Bismillah. Cikros di sini.
Ada orang sebut baju bundle pun dah kerutkan kening. Belum pakai lagi dah geli geleman meremang bulu ketiak. Orang ado-ado pakai baju butik je memang gitu lah perangai. Bajet princess gitu. Wa haha!
Maybe kalau sebut baju preloved kurang sikit meremang bulu ketiak tu kot. Hehe!
So, apa tu baju bundle? Actually baju bundle ni adalah pakaian terpakai atau lebih sedap disebut baju preloved yang dikumpul dan diikat bersama dalam satu guni (bale). Bila dah ikat selonggok maka jadilah baju preloved tu baju bundle.
Baju bundle ni dah lama wujud kat Malaysia. Banyak permintaan bukan sahaja dari mereka yang tak mampu beli baju butik. Tapi orang ado-ado yang duit kepok-kepok pun ramai suka baju bundle ni sebab murah, berkualiti dan rare.
Baju bundle biasa dikelaskan ikut jantina dan umur iaitu baju bundle baby, kanak-kanak dan dewasa. Kat sini aku nak cerita hanya tentang baju bundle kanak-kanak yang diimport dari overseas seperti US, Jepun, Australia dan sebagainya.
Baju Bundle Bukan Setakat Baju Terpakai
Baju bundle kanak-kanak ada banyak gred yang dikelaskan ikut kualiti dan jenama baju terpakai. Malah ada baju bundle budak yang masih ada price tag (tag harga) yang menunjukkan baju tu tak pernah dipakai atau mungkin juga pakaian reject / stok lama dari kedai.
Aku pernah sekali je kot masuk kedai baju bundle a very long time ago. Tak suka masuk kedai baju bundle sebab panas dan pening tengok banyak baju berlonggok sana sini. Orang ado-ado cakap tak berselera tengok. Hehe!
Aku rasa sekarang kedai baju bundle dah banyak yang improved. Ada yang dah ikut konsep kedai baju bundle luar negara yang style ala butik lagi. Siapa kata baju bundle tak ada kelas?
Tapi aku still tak pergi kedai baju bundle kanak-kanak pun. Aku prefer beli baju bundle budak online. Mudah, cepat dan tak panas. Wa haha!
Baju Bundle Kotor & Berpenyakit?
Ewwwww. Tak kotor dan berpenyakit ke pakai baju bekas orang lain tu? Geli nyahhhh baju bundle ni. Meremang bulu ketiak mak!
Amboi nyahhhh. Tak payah nak pelik sangat ada orang minat beli baju bundle ni. Baju bundle tak kotor dan berpenyakit macam yang disangka.
Tau tak? Semua baju bundle yang dibungkus dalam bale telah disembur bahan pembunuh kuman di luar negara sebelum sampai ke Malaysia. Sebab tu kalau pergi ke kedai baju bundle yang pakaian fresh baru keluar dari guni / bale & belum dibasuh, korang boleh hidu satu bau yang sama iaitu “bau bundle“.
Sekarang ni banyak kedai baju bundle yang basuh dulu baju bundle dan gosok sebelum dipamerkan untuk dijual. So pakaian terpakai ni sudah bersih dan sudah tiada “bau bundle” yang unik tu.
Baju Bundle Kanak-Kanak Berjenama
Memang betul lah baju bundle kanak-kanak ni bukan untuk semua orang. Terutama fussy moms. Mak-mak yang cerewet tu tak payah sibuk nak beli baju bundle untuk anak lah. Confirm mati terkejut lah. Wa haha!
Aku suka je beli baju bundle kanak-kanak ni. Best weh bila dapat baju preloved imported yang branded, cantik dan masih baru! Lagi best bila dapat baju bundle yang ada price tag lagi tu. Omak rasa nak menangis kegembiraan. Hehe!

Mau tak happy bila dapat baju kanak-kanak berjenama sepert Baby Gap, Oshkosh, Tommy Hilfiger, Old Navy, H&M, Mango, Disney, Seed, Emerson Junior, Zara Kids, Nike, Guess, Gymboree, Pumpkin Patch dan sebagainya tu. Anak pakai baju branded sebagai baju basahan je tau. Oh yeah!
Of coz lah kena ada ilmu nak beli baju bundle kanak-kanak ni. Bukan main taram beli. Pastu kecewa dapat baju buruk, berbulu dan ada stain melekat. Aku dulu pernah kena dah. Bo hoho!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Aku baru je terjebak membeli baju bundle kanak-kanak ni. Nak beli baju basahan untuk Dina yang brand cikai kat Giant / Tesco pun cecah puluh ringgit sepasang. Pastu design dan kualiti ke laut. Pakai sekejap dah longgar getah seluar.
Baik ler aku beli baju bundle kanak-kanak yang branded. Murah dan berkualiti. Setakat nak buat baju basahan dan harian tu memang puas hati sangat. Kena kotoran pun omak tak angin. Wa haha!
Anak-anak kan cepat membesar. Izzah dulu masa kecik aku banyak beli baju branded yang cantik untuk dia. Tapi sayang sebab pakai sekejap dah tak muat.
Pastu aku pening tengok baju tu menyemak dalam almari so aku sedekah bagi orang. Masa tu mana tau aku akan dapat lagi baby girl. Aku kan susah hamil. Now ada rasa banyak sedikit menyesal pergi bagi orang. Dush! Lempang sebijik. Hehe!
Salam sis.. boleh tak share dimana beli bala bundle…