Tips Bela Hamster | Adakah Hamster Perlu Mandi & Bagaimana Cara Mandikan Hamster?

Bismillah. Cikros di sini.

Hamster adalah haiwan yang pandai membersihkan diri sendiri secara semulajadi. Selagi sangkar hamster sentiasa dalam keadaan bersih dan hamster tidak terdedah kepada bahan kimia merbahaya — tak perlu mandikan hamster pun hamster tetap comel. Hehe!

Jika didapati hamster sangat kotor dan perlu mandi JANGAN MANDIKAN HAMSTER DENGAN AIR. Hamster tak suka badan dia basah kena air. Boleh mati jika salah mandikan dengan air!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Cara mandikan hamster dengan betul ialah:

Pasir Mandian Hamster (Sand Bath)

Sand bath untuk hamster boleh dibeli di pet shop. Butiran pasir tau bukan serbuk. Kalau suka beli sand bath yang ada haruman seperti ros, lavender, epal dan sebagainya. Hamster pun nak wangi jugak. Wa haha!

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Just letak pasir mandian hamster dalam bekas. Nanti pandailah hamster tu masuk dalam sand bath tu dan membersihkan diri. Bagi dia mandi pasir tu dalam 2-3 jam sahaja. Jangan over pulak.

Sikat Bulu Hamster Dengan Berus Gigi

Hamster yang berbulu tebal dan panjang mungkin perlu dibersihkan dengan berus gigi untuk buang kotoran yang terlekat pada bulu.

Spray Shampoo Khas Untuk Hamster

Boleh juga spray shampoo pada bulu hamster dan lap dengan kain secara lembut.  Boleh beli Bengy Spray Shampoo Easy Clean dari pet shop. Spray sekali seminggu pun cukup. Jangan spray sampai basah lencun pulak.

Bela Hamster Jenis Hamster Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *