Tips Cabut Gigi | Kos Cabut Gigi Klinik Gigi Kerajaan & Waktu Operasi Klinik Pergigian Meru / Klinik Pergigian Kapar

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku dah cabut gigi geraham bongsu aku (atas, kiri) di klinik gigi kerajaan iaitu Klinik Pergigian Meru. Superb juga tau servis klinik gigi kerajaan @ Klinik Pergigian Meru ni.

Tak sampai 2 jam dah selamat gigi geraham bongsu aku kena cabut. Kos cabut gigi geraham bongsu di klinik gigi kerajaan hanya RM1 (daftar) + RM1 (cabut) = RM2 sahaja!

Cabut Gigi Geraham Bongsu

Ada 2 jenis cara untuk cabut gigi geraham bongsu.

  1. cabut macam biasa (gigi geraham bongsu sudah keluar ke permukaan gusi)
  2. pembedahan / surgery (gigi geraham bongsu masih tertanam dalam gusi / gigi rosak teruk @ reput)

Cabut Gigi Geraham Bongsu

Kos cabut gigi geraham bongsu sudah tentu berbeza antara klinik gigi kerajaan dan klinik gigi swasta.

  • klinik gigi swasta — RM100-RM200 cabut normal / RM600 – RM1,000++ cabut pembedahan
  • klinik gigi kerajaan — RM2 cabut normal / RM50 cabut pembedahan

Wah! Beza banyak giler tu! Sakit cabut gigi geraham bongsu kat mana-mana pun tetap sama kan? Nak bayar lebih pilihlah klinik gigi swasta. Hehe!

Klinik Gigi Kerajaan @ Klinik Pergigian Meru Klang

First time aku pergi cabut gigi di klinik gigi kerajaan ni. Aku saran kalau nak pergi klinik gigi kerajaan ni kena datang awal at least 15 minit sebelum waktu buka.

Take note yang klinik gigi kerajaan ni ada certain klinik tu tak buka hari-hari tau. Ada hari tertentu dan masa tertentu juga samada pagi atau petang sahaja. Kena tahu lah waktu operasi klinik gigi kerajaan sebelum pergi. Kalau tak sia-sia je pergi. Dah lah gigi tengah sakit sure menyumpah punya lah. Hehe!

Klinik Pergigian Meru Klang

Aku pergi Klinik Pergigian Meru Klang sebab pernah nampak klinik ni masa aku pergi Klinik Kesihatan Meru. Lokasi Klinik Pergigian Meru Klang ni di belakang Klinik Kesihatan Meru iaitu di Jalan Paip.

Jadual Rawatan Klinik Pergigian Meru Klang

Waktu operasi Klinik Pergigian Meru Klang untuk pesakit luar dewasa dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Selasa — 8am – 1pm Hari Pesakit Luar Dewasa
  • Rabu — 8am – 1pm Hari Pesakit Luar Kanak-Kanak
  • Khamis — 8am – 1pm Hari Pesakit Luar Dewasa

Klinik Pergigian Meru Klang

Hari-hari lain dan masa lain adalah untuk kes temujanji sahaja. Hanya 2 hari seminggu sahaja untuk rawatan gigi pesakit dewasa di Klinik Pergigian Meru Klang. Tu pun hanya waktu pagi!

Jangan risau. Kalau tak sanggup lagi menahan sakit gigi tu boleh pergi lain-lain klinik gigi kerajaan di Klang ni. Berikut ialah waktu operasi klinik gigi kerajaan iaitu:

  • Klinik Pergigian Klang
  • Klinik Pergigian Bukit Kuda
  • Klinik Pergigian Pandamaran
  • Klinik Pergigian Meru
  • Klinik Pergigian Bandar Botanik
  • Klinik Pergigian Pelabuhan Klang
Waktu Operasi Klinik Pergigian Kerajaan
Waktu Operasi Klinik Pergigian Kerajaan Daerah Klang – Pesakit Dewasa
Klinik Gigi Kerajaan
Waktu Operasi Klinik Pergigian Kerajaan Daerah Klang – Pesakit Kanak-Kanak

Klinik Pergigian Kapar Klang

Untuk makluman, Klinik Pergigian Kapar Klang telah ditutup sepenuhnya bermula 14 Mac 2016 bagi memberi laluan projek menaik-taraf Klinik Kesihatan Kapar Klang. Klinik Pergigian Kapar berpindah sementara ke Klinik Pergigian Meru Klang mengikut jadual waktu operasi Klinik Pergigian Meru seperti yang dinyatakan sebelum ini.

4 Comments

  • Isteri Saya Puan Siti Gigi Nya Longgar .Dia Takut Nak Cabut Gigi Takut Rasa Sakit . Saya Pesara Kerajaan .Kad Pesara Saya Ada Nama Isteri Saya Tetapi Dia Takut .Umur Beliau 67Tahun . No hp Beliau 019-2933403 . Ada Kah Cara Lain Utk Cabut Gigi . Dia Tak Nak Cabut Gigi . Dia Tahan Sakit . Saya Nak Bawa Dia Ke Klinik Gigi Klinik Kesihatan Semenyih Dia Tak Nak . hp Saya 017-6906752 . Jenoh Saya Pujuk Beliau Tetapi Dia Tak Nak . Saya Takut Nanti Gigi Dia Bengkak . Misi Kata Cabut Gigi Utk Pesara Kerajaan Percuma . Gigi Dia Sakit . Harap Doktor Gigi Bagi Nasihat Kpd Beliau . Harap Hantar SMS Atau Whatsaap Kpd Handphone Saya . Rosli Ibrahim Dari Taman Pelangi Semenyih . Email & Gmail Saya Tidak Boleh Di- Baca . Harap Maaf .Terima Kasih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *