Tips Baby Wearing | Perbandingan @ Range Harga Baby Carrier di Malaysia – Baby Carrier Murah & Mahal

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

Aku dah terjebak dengan babywearing ni sejak Izzah lahir lagi. Pejam celik dah 9 tahun!

Ada beberapa jenis baby carrier @ babywearing gear yang aku pernah guna:

Aku tak pernah guna baby wrap sebab tak suka kena lilit dan ikat. Pastu ada lebihan kain terjurai. Macam ring sling tu pun aku tak suka.

Mungkin bagi setengah orang rasa dan nampak vogue guna baby wrap. Tapi aku ni badan kecik comel aku rasa tak sesuai sangat. Nampak messy gayanya. Hehe!

Aku paling suka WCSSC – Wrap Conversion Soft Structured Carrier. SSC dibuat daripada kain wrap yang lembut. Sangat best!

Range Harga Baby Carrier di Malaysia

So far yang paling best ialah SSC atau WCSSC lah. Sebab menepati ciri-ciri baby carrier yang ergonomik, selamat, kukuh (jenis fabrik, jahitan dan buckles), selesa dan tulen.

Setahu aku tiada SSC baby carrier di Malaysia yang bagus dan selamat dengan harga bawah RM100. Memanglah!

Mana nak dapat SSC murah dan selamat yang menggunakan fabrik tahan lasak dan buckles heavy duty. Nak yang murah memang ada tapi kualiti sangat rendah dan tiada jaminan keselamatan. Sanggup ke nak bahayakan nyawa baby sendiri dengan guna baby carrier murah?

Masa Dina-saur belum lahir aku dah survey harga macam-macam jenama baby carrier di Malaysia ni. Mostly yang aku research ialah jenama import.

Baby Carrier Manduca Malaysia

Actually ada banyak jenama baby carrier tempatan. Siap boleh custom made ikut suka hati lagi.

Masa Izzah dan Irfan memang aku beli yang local made. Tapi time Irdina ni aku nak merasa baby carrier import pulak. Hehe!

Harga Baby Carrier ERGO Malaysia

Baby carrier ERGO mudah didapati di kedai barangan bayi seperti Mother Care dan juga kedai online seperti FabulousMom.com.

Harga baby carrier Ergo original (asli) Malaysia bermula dari RM599++ hingga RM899++.

AWAS! Ergo adalah jenama baby carrier yang paling banyak sekali tiruan di pasaran. Jangan tertipu jika ada yang jual Ergo harga murah serendah RM50++ di kedai barangan bayi. Sebab baby carrier Ergo harga murah ini adalah PALSU!

Jangan sebab nak baby carrier berjenama yang murah sampai keselamatan bayi dipertaruhkan. Ergo tiruan kualiti sangat rendah dan tidak selamat digunakan. Ada banyak kes bucklenya pecah dan jahitan terputus mengakibatkan bayi jatuh dan ada yang koma.

Harga Baby Carrier BOBA Malaysia

Baby carrier BOBA ada banyak design yang dibuat dari bahan berbeza dengan harga yang berbeza. Boba Air dan Boba 4G boleh dibeli dari FabulousMom.com dan BabyDash.com.my

Harga baby carrier Boba siri 4G Malaysia bermula dari RM500++ – RM650++.  Manakala harga Boba Air bermula dari RM280++.

Boba Air dibuat daripada nylon dan tidak sesuai digunakan untuk kegunaan jangka masa panjang. Jika nak beli baby carrier Boba ni better terus beli Boba 4G yang lebih ergonomik, selamat dan selesa. Selamat dan selesa mahal harganya.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Harga Baby Carrier ONYA Malaysia

Baby carrier ONYA adalah satu jenama baby carrier yang boleh dibeli di kedai seperti Lunatots dan juga online di AnjungUmmu.com.

Harga baby carrier Onya Malaysia adalah lebih kurang RM500++.

Harga Baby Carrier Malaysia

Harga Baby Carrier MOBY GO Malaysia

Baby carrier MOBY GO ni mudah nak beli dari kebanyakan kedai barangan bayi seperti Mothercare dan Manjaku. Moby Go juga ada dijual secara online di TinyTapir.com.

Harganya baby carrier Moby Go Malaysia dari RM250++. Agak murah harga baby carrier Moby Go ini.

Harga Baby Carrier Malaysia

Tapi aku tengok macam kurang selesa pakai Moby Go ni. Sebab tali kena silang baru boleh guna. Moby Go tidak fleksibel seperti kebanyakan SSC jenama lain. Tu sebab harganya bawah RM300.

Harga Baby Carrier POGNAE Malaysia

Baby carrier POGNAE boleh didapati dari kedai tertentu dan juga secara online di AnjungUmmu.com.

Harga baby carrier Pognae Malaysia sekitar RM400++.

Harga Baby CarrierMANDUCA Malaysia

Baby carrier MANDUCA di Malaysia ni biasanya hanya boleh dibeli secara online. Manduca adalah antara baby carrier terbaik di dunia. Buckle Manduca adalah military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system.

Harga baby carrier Manduca Malaysia bermula dari RM700 ke RM850++. Harga Manduca agak mahal sebab ia adalah baby carrier import dan bergantung kepada nilai ringgit berbanding USD.

Baby carrier Manduca di Malaysia boleh dibeli di TinyTapir.com. Tapi aku lihat Tiny Tapir pun dah tak banyak stok baby carrier Manduca yang ada.

Harga Baby Carrier Malaysia

Macam stok lama semuanya. Mungkin sebab kejatuhan ringgit yang teruk sekarang ni menyebabkan harga beli baby carrier Manduca semakin mahal.

Harga Baby Carrier BOBITA Malaysia

Baby carrier BOBITA boleh dibeli online di UnjungAmmu.com. Bobita memiliki hampir semua ciri-ciri baby carrier SSC yang baik.

Bucklenya sama seperti jenama Manduca dan Lenny Lamb iaitu dari military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Bobita juga ada 3D-Mesh untuk pengudaraan agar bayi tidak panas.

harga baby carrier bobita 01

Harga baby carrier Bobita Malaysia sekitar RM260++.

Harga Baby Carrier CUDDLE ME Malaysia

Baby carrier CUDDLE ME adalah baby carrier budget dan murah dengan harga dalam RM200++.

Cuddle Me di Malaysia boleh dibeli dari OneBabyWorld.com.

Harga Baby Carrier JUMPSAC Malaysia

Baby carrier JUMPSAC boleh dibeli dari FabulousMom.com dan BabyDash.com.my. Harga baby carrier Jumpsac bermula sekitar RM400++.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Harga Baby Carrier SNUGGBABY Malaysia

Baby carrier SNUGGBABY adalah jenama baby carrier tempatan. Aku dulu guna original Mei Tai dari Snuggbaby untuk gendong Izzah dan juga guna SSC Snuggbaby Stork untuk gendong Irfan.

Harga baby carrier Snuggbaby dari RM400 – RM600++. Snuggbaby biasanya ada open slot pre-order bagi yang nak custom made.

Harga Baby Carrier Malaysia

Snuggbaby boleh dibeli secara online dari TinyTapir.com, FabulousMom.com, BabyDash.com.my dan Snuggbaby.com.my.

Harga Baby Carrier TUGEDA Malaysia

Baby carrier TUGEDA adalah satu jenama tempatan yang boleh dibeli online dari TugedaCarrier.com.my. Tugeda ada banyak design yang berbeza serta dibuka untuk tempahan custom made.

Harga Baby Carrier Malaysia

Harga baby carrier Tugeda Malaysia bermula dari RM250++ – RM400++.

Harga Baby Carrier TULA Malaysia

Baby carrier TULA baby carrier dengan pelbagai design unik boleh dibeli online dari pengedar sah Tula Malaysia iaitu SushiBeeSimpleBabyWearingStore.blogspot.my.

Harga baby carrier Tula Malaysia bermula dari RM500++ – RM800+.

Harga Baby Carrier EMEIBABY Malaysia

Baby carrier EMEIBABY adalah baby carrier jenis hybrid iaitu gabungan wrap dan SSC. Emeibaby boleh dibeli secara online di AnjungUmmu.com.

Harga baby carrier Emeibaby Malaysia lebih kurang RM850++.

Harga Baby Carrier FIDELLA Malaysia

Baby carrier FIDELLA dibuat daripada woven wrap conversion dan boleh dibeli secara online dari AnjungUmmu.com.

Harga baby carrier Fidella Malaysia lebih kurang RM600++.

Harga Baby Carrier MADAME GOOGOO Malaysia

Baby carrier MADAME GOOGOO terkenal dengan rekaannya yang unik dan pelbagai.  Harga baby carrier Madame Googoo sekitar RM1,000++.

Harga Baby Carrier KOKADI Malaysia

Baby carrier KOKADI Flip dibuat daripada material woven dengan pelbagai saiz dan corak yang unik serta menarik.

Harga baby carrier Kokadi dari RM750++ dan ke atas.

Harga Baby Carrier LENNYLAMB Malaysia

Baby carrier LENNYLAMB berasal dari Poland dan hanya boleh dibeli secara online. Bucklenya sama dengan SSC jenama Bobita dan Manduca iaitu dari military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system.

Harga baby carrier LennyLamb Malaysia bermula dari RM700++ – RM1,400++.

Harga LennyLamb mahal sebab dibuat dari material woven yang kainnya seperti pashmina — tebal, kukuh, lembut dan selesa untuk gendong bayi. Harga LennyLamb juga ditentukan oleh cara tenunan kain samada broken-twill weave, diamond weave atau jacquard weave.

Kain jacquard weave adalah lebih mahal kerana ia membolehkan design dibentuk di kedua belah kain.

Rental & Sewa Baby Carrier Malaysia

Ada beberapa kedai online yang offer kemudahan untuk sewa baby carrier berjenama. Deposit serendah RM250 dengan bayaran sewa RM50 untuk 2 minggu. Bagus untuk yang nak cuba sebelum beli:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *