Tips Belajar Membaca | Perbezaan Cara Belajar Membaca Kaedah Phonic vs Kaedah Membatang Suku Kata

Bismillah. Cikros di sini.

Aku nak share sikit tentang cara belajar membaca yang boleh diguna-pakai oleh parents semasa mengajar anak belajar membaca.

Ada 2 kaedah belajar membaca iaitu:

  • Kaedah Phonic – kaedah moden yang digunakan di banyak tadika swasta
  • Kaedah Membatang Suku Kata – kaedah old style, zaman dolu-dolu…. haha!

Oittt!!! Jangan fikir benda lain pulak. Cuci otak yang kuning tu dengan klorox. Aku nak story tentang KAEDAH BELAJAR MEMBACA. Tak ada kena mengena dengan cerita SXXX ke apa ke. Wa haha!

Cara Mengajar Anak Belajar Membaca

Belajar Membaca Dengan Kaedah Phonic

Kaedah PHONIC ni biasa digunakan di tadika swasta, untuk ajar budak membaca guna BUNYI HURUF.

Contoh: B bunyinya bbeh .. A bunyi aaa … bbeh.. aaa.. BA

Cara Mengajar Anak Belajar Membaca

 

Banyak set buku & audio belajar membaca guna kaedah phonic ni. Antaranya, Ameen: Cepat Baca, Bacalah Anakku, Anakku Pintar Membaca dan macam-macam lagi lah

Kaedah MEMBATANG Suku Kata / Perkataan

Kaedang MEMBATANG SUKU KATA adalah kaedah belajar membaca OLD STYLE haha ????. Biasa kaedah membatang suku kata ni dipakai kat sekolah kerajaan (pra-sekolah, kelas pemulihan / LINUS)

Contohnya: terus sebut huruf tu sambil baca… BA = b .. a .. BA; Contoh lagi.. BOLA … bo + la .. BOLA ==> Huruf => Suku Kata => Perkataan

So kaedah belajar membaca yang mana paling berkesan?? Hmmm… lain orang lain pendapat. Tapi… tapi… Kalau nak tau pendapat aku..

Aku vote KAEDAH MEMBATANG SUKU KATA!! Personally, aku rasa kaedah membatang suku kata ni sangat berkesan mengajar budak cepat membaca.

Cara Mengajar Anak Belajar Membaca

Ya.. ya.. sure ramai yang tak setuju. Sebab dah tanam dalam otak kaedah moden si phonic tu kan yang terbaik… the best.. ko memang debomm gitu haha!

Tapi aku dah cakap kan… ini pendapat aku yang berasaskan pengalaman peribadi aku dan anak-anak aku. Ko tak nak setuju ko punya pasal lah. Ada aku kisah? Wa haha!

Kaedah Membatang Suku Kata Pada Tahun 1981

37 tahun dulu masa aku darjah 1, aku started belajar kenal ABC dan belajar membaca masa masuk sekolah.

Yes! Aku 100% BUTA HURUF masa masuk darjah satu. Tak kenal langsung ABC. Membaca jauh sekali lah. Hehe!

Masa tu cikgu ajar budak membaca guna Kaedah Membatang Suku Kata ni lah. Kaedah ni ajar kenal huruf dan membaca dalam satu masa. Sebab masa mengeja tu kena sebut nama huruf dan bunyi suku kata tu terus.

Bila hari-hari berlatih mengeja, tak lama sure kenal huruf dan ingat suku kata.  Lepas tu mesti pandai baca punya lah.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Seingat aku dalam sebulan dua macam tu aku dah PANDAI BACA & PANDAI MENULIS.

Izzah Guna Kaedah Phonic & Membatang Suku Kata

Time anak aku IZZAH. Sebelum dia masuk tadika playschool, gigih aku beli segala set buku & video belajar membaca tu seperti Ameen: Cepat Baca dan Bacalah Anakku. Siap tayang video Nyanyikan Bunyinya lagi. Guna kaedah phonic lah.

Tetiba cikgu tadika mesej minta hentikan ajar kaedah Phonic. Aku blur lupa nak tanya kenapa ha ha! Tapi aku syak cikgu tu guna kaedah membatang suku kata dan Izzah guna kaedah phonic so dia mungkin confuse.

Mungkin juga cikgu tu tau kaedah phonics tak sesuai sebab Izzah tak pandai pun membaca. ??

So Izzah masih tak pandai baca hinggalah dia masuk pra-sekolah. Selepas beberapa bulan pra-sekolah, Izzah dah terer baca buku!

Aku pun heran cepat nya pulak pandai membaca buku cerita. Cikgu pra-sekolah guna kaedah membatang suku kata rupanya!

Irfan Guna Kaedah Phonic & Membatang Suku Kata

Now time IRFAN. Tahun lepas dia masuk tadika PASTI. Ada subjek belajar membaca guna kaedah phonic. Tapi Irfan tak pandai baca pun jugak. Bo hoho!

Tahun ni Irfan masuk pra-sekolah dan sebab aku nak Irfan cepat pandai membaca sebelum masuk darjah 1. So, aku gigih ajar Irfan baca kat rumah guna buku Bacalah Anakku kaedah phonics.

Cikgu selalu juga bagi “homework”. Irfan bawa balik buku KALAM yang digunakan kat pra-sekolah ni. Kena ulangkaji baca suku kata dengan parents di rumah.

Cara Mengajar Anak Belajar Membaca

Bila Irfan baca suku kata dalam buku KALAM 2 guna kaedah membatang suku kata tu aku mula-mula terkejut jugak. Eh!! Wujud lagi kaedah belajar membaca cara lama ni ye? Ingatkan dah pupus.

Cara Mengajar Anak Belajar Membaca

Aku ingatkan kaedah phonic tu lah teknik belajar membaca paling bagus. Tapi kalau bagus kenapa Kementerian Pelajaran Malaysia tak guna kaedah phonics?

Irfan dah banyak kenal suku kata so suatu hari aku minta dia baca ayat pendek dalam buku Bacalah Anakku. Bukan main laju lagi dia baca setiap perkataan tu.

Tapi Irfan tak guna kaedah phonics masa membaca. Dia guna kaedah membatang perkataan. Aku perhatikan mulut anak aku mengeja tanpa keluarkan bunyi pastu terus sebut perkataan tu dengan lancar.

So ko rasa? Aku kena ditch kaedah phonic dan guna kaedah membatang suku kata from now on. Old style always the best la kot. Wa haha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *