Bismillah. Cikros di sini.
Kat rumah aku ada 3 ekor hamster. Seekor tu Tenten Winter White. Lagi 2 ekor jenis Roborovski dwarf bernama Serena dan Kulot.
Apa jantina hamster kami tu? Entahhhhhh. Penjual pet shop yang suami pergi beli 2 ekor Roborovski tu pun cakap dia tak tau jantina hamster tu apa. Ko rasa? Wa haha!
Aku pun main suka hati je bagi nama Tenten Winter White, Serena Roborovski dan Kulot Roborovski mengikut nama watak pelakon cerita Dolce de Amore. Kalau ikut cerita tu Tenten tu jantan manakala Serena dan Kulot adalah betina.

Tapi betul kah Tenten tu hamster jantan manakala Serena dan Kulot hamster betina? Misteri nusantara ni. Nanti senang aku check lah jantina apa hamster tu. Hehe!
So jom. Mari kita sama-sama belajar cara untuk mengenali jantina hamster samada jantan atau betina.
Jantina Hamster Jantan atau Hamster Betina?
Hamster adalah haiwan yang mudah membiak. Jika korang nak membiakkan hamster, masa beli hamster tu kena beli sepasang hamster jantan dan betina.
Hamster betina mengandung selama 1 bulan lebih dan melahirkan sebanyak 4-8 ekor anak. Ia menyusukan anak selama 1 bulan sahaja. Selepas tu hamster betina dah ready untuk mengandung lagi.
So kalau hamster betina tu kerap mengawan maka setiap 2-3 bulan akan lahir 4-8 ekor anak hamster yang baru. Wah! Meriah tu. Hehe!
Nota: Hanya hamster Winter White, Campbell dan Roborovski yang boleh dibiakkan di rumah. Hamster Syrian suka hidup bersendirian jadi tak boleh beli sepasang. Hanya pakar hamster sahaja yang boleh membiakkan hamster Syrian.
Cara mengenali jantina hamster jantan dan hamster betina mudah bagi yang dah biasa. Tapi kalau tak biasa tengok alat kelamin hamster akan rasa payah juga. Satu kerja pulak nak sekodeng alat kelamin hamster tu semua. Wa haha!
Aku cadangkan ko pegang belakang hamster tu hingga dia terkangkang macam ni. Kemudian ambik gambar masa dia terkangkang tu. So mudah sikit nak menganalisa alat kelamin hamster tu. Boleh take your own sweet time renung gambar tu lama-lama.
Kalau direct tengok alat kelamin hamster untuk kenal jantan atau betina boleh mendatangkan kemarahan hamster pulak. Apa hal tengok aku punya tuttttt lama-lama. Hehe!
Nota: Jantina hamster sukar dikenali semasa hamster masih kecil sebab belum jelas kelihatan. Tunggu hamster tu dewasa dulu (usia 3-4 minggu) baru mudah nak kenal jantan atau betina.
Ciri-Ciri Jantina Hamster Jantan
- Hamster jantan memiliki 2 lubang iaitu anus dan kemaluan yang terpisah kira-kira 1 1/2 centimeter.
- Bahagian bawahnya juga sedikit memanjang (skrotum)
- Alat kelamin hamster jantan lebih besar dari hamster betina, agak menonjol testis nya tu
Ciri-Ciri Jantina Hamster Betina
- Hamster betina 2 lubang iaitu anus dan kemaluan yang sangat dekat, seperti hampir menyatu
- Ada 4 buah puting susu pada hamster betina
- Alat kelamin hamster betina adalah rata (tak menonjol)
Aku dah check jantina Tenten Winter White dan Serena Roborovski. Ternyata kedua-dua hamster kami tu JANTAN! Kulot pulak belum check sebab macam masih belum jinak susah nak pegang.
Tenten tu dah betul dah bagi nama jantan. Tapi Serena tu hamster jantan dengan nama betina. Tak mau tukar nama dah. Anak-anak aku dah biasa panggil hamster Roborovski jantan tu Serena. Wa haha!