dari susu ibu.
Tak kesian ke badan baby kecik2 lagi dah terpaksa bekerja keras untuk memproses makanan yang masih belum sesuai untuknya?
Nak ke baby korang koma sebab usus tersumbat? Nak ke baby korang kena bedah potong usus sebab dah tersumbat dengan Nestum?
Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Aku pernah jumpa. Banyak kali pulak tu.
Orang muda dalam umur 30-an. Luaran nampak sihat. Makan memang jaga. Fast food tak sentuh. Rajin pulak tu bersenam. Tiba-tiba mati sebab sakit jantung. Muda2 lagi dah kena strok, kencing manis dan buah pinggang.
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Sebab tu aku kata sesiapa yang bagi bayi dia makan awal sangat macam nak bunuh anak sendiri. Tak mati masa kecik. Masa besar mati cepat.
Masalah Dalam Penyusuan
Baby kalau perut dah penuh dengan makanan mesti sangat kenyang. Sure lah susu pun tak nak minum.
Actually tujuan bagi makan masa umur 6-12 bulan ni hanya untuk perkenalkan baby kepada makanan. Tak perlu lah sumbat sampai kenyang.
Mengapa Perlu Menunggu Enam Bulan?
Lebih selamat! Lebih selamat! Lebih selamat! Lebih selamat! Lebih selamat!
Selepas bayi berumur enam bulan baru mula bagi makanan pejal. Pada masa ini sistem imun bayi lebih kuat dan sistem penghadaman pun sudah matang.
Risiko terkena jangkitan kuman melalui makanan dan risiko mengalami reaksi alahan terhadap makanan juga rendah.
Petanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal
Bagaimana nak tahu yang bayi sudah bersedia untuk weaning @ mengambi makanan pejal bayi?
Semasa umur bayi lebih kurang 6 bulan, baby akan menunjukkan beberapa tanda seperti:
? Menyusu dengan lebih kerap & kelihatan lapar walau baru sangat disusui
? Kembali terjaga pada waktu malam untuk menyusu padahal sebelum ni dah sleep through the night
? Bayi mula mengunyah dan gemar memasukkan mainan atau tangan sendiri ke dalam mulut
? Bayi menunjukkan minat terhadap makanan korang dan cuba mengambilnya.
Lain2 tanda penting yang perlu diperhatikan ialah:
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
? Bayi sudah boleh mengawal pergerakan kepala & leher sudah kuat
? Bayi boleh duduk bersandar @ sit well when supported
? Bayi sudah boleh memegang dengan jari @ learned the pincer grasp