Bismillah. Cikros di sini.
Tak sabar ke tu nak pergi pet shop untuk beli hamster idaman hati? Kejap! Aku bagi beberapa tips semasa memilih hamster semasa nak membeli hamster di Pet Shop.
Tips memilih hamster ni boleh bantu elak daripada terbeli hamster yang sakit dan mati beberapa hari selepas di beli. Jangan cakap omak tak payung. Wa haha!
- Pilih hamster yang paling aktif sebab keaktifan hamster menunjukkan tahap kesihatan hamster tu. Antara hamster yang sedang sibuk bersenam di roda senaman dan hamster yang sedar tidur, nak pilih yang mana? Sudah tentu pilih yang sedang aktif. Jika semua hamster sedang tidur cuba sentuh untuk lihat samada ia aktif atau tidak. Hamster yang sihat akan bergegas bangun melarikan diri jika disentuh.
- Pilih hamster yang mempunyai mata yang bersinar. Mata hamster yang kuyu menandakan hamster tidak sihat.
- Pilih hamster yang tiada kesan luka pada telinga.
- Pilih hamster yang bersih dan tiada kesan luka pada badan & kaki.
- Pilih hamster yang berbulu tebal dan bersih.
- Pilih hamster yang tidak berkudis pada mulut.
- Pilih hamster dari Pet Shop yang asingkan hamster mengikut spesis. Hamster berlainan spesis tidak sekufu dan suka bergaduh jadi mungkin ada kecederaan pada badan.
- Pilih hamster yang tidak begitu liar supaya mudah dijinakkan.
- Jika nak hamster Syrian, beli seekor sahaja sebab tak boleh bela lebih dari satu dalam sangkar yang sama
- Jika nak hamster dwarf (Winter White, Roborovski & Campbell), beli sepasang hamster jantan dan betina.
- Ambil masa untuk memilih hamster dan jangan sesekali terpedaya dengan tawaran pekerja Pet Shop. Gunakan ilmu yang aku berikan ini sebaiknya!
- Jika tak yakin nak beli sendiri, disaran bawa kawan yang lebih arif tentang hamster semasa memilih hamster di Pet Shop.