Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Full moon bulan ni dah lepas pada 11/2/2017. Apa kaitan bulan penuh dengan kesihatan pulak ni?
Full moon ni dikaitkan dengan aktiviti parasit dalam badan manusia. Parasit yang biasa masuk badan manusia ialah amoeba dan cacing. Yes… cacing!!!!
Bukan serigala jadian je yang suka bulan penuh. Cacing pun terkinja-kinja kesukaan tau. Hak hak hak!
Time dekat full moon ni mulalah datang mood swing, kahak, asthma, batuk, selsema, perut kembung, sakit kepala, susah tidur, eczema semakin flare up, gegata dan sebagainya.
Segala jenis parasit dalam badan tengah aktif lah tu!!
Parasit suka menumpang dalam badan manusia ni. Suka-suki je menumpang. Makan minum free. Tak bayar sewa pulak tu.
Parasit bukan suka duduk satu tempat je dalam badan kita ni. Suka pindah randah. Datang tak dijemput tapi buat macam rumah sendiri.
Dari usus masuk salur darah. Pergi bawah kulit, paru-paru dan kerongkong. Pastu pindah balik masuk usus untuk mengawan dan beranak-pinak. Omak pengsan!!
Time bulan mengambang ni kalau teringin sangat nak makan benda yang manis-manis – coklat, kek, aiskrim dan lain2 tu – tandanya parasit tengah mengawan la tu. Hehe!
Aku dah tahu lama jugak tentang aktiviti parasit masa bulan mengambang ni. Tahu tapi buat-buat tak tahu.
Memang tak pernah pun aku awasi atau catat tahap kesihatan aku menjelang full moon ni.
Tapi aku memang perasan. Mood swing tahap puting beliung tak boleh di kawal selalu datang sebelum full moon ni. Kebetulan pulak period aku pun tarikh dekat2 full moon.
Bila mood swing akibat hormon period + moody akibat parasit bergabung — memang puting beliung lah! Rasa marah tiba-tiba datang tanpa dapat disekat. Benda kecik-kecik pun nak marah. Tampor muka sendiri. Pang pang!
Parasit Protokol 5 Hari Sebelum & Selepas Full Moon
Tak kan nak biarkan parasit tu membiak sesuka hati kan? Jangan risau. Ada cara untuk lawan parasit tu.
Korang boleh amalkan parasit protokol.
Actually setiap hari kena buat parasit protokol ni. Tapi parasit protokol mesti buat betul2 masa 5 hari hari dan 5 hari selepas bulan mengambang.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Antara cara buat parasit protokol dengan makanan & minuman anti parasit seperti:
- Minum air kelapa muda tanpa gula atau minum vco
- Makan betik & biji betik
- Makan bawang putih mentah
- Makan buah delima dan biji
- Makan biji labu kering (macam kuaci)
- Makan halia
- Makan buah peach
- Minum cuka epal
- Minum minyak zaitu dara organik
- Minum Aloe bit’s n Peaches
- Makan Bee Propolis
- Makan makanan ditapai seperti tempoyak, kimci, tempe, gum arabic (Al Manna)
- Makan buah tomato mentah
- Makan lobak merah mentah atau jus carrot
- Minum jus nenas muda + madu lebah asli
Elakkan makanan berikut yang menggalakkan pembiakan parasit semasa parasit protokol:
- Produk tenusu
- Gula bertapis (sukrosa, fruktosa, sirap jagung )
- Tepung (terutamanya halus)
- Makanan terlalu manis
- Makanan segera
- Makanan berproses yang mengandungi pewarna dan bahan pengawet
- Makanan laut mentah
Selsema & Batuk Dengan Banyak Kahak
Aku perasan sejak 2 bulan lepas aku selalu kena selsema dan batuk yang teruk. Mungkin sebab musim hujan suhu sejuk. Aku ni sensitif suhu sejuk ni. Ada resdung (sinusitis kronik).
Tambahan pula aku asyik lupa nak minum Aloe Vera Gel dan makan Absorbent-C. Dari bulan 12 hinggan bulan 1 asyik berjalan jauh je kami satu famili. Johor, Terengganu, Pahang & Penang. Sebab tu lah culas.
Kahak banyak ni salah satu sebab ialah penghijrahan larva cacing kerawit yang sudah menginap di paru-paru dan perlu berpindah ke dalam usus.
Biofilm (kahak) yang mereka bina sebagai pelindung menjadi kapsul mereka berpindah kembali ke usus. Bila korang batuk dan menelan kahak mudah sangat lah parasit ni berhijrah!
- Jangan suppress kahak (kebanyakan ubat batuk suppress batuk)
- JANGAN TELAN KAHAK
- Buang semua kahak ke dalam sinki dan basuh tangan dengan sabun
- Kurangkan pemakanan yang mengalakkan kahak
- Amalkan makanan anti parasit untuk menghapuskan parasit dari badan