Tips Kesihatan | Kesan Buruk Makan Serbuk Mutiara @ Pearl Powder

Bismillah. Aloe!

Sekarang ni banyak betul produk kecantikan yang berasaskan serbuk mutiara @ pearl powder. Macam cendawan tumbuh lepas hujan!!

Ada satu brand tu katanya ada 1 juta mg serbuk mutiara. Giler tinggi kandungan serbuk mutiara tu. Tak bahayakah makan serbuk mutiara banyak sangat macam tu? Hari-hari makan pulak tu.

Apa tu serbuk mutiara? Mutiara biasanya dijadikan perhiasan macam rantai, gelang, anting2 dan brooch. Serbuk mutiara ni biji mutiara yang ditumbuk menjadi serbuk untuk dimakan.

Penggunaan serbuk mutiara sebagai bahan kesihatan dan kecantikan ni bukannya perkara baru. Dah lama dah orang negara China amalkan serbuk mutiara ni sebagai bahan perubatan.

Kesan Buruk Serbuk Mutiara

Kalau pergi kedai sensei pun ada jual serbuk mutiara ni. Tapi serbuk mutiara baru sekarang jadi fenomena dalam industri kecantikan kat Malaysia.

Macam-macam produk serbuk mutiara ada. Ada jenis bentuk asal serbuk mutiara @ serbuk mutiara asli. Ada yang diadun dengan bahan lain seperti vitamin C, E dan gluthatione menjadi kapsul vitamin.

Kandungan Bahan Serbuk Mutiara

Apakah sebenarnya bahan yang terkandung dalam serbuk mutiara? Pernah tak korang rasa teringin nak tahu.

Ye lah. Nak cantik punya pasal. Tak fikir dah apa benda sebenarnya yang hari-hari duk telan. Janji cantik dan gebus kannnn.

Serbuk mutiara sangat tinggi kalsium sebab bahan utama yang membentuk mutiara ialah calcium carbonate.

Calcium carbonate berkhasiat untuk menguatkan tulang dan memberikan seri pada kulit. Bagus la kan.

Serbuk Mutiara = Pemutih Kulit Dari Dalam

Kebanyakan orang Melayu kita ni nak sangat kulit jadi putih. Gebu gebas. Glowing dan shining bak mutiara.

Sebab tu wujudnya macam-macam supplemen dan vitamin yang menjanjikan keputihan dari dalam. Demand tinggi beb. Untung juta-juta founder supplemen pemutih ni semua.

Tapi betulkah serbuk mutiara ni berkesan menjadikan kulit lebih putih?

Kesan Buruk Serbuk Mutiara

Serbuk mutiara dikatakan mampu menyelesaikan masalah bintik hitam, mengawal minyak, menghilangkan jerawat, menanggalkan sel kulit mati, memutihkan kulit seterusnya mencegah penuaan.

Sebab serbuk mutiara boleh meningkat aktiviti enzim superoxide dismutase (SOD) untuk menjadikan kulit segar, lembut, licin dan putih glowing.

Memang banyak testimoni produk yang menyokong khasiat serbuk mutiara yang dimakan. Kulit kelihatan putih gebu satu badan tu.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Memang aku pun teruja tengok gambar before dan gambar after testimoni. Gambar sebelum makan serbuk mutiara kulit gelap kusam. Gambar selepas makan serbuk mutiara kulit putih gebu glowing satu body you all!

Malah ada yang makan produk serbuk mutiara sejak pregnant dan mendakwa baby jadi putih sebab makan serbuk mutiara. Bila tengok gambar baby comel putih tu bakal ibu confirm la teruja.

Kaching kaching kesukaan lah founder produk kannn. [wp-svg-icons icon=”cool” wrap=”i”]

Kesan Buruk Serbuk Mutiara @ Pearl Powder

Aku pernah terbaca kisah baby mati sebab diberikan serbuk mutiara untuk mengubati jaundis @ demam kuning. Ada satu baby lain pulak  nyaris kena blood transfusion sebab mak dia bagi serbuk mutiara ni jugak.

New parents. Please take note. Baby baru lahir usus dan buah pinggang tak matang lagi. Tak payah la nak bagi serbuk mutiara bagai ni. Bagi je susu ibu banyak2. Kalau risau buat je home phototheraphy.

Orang dewasa pun. Bukan semua golongan boleh makan serbuk mutiara @ pearl powder ni weh. Reaksi badan masing-masing berbeza.

Kesan Buruk Serbuk Mutiara

Memang serbuk mutiara ni dah digunakan lama dalam perubatan Cina. Tapi orang Cina tak makan serbuk mutiara ni hari-hari. Mereka makan serbuk mutiara 1-2 kali seminggu sahaja!

Saranan dos yang selamat ialah 1 gram serbuk mutiara setiap kali makan, 2 kali seminggu. Dos serbuk mutiara berlebihan boleh menyebabkan calcium toxity @ keracunan kalsium. [wp-svg-icons icon=”shocked-2″ wrap=”i”]

Tahukah korang? Serbuk mutiara adalah sejenis ubat jenis sejuk. Hanya orang yang berbadan panas boleh makan serbuk mutiara ni. Bagi golongan ini kesannya mungkin sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Tapi kalau orang jenis badan sejuk contohnya wanita sedang haid memang cepat dapat kesan buruk dari serbuk mutiara.  Antara kesan buruk serbuk mutiara ialah pening, loya, gastrik, cirit birit dan ruam gatal pada kulit.

Biji Ruam Gatal Kesan Sampingan Serbuk Mutiara

Aku pun pernah terjebak makan produk yang ada serbuk mutiara ni. Konon nak cuba lah vitamin C & E yang diperkaya dengan serbuk mutiara ni. Nak jugak kulit yang sedia glowing ni bertambah shining. Tamak… hahaha!

Aku diberitahu produk serbuk mutiara ni selamat dimakan ibu hamil dan ibu menyusu. Lulus KKM so aku pun beli dan makan.

Hambek ko. Habis tumbuh biji-biji ruam berair dan gatal pada pelipat lengan aku. Seumur hidup aku tak pernah kena ruam seteruk tu.

Kesan Buruk Serbuk Mutiara

Sakit menyengat sampai ke dalam isi lengan. Nak dukung baby pun tak boleh. Nak pangku baby masa menyusu pun siksa. Padan muka aku huhuhu. [wp-svg-icons icon=”sad” wrap=”i”]

Mula2 nya aku tak suspek pun supplemen bercampur serbuk mutiara tu penyebab ruam kat tangan tu. Sebab aku tak pernah alergik apa-apa pun. Aku ingat mungkin ruam biasa kena gigit serangga.

Kesan Buruk Serbuk Mutiara

So.. aku terus makan macam biasa. Tapi ruam makin bertambah banyak setiap hari. Membiak-biak. Beranak pinak pulak ruam tu.

Ish.. Kena gigit serangga tak pernah pulak ruam membiak-biak. Pelik dah ni.

Asal ada 2 biji ruam. Makin hari makin banyak. Biji ruam berair. Gatalnya tak leh nak cakap la. Rasa nak garukkkkkkk je dengan sikat.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Satu hari tu biji-biji ruam tu bercantum antara satu sama lain! Masa tu rasa sakit menyengat pedih sampai rasa dalam isi daging. Gatal dan sakit yang amat sangat. Kulit jadi kemerahan berair.

Aku cuma sapu aloe vera gel sebab aloe vera ni je yang boleh kawal rasa gatal-gatal tu. Krim ruam lain semua tak jalan.

Masa aku nak pergi Legoland aku stop makan produk serbuk mutiara tu. Bila aku stop makan ruam-ruam tu berhenti bertambah.

Dalam masa 3 hari kat Legoland ruam pada pelipat lengan aku tu macam terkawal. Tak bertambah dan dah tak merah.

Aku sapu aloe vera gel tu setiap kali lepas mandi. Syukur sangat sebab biji-biji ruam dah mengecut. Macam nak baik dah.

Balik dari Legoland aku sambung makan produk serbuk mutiara tu. Guess what?

Esoknya beberapa biji ruam yang dah kecut timbul balik dan berair gatal. Ish…. confirm lah ni sebab produk serbuk mutiara yang aku makan.

Terus aku stop. Dekat 2 minggu juga barulah ruam pada lengah aku tu betul-betul hilang.

Kesan Buruk Serbuk Mutiara

Tinggal bintik-bintik parut hitam je kat pelipat lengan. Tu pun kadang-kadang masih rasa juga gatal-gatal kat dalam kulit.

Alahan Pada Serbuk Mutiara

Aku pun heran kenapa aku boleh alergik pada serbuk mutiara. Padahal serbuk mutiara tu bahan dia yang banyak pun calcium carbonate je.

Aku bukannya alergik pada calcium carbonate atau tiram @ oyster. Aku tiada masalah dengan vitamin C, vitamin E & kolagen both ikan talapia dan ikan salmon.

Nak kata healing crisis memang pun bukan. Kulit aku memang tak ada masalah pun sebelum makan. Air pun aku minum banyak.

Semuanya no problem. So the culprit mestilah serbuk mutiara.

Mungkin juga mutiara yang digunakan tu tercemar dengan logam berat macam merkuri? Mungkin sumber mutiara tu memainkan peranan?

Ye lah. Aku pun tak tahu dari mana mutiara tu datang. Samada dari negara China atau Filipina. Samada mutiara laut dalam (oysters) atau mutiara air tawar (mussels). Samada tempat penternakan mutiara tu bersih atau tercemar.

Yang aku tahu mussels dan oysters (sumber mutiara) adalah filter-feeders dan boleh mengumpul toksin seperti logam berat merkuri dan racun serangga. Mungkin merkuri penyebabnya?

Aku rasa macam ya. Sebab bila aku check kat Google. Salah satu kesan kena keracunan merkuri ialah tumbuh biji ruam berair pada kulit. Ni kira kesan buruk yang mild. Kesan buruk lain terlalu menakutkan. Korang search la sendiri.

Aku ambik jalan selamat untuk berhenti terus daripada makan sebarang produk yang ada serbuk mutiara. Aku kan tengah breasfeeding. Kalau betul ada merkuri pada serbuk mutiara tu memang bahaya sangat pada ibu menyusu macam aku. Nasib baik sekejap je aku makan.

Aku tak kata semua produk serbuk mutiara bahaya. Mungkin yang aku makan tu tak serasi dengan aku sorang je kot. Wallahuallam.

10 Comments

  • sis, if u dont mind can u share the brand ? sebab now sedang mencari produk mutiara. dlm list nak beli from jutawan muda yg famous tu.but curious nak tahu what kind of the product that u consume sampai jd macam tu. help me sister

  • Boleh share x please.. I really need to know .. Reply as soon as possible
    thank you so much

    • tak mau share open sini..nanti founder kata menjatuhkan biz dia lak hehe.. tapi baru2 ni saya tengok that brand dah takde tulis “extra pearl” dah kat label.. dah tak letak kot serbuk mutiara..ntah ler.. anyway.. apa2 brand pun makan at your own risk k

  • Ohh..tahu dianz vitamin kann..sbb sblum ni sy makan yg ada extra mutiara tu kulit mmng cun lah..hehe.. Astu bila dia dah stop guna mutiara, macam tak berkesan pulak kat kulit..so maybe badan sy serasi dgn yg ada serbuk mutiara kot?

  • 2g bersamaan 2000mg. Let say kalau 2000mg bahagi7 hari. So selamat utk dimakan hanya 285mg sehari. Dr segi lain produk tu kne ade kkm approval. Lepastu.. X digalakkan mkn suppliment atau makn yg berasaskn calcium sbb consumtion dia pon dh cukup utk tubuh badan seharian.. Well tgh cari info lg.. Thanks utk entry ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *