Tips Baju Bundle Kanak- Kanak | Kenali Jenis Gred Bale Baju Bundle Baby & Kanak-Kanak Yang Diimport Dari US, Jepun & Australia

Bismillah. Cikros di sini.

Now aku nak share tentang jenis gred baju bundle baby dan kanak-kanak yang tertera pada bale / guni baju bundle. Info ni berguna both untuk buyer dan juga untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam bisnes baju bundle kanak-kanak.

Aku rasa bisnes baju bundle budak ni memang menguntungkan dengan profit margin 500% – 1000%. Masyuk tu!

Maybe aku nak buat one day. Tapi not now lah. Sebab makan space banyak ni bisnes baju bundle. Huru-hara rumah aku nanti. Wa haha!

Gred Baju Bundle Bale Kanak-Kanak

Baju  bundle kanak-kanak ada banyak gred mengikut kualiti tertentu.

  • Gred C – baju bundle gred C adalah gred paling rendah kualiti dan paling murah. Boleh kata gred C ni gred baju bundle kondisi sampah.  Baju mostly koyak, super lusuh, kekuningan dan berbulu. Hanya layak buat kain buruk.
  • Gred B – baju bundle gred C adalah gred standard atau gred campuran. Ada baju yang lusuh, koyak & berlubang bercampur dengan baju yang masih elok.
  • Gred A – baju bundle gred A adalah gred paling tinggi kualiti dan paling mahal (RM850 ke atas satu bale). Gred A masih ada baju yang reject (koyak, stain) tapi dalam peratusan yang kecil iaitu 5%-10% sahaja.  Kadar peratus baju branded / berjenama dalam bale bundle Gred A ialah 40% hingga 60% dalam setiap packing 45kg. Jika bernasib baik akan ada baju baru dengan price tags.

Satu bale / guni baju bundle kanak-kanak adalah 45kg bersamaan dengan 400-500 helai pakaian kanak-kanak, biasanya campuran jantina dan umur dari 0-10 tahun. Ada juga yang jual bale seberat 100kg.

Kod Untuk Jenis Baju Bundle Kanak-Kanak

Bale /guni baju bundle kanak-kanak ni dikelaskan mengikut jenis material kain pakaian terpakai tu. Antaranya:

  • (CCR) Children Cotton Rummage
  • (CWA) Children Mix Summer Wear
  • (CWW) Children Winter Wear
  • (CWJ) Children Winter Jacket
  • (CW) Children Spring Wear
  • (CS) Children Sweater
  • (BP) Children Mix Pants
  • (CJW) Children Jeans Wear
  • (BKB) Baby Blanket
  • (BBW) Baby Wear

Baju Bundle Kanak-Kanak

Aku rasa ada lagi gred bale / guni baju bundle kanak-kanak yang aku tak tahu. Malas nak explore lebih-lebih. Sebab belum ada feel nak buat bisnes baju bundle kanak-kanak ni pun. Hehe!

Gred terbaik: PREMIUM SURYA+BABY LIGHT WEAR+OVERALL+ROMPER MENARA API+CCRB

Gred Baju Bundle Bale Baby

Biasanya bale / guni bundle baby akan ada campuran romper, jumpsuit dan sleepsuit sahaja. Baju dan seluar baby biasanya akan dimasukkan sekali dalam guni kanak-kanak.

Bale baju bundle baby bersaiz 0-2 tahun dan diberi beberapa nama mengikut negara dan kilang. Antaranya:

Bale Baju Bundle Baby USA

  • 1 pc wear (1piece wear)
  • light baby romper.
  • baby romper
  • ccr romper (semua romper)
  • light romper super (semua sleepsuit)
  • infant rummage
  • baby rummage

Bale Baju Bundle Baby Australia

  • baby jumpsuit (bjs)
  • pin up

Bale Baju Bundle Baby Jepun

  • bbw (baby wear)
  • bby (baby)

Biasanya bale baju bundle dari USA mendapat permintaan yang tinggi dari mommies di Malaysia. Mungkin sebab bale USA banyak jenama terkenal seperti Carter’s, Osk Kosh, Ralph Lauren, Old Navy, Baby Gap, Pumpkin Patch dan sebagainya.

Bale baju bundle baby dari Australia juga kini mendapat tempat di hati mommies Malaysia. Sebab ada brand BONDS tu. Hehe!

Bale baju bundle baby dari Jepun biasanya kurang diminati sebab banyak jenama local Jepun yang tak glamer pun. Wa haha!

Bagi aku kalau nak bisnes baju bundle baby tak kisah lah ambik bale dari mana negara pun. Sebab baju baby biasanya pakai sekejap so kualiti sentiasa tip top.

Since kat Malaysia ni ramai baby dilahirkan setiap hari dan kos sara hidup pun makin naik. So aku yakin permintaan baju bundle baby akan semakin meningkat sebab sangat jimat.

Ekonomi yang merudum adalah berita baik untuk seller baju bundle baby. It’s a good time untuk jana pendapatan lumayan dengan menjual baju bundle baby. Bila aku nak join menjual ni? Wa haha!

3 Comments

  • Saya berminat nak membeli bale bundle kanak kanak.saya tinggal di terengganu.cik tahu ke kat mane tempat terdekat nak dapatkan bale bundle kanak kanak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *