Tips Makan | Bagaimana Cara Makan Cupcake (Kek Cawan) Dengan Betul?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Siapa suka makan cupcake? Macam mana cara makan cupcake tu?

Aku biasa makan topping dia dulu. Gigit topping bersama kek.

Cara Makan Cupcake Dengan Betul

Kadang-kadang aku buang je topping kek cawan tu sebab muak dan tak sedap. Hehe!

Cara Makan Cupcake Dengan Betul

Anak-anak aku pulak makan cupcake sampai comot muka. Melekat topping kat muka dan hidung!

Cara Makan Cupcake Dengan Betul

Tahu tak? Nak nikmati kesedapan cupcake kena makan dengan cara yang betul. Bukan makan topping dulu. Wah! Aku baru tau!

Bagaimana cara makan cupcake (kek cawan) dengan betul tanpa kesan comot? Nah ini caranya makan cupcake dengan cara yang elegan.

Cara Makan Cupcake Dengan Betul

Mudah sahaja.

  • Buka kertas pelapis cupcake
  • Potong cupcake menjadi dua bahagian
  • Letak potongan bahagian bawah ke atas topping
  • Topping kini berada di tengah dan sedia untuk dimakan!

Cara Makan Cupcake Dengan Betul

Aku dah cuba cara makan cupcake yang betul ni. Memang cupcake terasa lebih sedap dimakan dengan cara ini. Cubalah!

Cara Makan Cupcake Dengan Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *