Tips Bela Hamster | Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Hamster Mengandung?

Bismillah. Cikros di sini.

Hamster korang hamil? Wah… tahniah bro & sis! Haha!

Meh aku kongsi tips yang perlu dibuat semasa hamster sedang mengandung.

  • Asingkan hamster jantan dan hamster betina yang hamil tu.
  • Bagi vitamin tambahan untuk hamster yang hamil (beli kat pet shop; jangan bagi vitamin yang ko makan pulak)
  • Letakkan sangkar hamster betina hamil di tempat yang sunyi dan gelap.
  • Jangan tukar bedding selepas hamster betina beranak. Kalau nak tukar mesti sebelum hamster beranak dan 3-4 minggu selepas hamster beranak.
  • Jangan usik hamster dan anak hamster tu. Leave them alone!!!
  • Jangan pegang baby hamster nanti bau manusia melekat pada baby hamster. Tak pasal-pasal mak hamster makan anak hamster tu.
  • Jika perlu alih baby hamster sila guna sudu atau pakai sarung tangan atau lapik dengan kain.

 

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Berapa lama tempoh hamster mengandung?

  • Hamster Syrian : usia mengawan 3-6 minggu – masa hamil 15-18 hari
  • Hamster Campbell : usia mengawan 1-1,5 bln – masa hamil 18-23 hari
  • Hamster Hamster Whinter White : usia mengawan 2-2,5 bln – masa hamil 18-25 hari ( mungkin lebih 30 hr)
  • Roborovski : usia mengawan 4-6 bln – masa hamil 22-30 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *