Tips Basuh Baju Sekolah Putih | Cara Bersihkan Kotoran Degil Pada Baju Putih Dengan Sabun Cap Kapak / Sabun A1 / Sabun Cap Buruh

Bismillah. Cikros di sini.

Ada anak sedang bersekolah rendah mesti kena hadap masalah baju sekolah kotor, betul? Betul… betul.. betul!

Budak-budak kecik especially budak umur 7-9 tahun bukannya pandai jaga kebersihan baju sekolah pun. Time makan mesti ada terpalit minyak mee goreng, sambal nasi lemak, aiskrim, sos cili, air minuman berwarna dan coklat.

Time belajar dalam kelas mesti terlekat kesan kotoran pensil dari meja dan kerusi yang berconteng. Kat lengan baju, siku dan punggung mesti ada kesan kotor kehitaman tu.

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Kesan goresan pensil dan warna warni cat air pun mampu buat omak pening kepala. Comot yang amat! Bo hoho!

Aku masa Izzah darjah 1 memang setiap minggu kena menyental baju dia. Baju kurung putih sekolah kebangsaan ada 5 helai, manakala sekolah agama pun ada 5 helai jugak. Total baju putih penuh kotoran ialah 10 helai!

Tudung sekolah putih pun sama ada 10 helai jugak. Macam-macam kotoran yang melekat. Sado lengan omak ni menyental baju sekolah dan tudung putih setiap minggu. Wa haha!

Sekarang ni both Izzah dan Irfan bersekolah dan masuk Taekwondo. Baju sekolah putih. Tudung putih. Baju Taekwondo pun putih.

Baju Taekwondo tu memang selalu melekat kotoran hitam. Sebab selalu training atas lantai simen di dewan terbuka sekolah. Memang berdebu penuh habuk tau. Seminggu 2 kali training Taekwondo memang meh la omak rasa nak mencuci dobok tu. Huhu!

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Alangkah bagusnya jika ada cara basuh baju sekolah putih tanpa kena sental. Tak usah berangan lah. Sebab memang ada caranya!!

Sabun Basuh Baju Putih Yang Murah & Berkesan

Sebelum kongsi tips basuh baju putih tanpa menyental ni, aku nak bagi pencerahan sikit. Segala mak nenek jenis sabun basuh baju yang selalu keluar iklan TV tu bukannya power sangat pun. Gebang je lebih cakap boleh tanggalkan kotoran degil dengan mudah tanpa menyental.

Tak bersih pun kalau setakat calit pada kotoran dan tuang serbuk atau cecair pencuci yang mahal tu dalam mesin basuh. Menyampah omak!

Nak guna peluntur kotoran macam Vanish dan Klorok tu? Tak perlu! Ada cara basuh baju putih yang berlipat kali ganda lebih murah, mudah dan lebih berkesan menanggalkan kotoran pada baju putih. Tanpa perlu menyental!

Kebanyakan sabun pencuci baju di pasaran ada bahan kimia yang kuat dan boleh merengsakan kulit tangan. Kerap memegang sabun pencuci semasa menyental baju boleh menyebabkan alahan pada jari dan tapak tangan. Jika kulit alergik tangan boleh jadi kasar, pecah dan tumbuh biji gatal berair tau.

Habis tu…. nak cuci baju sekolah dengan apa pulak? Sabar bro and sister. Hehe!

Sabun-sabun yang berikut wajib ada untuk basuh baju sekolah putih. Pilih lah salah satu yang berkenan.

  • Sabun Cap Kapak / Sabun Cap Buruh – beli di kedai runcit atau pasaraya Mydin
  • Sabun A1 – beli di kedai Eco 
  • Sabun Cap Kilat – ada di kedai runcit biasa area kampung
  • Sabun Mandi Fruitale Fair White UV – kedai runcit / pasaraya

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Harga sabun Cap Kapak (12 buku sepaket) ialah RM8.50. Harga sabun Cap Buruh (10 buku sepaket) ialah RM7.50. Harga sabun Fruitale dalam RM2 untuk 3 buku. Harga sabun A1 dan sabun Kilat aku tak tau sebab tak pernah beli.

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Sabun Cap Kapak (warna hijau) dan sabun Cap Buruh (warna kuning) tu sabun minyak sayuran asli (kelapa sawit) keluaran syarikat Lam Soon. Bau sabun ni aku suka sangat sebab bau sabun asli.

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Dua-dua sabun ni adalah sabun legend. Dah wujud sejak tahun 60-an tau. Hehe!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Aku masa kecik (tahun 80-an) memang basuh baju guna sabun Cap Kapak dan sabun Cap Buruh ni lah. Bukan takat basuh sabun tau kegunaan sabun ni. Boleh basuh pinggan dan periuk belanga jugak.

Ada orang guna sabun Cap Kapak / sabun Cap Buruh ni untuk mandi jugak. Sebab sabun ni sangat gentle tau. Multipurpose soap!

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Tapi aku dulu tak guna sabun ni untuk mandi. Sebab mak belikan sabun mandi legend zaman tu iaitu sabun Popinjay. Wa haha!

Sabun A1 dan Sabun Cap Kilat tu pun sabun original dari minyak sayuran tanpa bahan kimia keras.

Sabun mandi Fruitale tu pulak boleh digunakan sebab ianya mampu menghilangkan kesan minyak dengan lembut. Kalau guna sabun mandi lain masuk mesin basuh sure jadi berketul melekat di baju. Tapi sabun Fruitale ni tak macam tu. Sebab tu aku senaraikan kat situ.

Cara Berkesan Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental

So sudah ada salah satu sabun yang tersenarai di atas? Bagus!

Korang boleh pilih samada nak basuh tangan atau basuh mesin. Kalau basuh tangan senang je. Tonyoh sabun Cap Kapak / Cap Buruh / A1 / Kilat / Fruitale pada kesan kotoran. Pastu guna tangan je gonyoh baju dengan air. Tak perlu sental dengan berus.

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Kalau guna mesin basuh lagi super duper senang. Tonyoh sabun Cap Kapak / Cap Buruh / A1 / Kilat / Fruitale pada kesan kotoran di baju putih.

Pastu masukkan baju sekolah putih dalam mesin basuh dan letak serbuk / cecair pencuci macam biasa. Sagat Cap Kapak / Cap Buruh / A1 / Kilat / Fruitale dan taburkan secukupnya dalam mesin basuh.

Guna fungsi basuhan “soak” supaya baju ni dibasuh lama sikit oleh sang mesin basuh tu.

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Selepas basuh mesti korang happy giler sebab baju sekolah anak jadi putih bersih berseri-seri bak mutiara. Wa haha!

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Tips Basuh Baju Sekolah Putih Tanpa Menyental

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *