Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Aku rasa dah bertahun-tahun kot aku sering sakit kepala sebelah kiri. Bila sakit kepala tu datang memang berdenyut-denyut lah. Kadang-kadang gigi pun semuanya rasa berdenyut sekali.
Semua gigi geraham bongsu dah keluar dari gusi. Geraham bongsu bawah dua-duanya keluar lengkap. Tak terimpak atau senget. Cantik.
Tapi gigi geraham bongsu atas kanan aku rasanya senget. Menghimpit gigi second molar atas kanan aku sampai patah! Terpaksa cabut gigi second molar tu semasa aku masih berpantang melahirkan Izzah 9 tahun lalu.
Aku tengok gigi geraham bongsu atas kiri aku macam pelik. Apa pasal kecik je gigi geraham bongsu tu? Dah 4 series pun gigi geraham bongsu tak keluar sepenuhnya?
Kadang-kadang rasa sakit gigi sebelah kiri tanpa diketahui sebab. Pastu kadang-kadang rasa berdenyut gusi dan terasa ada something bengkak area gigi geraham bongsu tu.
Aku tak ambik kisah sangat sebab kesakitan tu biasanya surut selepas beberapa hari. Tapi dah few weeks datang balik sakit gigi yang bermula dari sebelah kiri dan merebak ke gigi-gigi yang lain. Aku rasa gigi second molar atas kiri aku macam dah patah jugak kot.
Tak sangka rupanya “penjahat sebenar” adalah gigi geraham bongsu atas kiri aku!! Gigi geraham bongsu aku tu tumbuh senget sebab tak ada ruang pada gusi. Sebab tu lah gigi tu aku tengok kecik semacam je. Gigi geraham bongsu tu terimpak rupanya!
Apakah Gigi Bongsu?
Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali.
Setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Gigi kekal akan mula tumbuh seawal umur 6 tahun manakala gigi bongsu pula selalunya mula tumbuh pada usia 18 tahun atau lebih.
Apakah Gigi Geraham Bongsu Terimpak / Terhimpit / Senget?
Istilah untuk gigi bongsu yang tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah gigi terimpak (impacted tooth).
Wisdom tooth @ gigi geraham bongsu (third molar) sering tumbuh tak sepenuhnya disebabkan tidak cukup ruang pada gusi. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit gigi yang melampau hingga memberi kesakitan juga kepada rongga hidung dan kepala.
Gigi geraham bongsu biasa tumbuh semasa umur 17-21 tahun dan sering menimbulkam masalah sebab masa ini pertumbuhan rahang sudah terhenti. Jadi gigi geraham bongsu tidak punya cukup ruang pada gusi untuk keluar.
Antara masalah yang dipercayai berpunca daripada gigi geraham bongsu terimpak ialah:
- sakit kepala
- telinga berdengung
- sakit leher
- kencing manis
- gangguan jantung
- gangguan pada kulit
- badan cepat penat
Gigi geraham bongsu terimpak / tumbuh senget juga boleh menyebabkan kesakitan jika berlaku:
1. Pericoronitis
Lapisan gusi yang separa meliputi gigi terimpak ini boleh bertindak sebagai ‘gudang’ pengumpulan plak berbakteria. Lama-kelamaan, pengumpulan plak di sekeliling gigi terimpak boleh menyebabkan radang gusi di kawasan itu. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pericoronitis’.
Ciri-ciri pericoronitis: Gusi sakit, pedih, merah, rasa tidak sedap atau hanyir, dan bernanah. Jika berlanjutan boleh bengkak bahagian muka terbabit dan sukar untuk membuka mulut.
2. Crowding gigi / gigi berubah kedudukan
Gigi geraham bongsu terimpak boleh menyebabkan gigi-gigi lain berubah kedudukan.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
3. Gigi berlubang
Gigi geraham bongsu yang tumbuh senget menyebabkan bahagian gigi itu sukar diberus sehingga senang mendapat karies (pereputan struktur gigi) dan menjadi berlubang.
4. Merosakkan gigi bersebelahan
Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis) yang boleh berjangkit ke gigi sebelah. Kesannya? Gigi sebelah gigi bongsu yang elok itu mungkin akan jadi sangat longgar akibat penyakit gusi tahap kronik dan mungkin terpaksa juga dikorbankan.
5. Cyst & tumor
Anda patut berhati-hati jika terdapat bengkak pada rahang yang pada mulanya kecil tapi semakin lama semakin membesar, dan mungkin tidak sakit sama sekali.
Pakar menyatakan 50% kes cyst berkaitan dengan gigi geraham bongsu terimpak. Cyst boleh merosakkan tulang, gigi dan saraf.
Apakah Komplikasi Gigi Bongsu Terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
- Kesakitan
- Jangkitan
- Kebengkakan
- Penyakit gusi
- Nafas berbau
- Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
- Kesukaran membuka mulut
Gigi Geraham Bongsu Terimpak / Senget Perlu Dicabut!
Hanya satu cara untuk membetulkan masalah berkaitan gigi geraham bongsu terimpak atau tumbuh senget iaitu ia perlu dicabut.
Biasanya gigi geraham bongsu terimpak mesti dibuang melalui pembedahan kecil. Tetapi jika gigi geraham bongsu sudah keluar ke permukaan gusi ia boleh dicabut seperti biasa tanpa dibedah gusi.
Pembedahan kecil menggunakan bius setempat (minor surgery under local anaesthesia) untuk mengeluarkan gigi bongsu terimpak mengambil masa 20 minit hingga satu jam, bergantung pada tahap kesukaran.
Ketika pembedahan, anda akan merasa sedikit tekanan ke atas rahang anda dalam proses untuk mengeluarkan gigi tersebut kerana ruang di sekeliling gigi tersebut harus dilonggarkan supaya gigi itu keluar.
Komplikasi yang mungkin berlaku selepas gigi geraham bongsu dicabut:
- Bengkak pada bahagian muka dan sukar membuka mulut dengan luas dalam masa 1-2 minggu selepas pembedahan.
- Rasa kebas di pipi jika gigi bongsu itu terletak berdekatan dengan saraf.
- Jangkitan kuman – elakkan merokok selepas pembedahan dan jaga kebersihan tempat pembedahan dengan baik.
- Pendarahan berlanjutan – anda perlu ke klinik/hospital/kecemasan jika anda mengalami pendarahan yang berlanjutan.
- Soket kering (dry socket) – gumpalan darah beku yang melindungi tulang dan saraf tercabut hingga menyebabkan kesakitan luar biasa
Apakah Soket Kering / Dry Socket (ostitis alveolar) ?
Soket kering adalah komplikasi yang boleh timbul selepas gigi geraham bongsu dicabut. Terutamanya selepas cabutan gigi geraham bongsu di rahang bawah.
Gumpalan darah beku yang terbentuk di dasar soket selepas gigi geraham bongsu dicabut boleh longgar, tercabut dan hilang sehingga mendedahkan urat saraf dan tulang. Jika dilihat pada cermin, gusi tempat gigi dicabut kelihatan putih kerana tulang telah terdedah.
Soket kering menyebabkan kesakitan yang amat sangat selama beberapa hari selepas gigi geraham bongsu dicabut. Kesakitan terjadi kerana tulang dan saraf terdedah kepada air liur, makanan dan minuman.
Petanda Soket Kering Berlaku
- Kesakitan melampau dari gusi ke kepala / mata / rahang / pipi
- Sukar membuka mulut
- Nafas berbau busuk
- Demam
- Gusi bengkak
- Soket gigi nampak putih (tulang terdedah)
- Mulut terasa tidak sedap
Antara cara untuk mencegah soket kering berlaku selepas mencabut gigi geraham bongsu ialah:
- jangan berkumur dengan kuat
- jangan minum air panas / suam
- jangan makan makanan keras / kenyal
- berkumur dengan air garam
- tidak merokok selama 2 minggu selepas cabut gigi
- tidak minum air dengan straw
- tidak banyak bercakap
- rehat secukupnya!
Jika berlaku soket kering selepas cabut gigi geraham bongsu anda perlu segera berjumpa doktor gigi semula. Doktor akan membersihkan soket dan menggalakkan soket berdarah semula supaya darah beku kembali terbentuk untuk melindungi soket sepanjang proses penyembuhan. Doktor juga akan meletakkan ubat ke dalam soket untuk mengurangkan kesakitan.
Sye sdang mngandung 19 week..tpi gigi sye sket cngt sbb brlubang..sye dh than nk mnanggung ag..ap prlu sye lakukn..
jumpa doktor gigi tampal