Bismillah. Cikros di sini.
Anak dah masuk darjah satu tapi still buta huruf? Tak pandai baca langsung? Memang bunyi macam seram bagi omak abah yang concern dengan pendidikan anak-anak.
Aku rasa kalau dah kenal huruf tapi belum fasih baca tu tak perlu risau sangat. Ada kelas pemulihan LINUS. Tak lama pandai lah tu baca,
Tapi kalau dah masuk darjah satu tapi masih buta huruf = tak kenal ABC, ni memang wajib risau. Terlalu jauh jurang nak kejar tu. Kesian lah anak tu.
Kita bukan hidup dalam tahun 1980an. Masa tu memang biasa budak masuk darjah satu baru belajar kenal ABC Aku dulu pun masa darjah satu baru belajar ABC. Turned out menjadi jugak. Sebab masa tu cikgu memang fokus ajar ABC dan membaca in school.
Anak aku, Izzah dah kenal ABC since umur 2 tahun. Tapi hanya pandai membaca masa umur 6 tahun. Tu pun masa dah nak habis pra-sekolah. Hehe!
Irfan pun sama umur 2 tahun dah kenal ABC. Now umur dia 5 tahun 3 bulan dan belum pandai membaca pun lagi. Dalam fasa belajar membaca kat pra-sekolah.
Macam mana anak-anak aku kenal ABC awal sangat tu? Aku bagi mereka tengok DVD Brainy Baby ABC, 123 dan English tu hari-hari since umur 6 bulan. Mau tak cepat kenal ABC. Wa haha!
Tapi aku tak lah kiasu nak ajar mereka membaca dari umur bayi lagi. Setakat kenal ABC cukup lah dulu.
Irdina ni pun dah kenal ABC dan petah bercakap pulak tu. Berbeza sangat dengan kakak dan abang dia yang late talkers.
So, aku rasa nak ajar Dina ni membaca awal lah. Sambil ajar baca boleh ajar dia menyebut perkataan dengan betul. So that dia akan dapat bercakap lancar tanpa pelat sebelum umur dia cecah 3 tahun. Kill 2 birds with one stone gituuu.
Kenapa Anak Kena Belajar Membaca Cepat?
Masa Izzah kecik dulu aku ada belikan belikan set buku Ameen: Cepat Baca (Bahasa Malaysia, Jawi & English) siap ada video Nyanyikan Bunyi lagi. Pastu babahnya beli set Bacalah Anakku (Bahasa Malaysia).
Tapi aku tak ada masa pun nak ajar Izzah membaca. Sibuk dengan kerja. Penat sangat masa tu.
Kat taska pun teacher tak ajar membaca sangat. Sebab taska tu jenis playschool.
So aku hanya harap dia catch up belajar membaca masa dia masuk pra-sekolah. Syukur Izzah cepat belajar membaca walaupun masa tu kat pra-sekolah pun tak fokus sangat budak pandai membaca. Learn through play gitu.
Irfan ni pulak masa kelas belum mula cikgu dah bagitau awal-awal. Tahun ni approach pembelajaran kat pra-sekolah kena fokus untuk ajar budak membaca.
Masuk darjah satu dah WAJIB tahu membaca. Sebab silibus tahun 1 yang semakin BERAT dan TINGGI ARAS!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Seram aku dengar yang Bahasa Malaysia darjah 1 since 2017 dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar. Izzah belajar bina ayat berdasarkan gambar ni masa dia darjah 3 weh!!
So omak must do something lah. Tak boleh harap dia belajar membaca masa kat pra-sekolah sahaja. Aku sendiri kena latih tubi ajar dia membaca jugak kat rumah.
Ni pun cikgu pra-sekolah siap bagi homework jugak. Yes! Pra-sekolah pun dah ada homework weh! Parents kena ajar anak buat homework ni. Especially bab belajar membaca suku kata.
Aku kena beli set buku Bacalah Anakku (Bahasa Malaysia) yang baru. Sebab buku Izzah banyak dah hilang. Tinggal 2-3 ketul je. Huhu!
Aku juga dapat set buku Anakku Pintar Membaca (Bahasa Malaysia) free sebab dapat redeem voucher dari satu book store online.
Cara Ajar Anak Belajar Membaca Dengan Cepat
Aku nak fokus ajar Irfan dan Irdina belajar membaca Bahasa Malaysia dulu. Bila dah pandai membaca Bahasa Malaysia baru aku mula ajar baca Bahasa Inggeris pulak.
So now aku gunakan buku berikut:
- Pasti Adikku Pandai Membaca Siri 1 (buku masa Irfan kat tadika Pasti) – aku guna buku ni sebagai ujian membaca
- Set Buku Bacalah Anakku Siri 1-8 (set tanpa DVD) – mostly aku guna buku ni untuk ajar Irfan dan Dina.
- Set Buku Anakku Pintar Membaca Siri 1-5 – buku ni font agak kecil so aku plan nak guna bila Irfan dah kuasai semua suku kata
So far as at 27/2/2018, Irfan dah nak habis buku 2 Bacalah Anakku. Aku invested dalam 5-10 minit setiap sesi untuk ajar Irfan membaca. Setiap hari minima 1 sesi dan maksima 4 sesi. Kadang-kadang ada hari yang tak ada sesi belajar membaca sebab aku busy atau pun kemalasan. Bo hoho!
Aku rasa progress Irfan belajar membaca kira cepat jugalah. Dah boleh baca dengan lancar ayat-ayat pendek dalam buku Bacalah Anakku siri 2 tu. So dalam 2-3 hari ni boleh mula belajar baca siri 3 pula Bacalah Anakku.
Manakala Dina masih buku 1 Bacalah Anakku. Aku tak rush pun untuk Dina membaca sebab dia tu toddler pun lagi. Umur baru 2 tahun 3 bulan beb so memang ajar 2 minit dah tak fokus. Mulut sebut tapi mata tengok tempat lain. Wa haha!
So far Dina boleh ikut balik apa yang aku sebut so itu dah cukup bagus bagi aku. Target aku untuk Dina pandai bercakap dan menyebut perkataan dengan lancar tanpa pelat. Kalau in the process belajar bercakap tu dia pandai membaca jugak, it’s a big bonus lah. Hehe!
Tips Ajar Anak Cepat Belajar Membaca
Aku nak share tips yang aku dapat ni tentang teknik betul mengajar anak belajar membaca dengan cepat.
1. Belajar Kenal ABC
Tak kenal ABC macam mana nak belajar membaca, betul? So pastikan anak sudah kenal ABC baru boleh mula mengajar anak membaca.
Anak-anak aku memang dah kenal ABC (both huruf kecik dan besar) masa masing-masing umur 2 tahun. So proses nak mengajar membaca dan menulis tu satu langkah lebih mudah.
Macam mana aku buat anak aku kenal ABC? Since mereka 6 bulan aku dah tayang, boleh kata hari-hari DVD Brainy Baby ABC. So ABC ni dah meresap masuk dalam otak sejak kecil. By the time masuk tadika, anak-anak aku dah tahu baca ABC dengan baik.
Aku rasa daripada tayang video nursery ryhmes atau cartoon pada baby, sejuta kali lebih baik tayang DVD Brainy Baby ABC tu. Okei.. sejuta tu melampau. Tapi much more better lah. Hehe!
Nota: Aku dulu beli masa Izzah kecik (2010) harga RM15.90 sahaja. Sekarang harga DVD tu dah naik harga double tak silap aku. Dalam RM30+ seketul kot.
So korang boleh beli DVD Brainy Baby ABC tu dah tayang kat anak dari seawal umur 6 bulan hingga 5 tahun. Tak apa bermula lambat pun. Anak below 6 years macam sponge bob cepat serap apa yang ditayang berulang-kali.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Tapi kalau anak memang tak pernah kenal ABC dan dah umur 6 tahun so kena starts dari scratch. Mula kenalkan mereka dengan huruf ABC yang huruf kecik dulu. Dah kenal ABC huruf kecil then baru kenalkan dengan ABC huruf besar.
Why huruf kecil dulu? Sebab writings mostly guna huruf kecik. So anak tak confuse masa belajar membaca tu.
Masa Irfan tadika Pasti, aku perasan cikgu dia ajar both ABC huruf kecik dan besar at the same time. Siap ada lagu macam ni bunyinya, “A besar, a kecik…. B besar, b kecik…. dan seterusnya”. Aku rasa kaedah ni kurang efektif lah jika nak ajar anak belajar baca cepat. Confusing dowh.
2. Ajar 5-10 Minit Setiap Sesi
Nak anak cepat belajar membaca? Jangan kiasu latih tubi ajar membaca sampai berjam-jam non-stop. Melampau sangat tu.
Budak mana boleh fokus belajar lama sangat. Bikin anak stress je omak weh. Aku rasa bukan anak je stress, dengan omak sekali stress. Wa haha!
The best is 5-10 minit setiap sesi. Boleh ulang sesi tu 3-4 kali sehari.
3. Jangan Guna Kekasaran
Nak ajar anak membaca kena ada kesabaran super duper tinggi. Terutama bila anak jenis suka main-main. Masa tu lah angin puting beliung datang. Haha!
Sebaiknya omak kena sentiasa sabar, cool dan berhemah semasa mengajar. Tapi aku bukan jenis orang macam tu. Can not tahan mah.
Aku rasa depends pada personality anak lah kot. Ada budak langsung tak boleh kena marah, terus stress, menangis dan merajuk langsung tak mau belajar. Ada budak kena marah baru nak belajar betul-betul.
So cuba control level kemarahan tu. Bila time cool so be cool. Bila time perlu jadi tarzan so jadilah tarzan. Asal jangan melampau sudah. Wa haha!
4. Kaitkan Suku Kata Dengan Benda Di Sekeliling
Sambil belajar suku kata kena kaitkan suku kata dengan pelbagai benda yang anak sudah sedia familiar. Contohnya: Suku kata “ku” dikaitakan dengan kuku, kuda, buku, siku dan sebagainya.
5. Tepuk Tangan, Puji dan Peluk Anak
Anak adalah kanak-kanak yang pasti suka bila dipuji dan dipeluk.
Aku lepas ajar anak membaca mesti akan puji dan peluk dia jika dia behave. Bila dia main-main sure aku jadi tarzan sekejap. Pastu cool balik dan peluk dia sambil terangkan kenapa aku marah dia. Omak pun dalam hati ada taman mah. Hehe!
6. Uji Skill Membaca Bila-Bila Masa
Anytime ada peluang sila ujian kepandaian anak membaca. Contohnya kalau dalam kereta dan nampak signboard minta dia sebut huruf yang tertera. Jika dah terer sikit boleh minta dia baca apa yang tertulis.
7. Bagi Reward Supaya Anak Rajin Belajar Membaca
Budak dan reward berpisah tiada. Sesiapa pun memang suka dapat ganjaran. Aku pun. Hehe!
So bagi lah ganjaran supaya anak merasa lebih bersemangat untuk belajar membaca. Tak perlu ganjaran yang besar atau mahal.
Buat homemade cake sama-sama, cookies, masakan special atau sekadar sekeping sticker motivasi pun sudah memadai untuk buat anak happy.
Kalau ada budget boleh bawa anak ke kedai buku belikan anak buku cerita yang dia pilih sendiri untuk memupuk minat membaca dalam diri anak. Boleh juga sebulan sekali bawa anak ke public library dan pinjam buku yang dua suka.
Sangat setuju anak anak sekarang kena awal pandai membaca. Takut tak dapat catch up progress pembelajaran di sekolah.