Tips Cabut Gigi Bongsu | Pengalaman Cabut Gigi Geraham Bongsu (Wisdom Tooth) di Klinik Pergigian Meru

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Aku sakit gigi!! Sakit sangat-sangat. Nak raya pergi open house pun kena bertabah jiwa dan raga.

Tak ada feel nak melahap semua juadah yang sedap-sedap tu. Most juadah ada daging pulak tu. Sate ayam & daging. Mi sup daging. Mi kari daging. Rendang daging. Padan muka aku. Huwaaaa!

Tapi aku tetap melahap jugak. Mana boleh tahan. Perut lapar pulak tu. Sakit letak tepi. Makan mesti prioriti. Hehe!

Slow-slow kunyah macam orang tua tak ada gigi. Sesekali terkunyah guna gigi geraham belah kiri yang sakit tu arghhhhhh! Rasa macam kena pelempang kat muka berkali-kali. Sakit maha dahsyat weh!

Actually aku selalu jugak kena sakit gigi berdenyut-denyut tahap monster ni. Sampai kepala sekali ikut berdenyut tu. Biasanya lepas a few days akan reda. Sebulan sekali kot. Aku syak gigi bongsu aku lah punya kerja.

Cabut Gigi Geraham Bongsu

Tapi kali ni sakit yang sama cuma rasa tak boleh tahan sebab ada aktiviti makan berlebihan sempena Hari Raya.

Sakit berdenyut tu merebak dari gigi geraham atas kiri tu ke seluruh gigi lain. Rongga hidung sebelah kiri pun turut sama berdenyut sakit. Kepala sebelah kiri of course triple dia punya denyutan. Terasa bengkak urat kepala side kiri aku tu bila urut. Tidur pun boleh mimpi terasa kesakitan tu tau.

Semalam aku tak tahan kena jumpa doktor gigi. Nak pergi klinik gigi swasta sure mahal kebabooom. Sebab ini melibatkan gigi geraham bongsu. Mahu terbang beratus-ratus. Tak pun cecah ribu kalau kena operate cabut gigi.

Since ekonomi sedang meleset kena sedar kemampuan diri. Dulu time kerja boleh claim dengan company. Sekarang sendiri tanggung mah. Hehe!

Cabut Gigi Geraham Bongsu di Klinik Gigi Kerajaan

Aku nak save duit so aku pun pergi klinik gigi kerajaan iaitu Klinik Pergigian Meru. Cepat jugak service klinik gigi kerajaan ni. Tak sampai 1.5 jam dah settled cabut gigi geraham bongsu aku. Omak super like!

Cabut Gigi Geraham Bongsu

Aku nak cerita pengalaman aku cabut gigi geraham bongsu ni. Sebab ni pengalaman aku yang pertama untuk my wisdom toothh. 9 years ago aku pernah cabut geraham atas kanan (second molar).  Jangan terkurang wisdom sudah lah lepas cabut gigi wisdom ni. Hehe!

Selepas daftar dan bayar aku dapat nombor giliran. Dalam setengah jam kemudian nombor aku di panggil.

Masuk je kena ambil tekanan darah. Aku tengok macam tinggi pulak blood pressure aku hari tu 127 / 96. Biasa BP aku dalam 100+ / 80+. Even masa pregnant pun dalam range tu. Ni tinggi semacam pulak. Sebab sakit sangat kot gigi dan kepala aku pun macam nak pecah.

Doktor tanya kenapa aku datang so aku cakap lah gigi geraham atas aku ni sakit berdenyut-denyut. Aku expected doktor akan cabut second molar atas kiri aku. Sebab yang tu rasa kuat berdenyut dan terasa tajam macam dah patah.

Doktor cakap gigi aku tak patah pun. Tapi gigi geraham bongsu aku tumbuh senget (impacted /terimpak / terhimpit) hingga bagi pressure / tekanan pada gigi geraham yang lain. Sebab tu gigi geraham second molar atas kiri aku paling kuat berdenyut sakit. Dia kan berjiran sebelah gigi bongsu tu!

Cabut Gigi Geraham Bongsu
contoh gigi geraham bongsu tumbuh senget

Memang kena cabut gigi geraham bongsu time tu jugak. Terus kena cucuk ubat bius dua kali.

Cabut Gigi Geraham Bongsu

First time jarum cucuk gusi lembut so rasa macam kena gigit semut je. Tapi second time kena cucuk pada gusi keras arghhhhhhhhhhh! Sakit sampai menjerit lah aku. Ubat kebas tu pulak rasa pahit giler. Terus rasa loya nak muntah. Cepat-cepat aku berkumur.

Cabut Gigi Geraham Bongsu

Aku kena keluar dulu tunggu dalam 20 minit bagi kesan ubat kebas berkesan. Memang tak lama lepas tu terus rasa kebas gusi aku. Terus hilang rasa gigi berdenyut. Even sakit kepala pun hilang. Power ke power ubat kebas tu. Hak hak hak!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Nombor aku dipanggil semula. Doktor pun mulakan operasi mencabut gigi geraham bongsu. Mula-mula dia cungkil sekeliling gigi. Lepas tu dia ambik dental plier tu dan menggoyangkan gigi aku kiri kanan.

Kuat betul akar gigi geraham bongsu aku tu. Terasa kepala aku pun nak tercabut sekali masa doktor tarik gigi aku tu. Macam berlawan tarik tali pulak kepala aku dengan dental plier tu. Hehe!

Cabut Gigi Geraham Bongsu

Doktor tarik dalam 5 kali baru terkeluar gigi. Memang tak rasa sakit tapi rasa pressure kuat masa doktor cabut gigi geraham bongsu aku tu.

Power betul tangan doktor gigi tu. Mesti muscle penuh sebab hari-hari cabut gigi orang. Bukan calang-calang orang boleh jadi doktor gigi ni. Tangan mesti sado! Hehe!

Lepas cabut dia cuci mulut dan sumbat kapas gauze pada lubang di gusi. Mulut aku terasa kebas sangat. Masa doktor tanya nak MC ke tidak aku hanya boleh geleng kepala. Lepas tu nak cakap terima kasih pun hanya mampu tunjuk isyarat jari thumb up je. Hehe!

Aku tak suka betul ada kapas dalam mulut aku tu. Kejap je rasa macam dah penuh darah. Rasa loya sangat. Cepat-cepat aku ke tandas. Pastu uweeeeeeeeeekk!

Muntah angin je tapi bila ludah keluar air liur berdarah. Cepat-cepat buang kapas dan berkumur. Pastu gigit kapas baru.

Actually, doktor ada pesan jangan meludah dan jangan berkumur. Tapi mana boleh! Tekak aku geli geleman rasa darah dalam mulut tu. Tak kan nak telan?

Doktor ada bekalkan kapas gauze tu. Suruh tukar bila rasa basah. Masalahnya cepat betul aku rasa kapas tu basah. 5 minit dah rasa loya aku ada kapas berdarah tu dalam mulut. 5 ketul kapas aku guna tak sampai 30 minit.

Hari 1 – Petang Lepas Cabut Gigi Bongsu

Percayalah. Cabut gigi tu tak sakit pun sebab kena bius. Tapi the real struggle comes after the tooth extraction.

Masa ubat kebas / bius masih ada memang apa pun boleh buat. Tapi selepas 4 jam ubat kebas pun hilang kesannya. Masa ini lah nightmare bermula!

Rasa sakit menangkap ke kepala. Sakit mencucuk macam nak pecah kepala. Throbbing headache. Berdenyut kuat macam nak meletup. Apa pun tak boleh buat. Apa pun tak boleh fikir.

Mulut pulak rasa tak best sebab masih ada darah. Geli. Loya. Nak muntah memanjang.

Aku buat oil pulling dengan minyak zaitun Olivie. Letak sesudu minyak zaitun dan kumur dengan minyak tu slowly selama a few mintes. Terasa hilang sakit kepala dan rasa selesa gusi tu. Pendarahan pun terus berhenti.

Malam nak tidur aku telan sebiji panadol. Tapi tetap rasa sakit berdenyut kepala. Rasa nak hantuk kat dinding je tau. Huhu!

Tidur memang tak lena langsung. Letak 3 bantal baru boleh tidur.

Hari 2 – Selepas Cabut Gigi Geraham Bongsu

Pagi makan roti cicah teh Rooibos suam. Semalam makan sikit je nasi. Lapar giler beb!

Selepas masak lunch (nasi + sup ayam) terus aku tidur. Nak masak pun tak leh nak fikir menu. Senang buat sup. Campak ayam dalam Noxxa dan pasang. Tak tahan sakit kepala berdenyut-denyut tu. Apa pun tak leh fikir.

Petang rasa kurang sikit rasa sakit gusi yang dah cabut gigi tu. Bila gusi tempat gigi cabut tu tak sakit automatik kepala berhenti berdenyut. Urat saraf kat lubang gusi tu memang kuat connection dengan kepala. Huhu!

Malam kena telan lagi Panadol. Tu pun mampu tidur ayam je.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Hari 3 – Selepas Cabut Gigi Geraham Bongsu

Siang dah berkurang sakit gusi dan kepala. Aku ingat dah okey dah. Tapi masa tengah solat zohor sakit tu datang menyerang bertubi-tubi. Lepas solat terus meraung meleleh air mata aku. Kepala sebelah kiri tu rasa sakit tahap atuk gaban macam nak pecah!

Aku minum air sirap sejuk (ais) banyak-banyak. Terus hilang rasa sakit gusi dan rasa lega kepala aku.

Harapnya cepatlah sembuh lubang gusi tempat gigi geraham bongsu kena cabut tu. Dah banyak hari aku tak mampu nak buat kerja2 online aku.

Hari 4 – Selepas Cabut Gigi Geraham Bongsu

Sakit gusi dan kepala sudah berkurang dengan banyak. Tapi aku masih kena serangan sakit kepala macam nak pecah tu selama 1 minit pagi tadi. Tertonggeng aku kat lantai sambil menahan sakit nak meaung tu.

Nasib baik baby Dina-saur aku datang usap rambut dan tepuk badan aku. Macam tau je omak dia tengah kesakitan. Rasa lega sikit Dina tepuk sambil peluk aku. Hehe!

Hari 5-7 – Selepas Cabut Gigi Geraham Bongsu

Masuk hari ke 5 aku dah tak kena serangan sakit kepala macam nak meletup sampai tertonggeng tu. Tapi ada kesakitan lain pulak.

Dinding pipi dalam mulut aku tumbuh ulser besar!! Sakit ulser ni perghhhhhhhhhh!

Gusi tempat gigi dicabut pun belum sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang datang rasa berdenyut-denyut sakit. Bila kacip gigi atau gigi atas dan bawah berlaga pun rasa ngilu!

Aku pergi semula ke Kinik Pergigian Meru. Doktor cakap gusi aku belum sembuh sepenuhnya. Sebab tu masih rasa sakit. Doktor bagi aku gel sapuan nama Gengigel ni.

gengigel hyaluronic acid gingival gel 01

Alhamdulillah. 3-4 hari sapu gel rasa ngilu gigi dan pedih ulser beransur hilang.

Hari 14 – Selepas Cabut Gigi Geraham Bongsu

Aku rasa sihat seperti sedia kala selepas 2 minggu gigi bongsu aku dicabut. No more severe headaches. Gusi pun dah tak sakit. Ulser pun dah hilang. Baru boleh makan dengan seronok. Hehe!

Kos Cabut Gigi Geraham Bongsu

Ada 2 jenis cara untuk cabut gigi geraham bongsu.

  1. cabut macam biasa (gigi geraham bongsu sudah keluar ke permukaan gusi)
  2. pembedahan / surgery (gigi geraham bongsu masih tertanam dalam gusi / gigi rosak teruk @ reput)

Cabut Gigi Geraham Bongsu

Kos cabut gigi geraham bongsu sudah tentu berbeza antara klinik gigi kerajaan dan klinik gigi swasta.

  • klinik gigi swasta — RM100-RM200 cabut normal / RM600 – RM1,000++ cabut pembedahan
  • klinik gigi kerajaan — RM2 cabut normal / RM50 cabut pembedahan

Wah! Beza banyak giler tu! Sakit cabut gigi geraham bongsu kat mana-mana pun tetap sama kan?

Tips Cabut Gigi Geraham Bongsu

Actually tips ni boleh pakai untuk semua jenis gigi. Saja aku letak geraham bongsu sebab aku cabut gigi geraham bongsu.

  • Paling utama kena bertenang. Relek. Peace yo!
  • Jangan keraskan badan nanti susah doktor nak godek gigi tu.
  • Bernafas melalui hidung. Biasa kalau panik sure bernafas kot mulut kan. Habis berkabut mouth mirror. Kesian doktor tak nampak gigi yang nak dikerjakan tu. Hehe!
  • Buka mata dan tenung je lampu. Kalau mata tutup automatik badan jadi keras.
  • Declare jika ada penyakit kronik macam diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.
  • Jangan cabut gigi geraham bongsu masa bulan puasa – nanti sakit giler tertonggeng tak leh makan pain killer. Hehe!
  • Makan kenyang-kenyang sebelum cabut gigi geraham bongsu
  • Selepas cabut gigi disarankan pantang makan @ makan liquid diet / makanan lembut (sup, jeli, puding, mashed potato, yogurt, milkshakes, oatmeal)
  • Jangan minum air panas dan makan makanan pedas dalam masa 2 hari selepas cabut gigi. Lagi bagus pantang terus for 2 weeks.
  • Tampal cool fever pada pipi jika bengkak
  • Gosok gigi lain macam biasa lepas cabut. Sanggup ke mulut busuk berhari-hari tak gosok?
  • Banyakkan berehat selepas cabut gigi geraham / jika kerja ambik MC
  • Kumur dengan minyak zaitun / air sejuk selepas cabut untuk hentikan pendarahan
  • Makan ais krim dan minum air sejuk berais banyak-banyak untuk legakan kesakitan dan cepatkan penyembuhan
  • Sapu Gengigel Gingival Gel (beli kat farmas) pada gusi – cepat baik tau.. aku dah cuba!

16 Comments

  • Thanks fr the info. Jadik takot lak akak nak cabot gigi wisdom nie hahahaha… tahan jer lah sakit gigi nie…

    • boleh tahan ke tu? better cabut kak.. lepas cabut merana 2 minggu je.. lepas tu serius dah tak sakit dan boleh makan dengan seronok sekali hehe

  • Assalamualaikum madam, sy nak tanya dlm kes nie lau bedah kat klinik kerajaan kena ada appointment ngan doc dulu x..ke dtg bole terus bedah.. ke kena tungu 2 or 3 bln baru boleh bedah..

    • wsalam.. kalau kes saya ni gigi ok tak patah tak rosak, datang klinik hari tu terus cabut time tu jugak.. tapi kalau kes teruk (gigi patah, pecah) doktor klinik akan refer kepada pakar bedah mulut di hospital.. kena pergi sana buat appointment.. biasanya tempoh menunggu tu doktor pakar yg decide..

  • sy br je cabut gigi bongsu hr selasa…tp hr ni sakitnye jgn ckp la..dgn bengkak..dgn denyut2 dgn tangkap kepala lgi..aduuiii skt jgn ckp laaa

    • tau tak pe hehe.. sabar ye sis.. seminggu juga tu sakit.. saya doakan sis segera sembuh.. amin ya Mujib

  • Saya pun ada gigi bongsu yang sakit tak selesa. Tapi saya ni punya lah penakut nak g dentist huuuu seumur hidup tak pernah cabut gigi kat dentist. Seriau

  • sy pn baru buang gg wisdom 20hb hr tu.skrg ni tmpt tu asyik berdenyut denyut menangkap smpai kpale..

  • 2 minggu sebelum travel nnti akan cabut gigi bongsu. Takut tak sempat sembuh plak 😭😭 lepas 2 minggu tu kira dah boleh gigit daging smua ke?

  • saya ada pergi ke klinik kerajaan utk cek gigi sbb sakit pada gigi bongsu yg baru nak tumbuh. tp doc kata sy pny baru nak tumbuh so xyah cabut lg.. bila bole cabut ye?

  • Aku pn bru cabut gigi bongsu tp patah dalam…lps tu dr sruh dtg blik mngu dpn…hmmm..
    Skrng tgh mnderita sakit kt tunggul tu.
    Sakit sgt2…
    Tp aku jmpa ubat yg blh hilngkn serta merta sakit tu..

  • Salam, sy pun baru je operate cabut wisdom teeth kat hospital kajang 3hari lepas and kene 2jahitan. Mmg mula2 cabut tu tak sakit pun, balik dr hospital boleh singgah aeon big beli barang dapur. Tp bila ubat bius tu dah hilang mmg menangis dibuatnya. Hahaha tp tu la padah buat time raya ni mmg trgugat iman, semalam da makan sate tp sikit2 n kunyah pelan2. And harini naik pulak ulser kat dinding pipi dekat ngn jahitan. Mmg rasa brdenyut n ngilu. Tahan makan pain killer n aiskrim je la. And now kene paksa disiplin jugak makan soft food je, tahan godaan makanan2 sedap time raya ni. 😅

    • Ouch! Saya pun baru Jumaat lepas pergi cabut sisa gigi / akar gigi geraham yang tertinggal masa cabut sebelum puasa hari tu. Untuk hilangkan sakit tu saya kumur perlahan dengan AIR SEJUK BERAIS (kalau rumah ada penapis Coway/Cuckoo lagi senang guna air sejuk). Saya juga sapu oral gel nama GENGIGEL (beli kat farmasi) memang cepat baik luka tu. Siap boleh makan makanan keras dah macam kuih kacang, kerepek lagi dah selepas 4 hari. Cuba lah. Rugi tu tak dapat makan time open house hehe.

  • akk dah 4 hari cabut gigi bongsu. adoii sakit urat berdenyut². ptg tadi terpaksa g spital semula. sbb geraham atas makin sakit. Doc. cuci sebab lubang tu ada tisu² baru. pastu dia buh herba cengkih. skang menahan sakit lagi. geraham bawah jahit dua kali. skang rasa cam nak demam. nak nangis semua ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *