Tips Makan Kurma | Belah & Basuh Kurma Untuk Elak Termakan Anak Lipas, Bubuk & Najis Serangga Dalam Kurma!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Hari tu viral kan kat FB pasal kurma ada anak lipas tu kan? Ramai terkejut sebab selama ni sedap je makan kurma berperisa anak lipas. Bertahun-tahun kot makan tak perasan. Extra protein tu. Hehe!

Actually isu bubuk/serangga / bugs dalam kurma ni bukan baru. Dah berpuluh tahun kot.

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Sebab tu aku tak makan atau gigit kurma macam tu je. Kena belah / kopek buang biji baru nampak serangga hitam kecik-kecik tu. Pastu basuh dengan air hingga bersih.

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Apa Ada Dalam Kurma?

Kurma adalah buah yang lazat dan berkhasiat tapi mudah tercemar oleh kulat, serangga / bubuk / ulat / cacing/ kumbang dan tahi serangga!

Ada pelbagai serangga yang mungkin mencemarkan isi dalam buah kurma. Biasanya serangga hitam kecil dan comel yang dijumpai dalam kurma adalah bugs @ bubuk. Bukan anak lipas tau. Sebab anak lipas yang sekecil itu biasa berwarna putih dan tinggal dalam telur yang keras secara beramai-ramai.

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Pernah tengok bubuk dalam beras? Macam tu lah rupanya bubuk dalam kurma.

Bezanya bubuk dalam beras masih hidup tapi bubuk hitam dalam kurma dan bergelimpangan mati. Kadang-kadang ada juga bubuk kurma yang terer masih hidup. Hehe!

Ada serangga / bubuk / ulat pada kurma menunjukkan kurma tu organik la tu. Bebas racun serangga. Bagus la kan. Hak hak hak!

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Kadang-kadang kelihatan serbuk halus kehitaman atau serbuk berbiji-biji coklat dalam kurma. Apakah itu?

  • Serbuk hitam halus & berdebu – kulat / mold
  • Serbuk berbiji coklat – tahi serangga

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Persekitaran yang sesuai untuk tanaman kurma ialah cuaca panas dan kering. Kurma yang berkualiti tinggi mesti datang dari kawasan gurun yang panas dan kering sepanjang tahun.

Hujan dan kelembapan adalah musuh utama buah kurma. Kulat mudah tumbuh dan membiak dalam kurma apabila kurma terdedah dengan persekitaran yang lembab semasa ia tumbuh dan dikendalikan.

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Cuaca yang panas dan lembab menggalakkan pertumbuhan kulat dan pembiakan serangga dalam kurma.

Kurma Murah vs Kurma Mahal

Serangga dan kulat tak pilih kurma mahal atau murah. Semuanya ada risiko tercemar. Asal usul kurma dari negara-negara yang sama – Saudi Arabia, Turki dan Tunisia. Kurma hanya jadi mahal bila dibungkus cantik-cantik dan masuk iklan TV. Hehe!

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Pengeluar kurma tak akan dapat mengesan pencemaran dalam buah kurma. Tak kan nak belah satu-satu kurma yang berjuta biji tu untuk buat inspection. Tak koser you!

Lain lah kalau beli pitted dates iaitu kurma yang sudang dibuang biji. Pitted dates dibuang biji dengan tangan jadi memang akan diperiksa kualitinya. Sebab tu pitted dates lagi mahal dari kurma biasa.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Aku rasa kurma bertangkai kurang sikit risiko ada bendasing masuk dalam isi kurma tu. Tapi make sure check juga expiry date buah kurma tu.

Anak Lipas Bubuk Dalam Kurma

Buah kurma yang expired atau yang terdedah kepada kelembapan biasanya nampak kelabu dan berbau hapak.

Belah Kurma & Basuh Sebelum Makan

Nak elak termakan kurma dengan anak lipas / bubuk / ulat / cacing/ kulat? Jangan sesekali makan kurma macam tu saja.

Sila kopek atau belah kurma, buang bijinya dan basuh kurma sebelum di makan. Memang leceh sikit lah.

Tapi lagi sedap menikmati kurma yang dah di kopek dan di basuh bersih daripada kurma yang ada anak lipas. Hehe!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *