Tips Bela Hamster | Kenapa Hamster Makan Baby Hamster @ Anak Hamster?

Bismillah. Cikros di sini.

Aku dengar keluhan ada hamster suka makan anak yang baru lahir. Ibu hamster yang makan anak hamster atau bapa hamster atau geng hamster yang lain makan baby hamster tu? Sekelip mata je hilang anak hamste tu. Huhu!

Antara sebab hamster makan anak sendiri ialah:

  • Anak hamster ada kecacatan atau tidak upaya untuk survive. So mak hamster sendiri akan makan anak hamster tu. Huhu!
  • Mak hamster STRESS macam gila meroyan selepas melahirkan anak. Jangan ingat manusia je meroyan. Hamster pun ada perasaan. So jangan usik atau ganggu baby hamster dan mak hamster tu at least 2 minggu selepas beranak. Bagi chance lah mak hamster jadi ibu yang baik.
  • Kekurangan protein disebabkan pemakanan tidak seimbang.
  • Ibu hamster yang hamil tidak diasingkan dengan hamster-hamster yang lain. So bila beranak, anak hamster jadi habuan kenduri hamster jantan. Kesian!
  • Baby hamster dipegang manusia menyebabkan mak hamster tak dapat mengesan bau anak dia sendiri. So sabar! Tunggu baby hamster dah besar umur 2 minggu ke atas (dah tumbuh bulu) bau boleh pegang. Jika perlu memindahkan anak hamster, gunakan sudu.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

1 Comment

  • Mula-mula hairan juga kenapa hamster ni akan anak sendiri. Bila buat research baru la tahu kenapa ibu hamster makan anak mereka sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *