Bismillah. Cikros di sini.
Terasa nak beli baju bundle untuk anak ke tu? Meh aku share tips macam mana nak beli baju preloved yang murah dan best untuk anak korang. Tak payah peluh-peluh geledah longgokan baju kat kedai bundle pun. Kita shopping baju bundle kanak-kanak online je beb. Hehe!
Tips #1 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Mula-mula sekali kena tahu apa sebenarnya baju bundle kanak-kanak ni. Baju bundle is baju preloved lah. Jangan expect beli baju bundle harga murah tak sampai RM10 dapat kualiti setanding baju kat butik. Memang idok ler. Wa haha!
Tapi jika bijak membeli pasti akan dapat baju bundle kanak-kanak branded yang masih cantik dan kelihatan baru. Memang puas hati!
Tips #2 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Nak beli baju bundle kanak-kanak kena faham apa maksud perkataan yang digunakan dalam jual beli baju bundle kanak-kanak ni. Biasakan diri dengan LIKE NEW / BNWT / TIP TOP / JALAN-JALAN / TAMAN / BASAHAN dan sebagainya.
Jangan pula beli baju bundle budak level BASAHAN dan expect dapat baju cantik molek. Boleh mati kecewa uolllls. Wa haha!
Tips #3 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Baju bundle kanak-kanak ni banyak dijual secara online. So kena tahu mana satu seller baju bundle kanak-kanak yang best. Maksudnya seller ni konsisten jual baju bundle budak yang berkualiti.
Macam mana nak tahu? Kena try and error lah beberapa seller dulu. Baru ko akan jumpa seller baju bundle kanak-kanak favorite ko. Hehe!
Tak perlu kos banyak pun nak try and error ni. Sebab baju bundle kan murah je. Boleh pilih nak beli yang jual sehelai-sehelai atau beli ikut timbangan kilo. Kos dari RM2 – RM25 je pun.
Aku dulu first time beli baju bundle dari satu seller ni. Dia cakap baju bundle dari bale Japan. Aku pun beli lah sekilo RM25. Dapat dalam 12 helai baju.
Tapi frust menonggeng sebab 90% baju bundle tu BERBULU! Bukan sikit-skit punya bulu. Tapi berbulu yang tengok dari jauh pun boleh nampak kebuluan itu. Bila sentuh lagi lah rasa berbulu kasar. Brand pun cikai. Naik berbulu sama hati omak ni tau. Wa haha!
Then aku beli lagi by pieces dari satu seller. Kali ni aku pilih ikut level kondisi baju. Bila dapat baju bundle tu kan, melompat omak. Happy sangat sebab dapat baju bundle berjenama yang kondisi masih sangat cantik. Hehe!
Pastu aku aku ada try beli baju bundle kanak-kanak dari beberapa lagi seller baju bundle online. Ada yang by pieces, ada yang by kilo. So by now aku dah tahu seller baju bundle kanak-kanak yang paling best bagi aku.
Tips #4 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Baju bundle kanak-kanak online ni dijual dengan pelbagai cara:
- by pieces – biasanya seller akan ada Facebook group atau Whatsapp group yang digunakan untuk upload album gambar baju bundle kanak-kanak sehelai demi sehelai berserta info jenama, kondisi dan harga.

- by kilo ready pack – seller baju bundle kanak-kanak akan bungkus siap-siap sekilo baju bundle (12-15 helai) yang mixed condition dan update gambar bungkusan kilo di FB. Kondisi baju adalah campuran level TIP TOP / JALAN-JALAN / BASAHAN.

- by kilo upon request – seller akan open jualan by kilo bagi bale / guni yang baru dibuka. Buyer tak akan dapat tengok rupa baju tu langsung so it’s kind of a surprise lah. Jika nasib baik dapat bungkusan baju by kilo yang best-best semuanya. Terus lompat bintang omak. Wa haha!

Biasanya baju bundle by kilo adalah sangat jimat sebab harga dalam RM25/30 untuk satu kilo akan dapat dalam 12-15 helai pakaian kanak-kanak terpakai. So sehelai jatuh RM2 sahaja.
Baju bundle kanak-kanak by pieces mahal sikit lah sebab buyer boleh pilih jenama dan kondisi baju.
So far baju bundle budak paling mahal aku pernah tengok ialah harga
RM17RM40 untuk sehelai dress branded with original tag. Owh! Ada juga seller yang jual baju bundle jenama BONDS dengan harga RM30-45 sehelai. Laku keras jugak!
Nak beli baju bundle online kat FB ni mudah je. Just cepat-cepat komen B / booked / BFP / nak kat gambar baju yang diupload. First come first serve so siapa yang first book akan dapat beli baju tu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
So kalau dah rasa berkenan pada satu baju bundle tu kena laju-laju komen lah. Jika tak melepas. Haha!
Tips #5 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Pastikan beli baju bundle budak dari seller yang jual dari bale / guni GRED A / GOLD / PREMIUM sahaja. Nak tahu terus tanya seller tu tau.
Baju bundle gred A adalah gred paling tinggi kualiti dan paling mahal (RM850 ke atas satu bale). Biasanya bale bundle Gred A ni banyak baju branded yang masih cantik dan juga baju baru dengan price tags.
Tips #6 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Baju bundle kanak-kanak ada yang imported dari Japan, United States dan Australia. Seller biasanya akan bagitau bale bundle tu dari negara mana.
So far aku prefer beli baju bundle kanak-kanak dari bale U.S dan Australia. Sebab banyak baju brand international yang berkualiti dan dalam kondisi LIKE NEW / TIP TOP.
Kalau bale dari Jepun tu biasanya brand local Japan. Aku pernah dapat baju bundle Jepun yang 90% berbulu-bulu.
Maybe sebab parents kat Jepun suka basuh baju anak dan letak dalam dryer untuk keringkan. Maklumlah sana kan cuaca kan sejuk. Bila dah basuh masuk dryer banyak kali memang habis berbulu lah baju.
Tips #7 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Jangan lupa RENDAM dan BASUH dulu baju bundle kanak-kanak yang dibeli dari seller online. Sebab seller memang tak akan basuh dulu baju bundle budak ni. Mau giler nak mendobi berguni-guni baju dengan berat ratusan kilo tu. Kos mendobi bukan murah tau.
Aku pernah nampak seller bundle online yang basuh dulu selected baju bundle terutamanya baju BONDS yang menjadi kegilaan ramai mommies. Bila dah basuh dan gosok cantik maka dia boleh up harga baju tu. Mahal lah jadinya. Hehe!
So sebab nak bagi buyer harga mampu milik kena lah buyer basuh sendiri. Rendam je semua baju tu semalaman dengan sabun favorite. Esoknya campak masuk mesin baju. Sure hilang lah “bau bundle” dan habuk yang melekat.
Update: Aku dah jumpa banyak seller baju bundle kanak-kanak yang BASUH / DOBI dan IRON baju bundle sebelum dijual. Tapi harga pun naik sikitlah sebab kos mendobi tu.
Biasanya baju bundle budak yang dah basuh wangi sekitar RM15-RM25 untuk sehelai dress yang kondisi look like new.
Mahal? Baju bundle je kot. Wahaha!
Memang mulanya rasa mahal. Tapi bila check balik harga asal brand yang sama mau cecah RM200-400 sehelai, terus rasa sangat berbaloi. Sebab baju preloved yang orang perseorangan jual pun masih tetap harga ratus jugak. Tapi baju bundle ni hanya RM25 sehelai. Berapa ratus dah jimat tu?
Baju bundle yang dah basuh memang wangi tapi aku tetap basuh lagi sekali. Sebab aku boleh rasa sabun melekat pada baju. Bau wangi sabun memang kuat tapi melekit baju tu. Meaning baju yang di dobi tidak dibilas dengan bersih.
Ada juga seller bundle yang basuh sendiri baju sebelum dijual. Memang boleh beza baju yang basuh dobi dengan yang basuh sendiri kat rumah.
Baju dobi biasa bau sabun sangat kuat, melekit dan ada bau “dryer”. Baju yang basuh mesin sendiri bau sabun sangat light, terasa bersih dipegang dan tiada bau dryer.
Tips #8 Beli Baju Bundle Kanak-Kanak
Mana nak cari seller baju bundle kanak-kanak online? Aku suggest join group FB Barang Baby Murah – Baru & Preloved. Dalam tu akan ada seller baju bundle yang up post tentang baju bundle kanak-kanak jualan mereka.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Aku try and error banyak seller baju bundle dari group tu lah. Nak beli tu check dulu FB personal seller tu untuk pastikan bukan scammers. Pastikan akaun FB tu dah lama wujud dan ada ramai friends serta aktif posting and comments.
Selain tu, korang boleh search di FB “bundle” mesti keluar senarai page seller baju bundle kanak-kanak kat Malaysia ni.
Sejak terjebak dengan baju bundle budak ni, aku perhatikan kebanyakan seller baju bundle kanak-kanak seperti kuat support antara satu sama lain. Masing-masing share status seller yang lain untuk bantu dapatkan customers.
Update: Hati-hati sebab ada seller baju bundle budak yang jual baju bundle dengan harga tidak setimpal dengan kualiti baju. Bagi aku baju bundle branded yang kondisi like new / ada price tags atau original tags dalam range RM15-RM25 adalah berpatutan. Tapi ada seller yang menipu dengan menjual baju koyak, stain dan lusuh dengan harga sedemikian.
Macam mana mereka menipu? Setakat ini aku sudah terkena banyak kali dengan penipuan seller baju bundle kanak-kanak.
- Seller tidak disclosed kondisi sebenar baju yang ada kesan koyak/stain/lusuh.
- Seller mengambil gambar dengan menyorok kesan koyak/stain dengan melipat bahagian tersebut.
- Seller mengedit gambar sehingga warna baju nampak terang dan baru sedangkan baju sebenarnya sudah pudar warna.
- Seller menyatakan jenama yang berlainan dengan jenama sebenar baju.
Nak untung besar sanggup pulak menipu. Haishhh. Halal ke rezeki macam tu?
Tapi kan syok jugak tahu beli baju bundle ni. Boleh ketagih bila dapat yang cun dan branded. Tapi now aku dah stop membeli dah. Dah cukup la tu baju branded sebagai baju basahan anak aku. Hehe!