Tips Anak Masuk Sekolah | Senarai Barang Keperluan Anak Sekolah / Checklist Kelengkapan Sekolah Anak Bagi Ibubapa Sebagai Persiapan Anak Masuk Darjah Masuk Darjah 1

Bismillah….

Pejam celik dah pun akhir tahun. Masa cuti sekolah ni lah ibu bapa sibuk nak cari barang keperluan sekolah anak-anak kan.

Korang dah beli kah keperluan anak nak masuk sekolah ni? Eh…nak beli apa ye? Baju sekolah. Kasut sekolah. Beg sekolah. Tak kan tu je kot.

Bagi ibu bapa yang anak first time nak masuk ke sekolah rendah @ tahun 1 mungkin rasa pening dan risau kan. Apa nak beli tu satu hal. Berapa banyak duit yang akan dihabiskan untuk keperluan sekolah tu yang paling utama hehehe.

Baju Sekolah Canggih Premier

Baiklah. Akak nak kongsi serba sedikit senarai keperluan persiapan sekolah anak-anak sebagai panduan untuk korang yang anak akan masuk sekolah tahun depan. Harapnya dapat membantu.

Anak akak si Izzah akan naik Tahun 2 pada tahun hadapan. Izzah seorang je anak akak yang bersekolah sebab adik-adik dia kecik lagi. Irfan baru nak celebrate birthday 3 tahun bulan Disember ni… Irdina pulak baru dilahirkan 3 minggu lepas. [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

Tips Persediaan Keperluan Sekolah Anak

  1. Beli baju sekolah secepat mungkin pada masa cuti sekolah ini. Dengan kata lain beli AWAL. Orang nak kata kiasu lantak dia lah kan. Akak saran korang beli awal terutama baju sekolah dan kasut sekolah sebab kalau lambat nanti habis stok saiz yang sesuai untuk anak korang tu. Baju atau uniform sekolah yang dijual selalunya cepat habis saiz tau. Terutama yang saiz paling kecik tu. Jangan kata akak tak warning…hehehe
  2. Beli baju sekolah yang berkualiti macam brand Canggih untuk uniform sekolah dan brand Swan untuk beg sekolah. Mahal sikit tapi bagi akak sangat berbaloi sebab tahan lama.  Kain uniform Canggih memang tebal, tahan lasak, tidak pudar warna putih nila dan tidak berbulu walau dibasuh banyak kali. Beg sekolah Swan juga tahan lasak, ada waranti dan servis untuk repair/ganti tali, buckle atau troli.
  3. Beli uniform sekolah (baju, kain atau seluar) yang bersaiz besar sikit sebab budak-budak cepat membesar. Akak belikan Izzah kain dan baju kurung yang satu saiz up (bukan ngan-ngam). Macam kain tu boleh je lipat bahagian pinggang. Baju kurung pulak biasanya part lengan tu boleh lipat jugak.
  4. Beli 5 pasang baju sekolah kebangsaan dan 5 pasang baju sekolah agama jika korang ibu yang bekerja. Sebab tak payah risau nak cuci baju dan gosok baju time malam weekday tu. Bila ibu bekerja kan ada masa time weekend je pun untuk basuh dan iron baju sekolah anak kan.
  5. Beli tudung instant dengan awning lembut yang berwarna putih nila supaya sentiasa nampak bersih dan tidar pudar.
  6. Beli beg sekolah ada trolley untuk sekolah kebangsaan. Sebab buku teks dan buku aktiviti sekolah kebangsaan walaupun ikut jadual tapi memang BERAT berkilo-kilo!! Memang kesian anak yang masih kecik dan tak larat nak angkat beg galas tu. Tak percaya cubalah korang angkat sendiri beg yang berisi buku teks dan buku aktiviti tu. Tak larat eh.
  7. Beli 2 pasang kasut pun sudah cukup. Sebaiknya simpan 1 pasang kasut tu sebagai backup.
  8. Beli alat tulis @ stationeries secara banyak.  Sebab budak darjah 1 ni mesti selalu hilang punyalah segala mak nenek pensil, pemadam, pembaris dan pensil warna tu. Simpan spare tu jangan tunjuk pulak kat anak-anak. Shhh.. rahsia weh!

Tips persediaan keperluan sekolah anak ni berdasarkan pengalaman akak masa tahun lepas. First time anak nak masuk sekolah semuanya nak beli yang baru. Mak teruja terlebih heheheh.

Akak make sure beli barang kelengkapan sekolah macam uniform dan beg sekolah yang BERKUALITI. Mahal sikit tak apa sebab boleh tahan lama.

Baju Sekolah Canggih Premier

Tahun lepas akak dah beli 5 pasang baju sekolah kebangsaan dan 5 pasang baju sekolah agama jenama Canggih Premier yang saiznya besar sedikit. Beg sekolah agama beli beg galas Frozen yang harganya RM90++. Beg sekolah kebangsaan pulak akak beli beg trolley Swan yang harganya dalam RM120+++.

Memang masa beli tu rasa nak tercekik jugak sebab harganya tu. Tapi bila guna barang berkualiti ni memang tahan lama jadi tahun ni tak payah beli yang baru dah.  Pulak tu… tahun lepas tak ada GST tapi tahun ni ada GST. So… kira berbaloi-baloi la kan. [wp-svg-icons icon=”coin” wrap=”i”] [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Anyway, itu hanya tips dari akak. Nak follow atau tidak terpulang pada pertimbangan korang dan jugak budget yang diperuntukkan.

Jika nak jimat boleh beli kain dan jahit sendiri. Akak dulu masa kecik memang tak pernah merasa pakai baju sekolah @ uniform sekolah ready made. Sebab mak akak jahit sendiri je uniform sekolah kami. Memang tak mampu. Adik beradik pun ramai. Sebak pulak bila teringat…huhuhu.

Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak

1. Baju kemeja putih @ baju kurung putih

Beli minima 2-3 helai untuk seorang anak. Supaya korang ada masa untuk rotate @ basuh even time hujan. Lebih bagus kalau dapat beli 5 helai untuk sekolah kebangsaan dan 5 helai untuk sekolah agama.

Baju Sekolah Canggih Premier

Sebaiknya beli yang jenis kain kapas yang tak nipis dan berwarna putih nila seperti jenama Canggih Premier. Baju sekolah Canggih memang tahan lasak dan tidak berbulu walaupun diberus berkali-kali.

Baju Sekolah Canggih Premier

2. Seluar panjang @ kain sekolah

Beli minima 2-3 helai untuk seorang anak. Warna navy blue (biru gelap) untuk sekolah kebangsaan dan warna hijau untuk sekolah agama.

Baju Sekolah Canggih Premier

Sebaiknya beli jenis yang kain kapas tebal macam jenama Canggih Premier. Kain sekolah Canggih getah dia pun tebal dan tidak cepat menjadi longgar.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Baju Sekolah Canggih Premier

Harga uniform jenama Canggih boleh tengok di laman E-Shop Canggih. Boleh tahan mahal jugaklah harganya. [wp-svg-icons icon=”neutral” wrap=”i”]

Baju Sekolah Canggih Premier

3. Tudung sekolah

Beli minima 2-3 helai tudung sekolah instant dengan awning lembut yang berwarna putih nila. Tahun lepas akak beli 10 helai tudung iaitu 5 helai untuk sekolah kebangsaan dan 5 helai untuk sekolah agama. Tahun ni dah tak payah beli sebab semua tudung tu masih boleh dipakai.

Tudung Sekolah

Akak beli tudung instant tu secara online di kedai tudung sekolah online iaitu TudungSiComel.com. Saiz yang Izzah pakai tu Saiz SS (labuh 12 +/- 1 inci).

4. Beg sekolah

Macam-macam jenis beg sekolah dengan pelbagai design dan grafik menarik ada di pasaran. Harganya pulak ikut jenama dan kualiti.

Akak saran beli beg sekolah yang berkualiti dan tahan lasak. Jika beg tak berkualiti nanti mudah rosak sebab buku teks sangat berat dan budak pun lasak kan. Bukannya reti nak jaga beg elok-elok. Ada kawan akak terpaksa beli baru beg sekolah anaknya 3 kali dalam setahun sebab beg koyak, tali putus dan roda troli tertanggal.

Beg Sekolah Frozen

Harga beg galas biasanya dalam RM40-RM90. Beg galas ni elok untuk diguna masa sekolah agama. Sebab buku-buku sekolah agama tak banyak sangat. So… tak membebankan sangat kalau budak nak galas kan.

Beg Sekolah Swan

Harga beg sekolah beroda @ trolley bag jenama Swan pulak dalam RM120 – RM400. Fuh! Mahal tahap gaban eh..hahaha. Tapi akak rasa berbaloi beli beg beroda Swan ni. Sebab memang sangat tahan lasak.

Kalau anak darjah satu biasanya kelas kat aras bawah so beli beg troli dengan roda biasa dah okey. Tapi kalau anak kelas kat tingkat atas kena consider beli beg beroda Swan yang rodanya direka untuk ditarik naik tangga. Sebab beg beroda yang biasa tu sangat berat jika budak nak angkat naik tangga tu.

Beg Sekolah Swan

Ya!!! Beg beroda @ trolley bag pun ada jenis special untuk naik tangga. Memang rodanya pun lain sangat. Ada tiga roda bertingkat di setiap sisi. Harganya pun lebih mahal. Nak tengok pilihan beg Swan dan harganya sekali boleh terjah laman web SWAN.

5. Seluar sukan @ track suit

Seluar sukan warna biru gelap atau warna hitam ni beli 1-2 helai pun cukup. Sebab dalam seminggu ada sehari je yang kena pakai baju dan seluar sukan.

6. Stokin

Stokis boleh beli yang jenis dwi-warna iaitu hitam pada tapak dan putih di bahagian atas. Taklah nampak kotor sangat walaupun sebenarnya dah kotor heheee. Beli 5 pasang stokin supaya tak perlu basuh hari-hari. Pastikan saiz bersesuaian.

7. Kasut sekolah

Kasut sekolah ada macam-macam jenama. Sebaiknya beli 2 pasang kasut sekolah untuk seorang anak. Kasut ni so far akak belum jumpa yang jenis tahan lasak hehehe. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

Kasut Izzah mudah sangat berlubang kat depan tu. Mungkin sebab kasut kain kanvas warna putih ni cepat kotor dan kena berus betul-betul supaya bersih. Pastu letak kapur kasut lagi. Cepatlah kasut tu jadi rapuh dan berlubang kot. Tapak pun mudah haus. Izzah lasak sangat kot.

8. Kapur kasut

Kapur kasut ni benda wajib jika kasut sekolah anak warna putih. Beli kapur kasut yang jenis ada sponge pada botolnya. Sebotol tu tahan setahun untuk kasut Izzah yang dua pasang tu.

9. Pensel Warna

Color pencils ni sebaiknya beli yang berkualiti seperti jenama Staedtler Luna atau Faber Castell. Harga mahal lah sikit tapi lebih kuat, tak mudah patah dan warnanya lebih terang dan menyerlah. Budak sekolah sekolah rendah kan memang banyak guna pensel warna. Korang boleh pilih samada yang bilangan 12, 24, 36 atau 48 warna. Lebih banyak warna of coz lebih mahal.

Akak biasanya beli Faber Castell yang 36 warna dan letak dalam pencil case sebab kotaknya tu tak tahan lama. Setiap batang pensel warna Faber Castell ni ada kotak putih untuk tulis nama. Senang nak kenal pasti kalau ada yang terambil.

10. Alat tulis

Alat tulis yang wajib dibeli untuk budak sekolah rendah ialah pensel 2B, pemadam, pembaris pendek, gam, pengasah pensel, gunting dan bekas pensel.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Tips Barang Keperluan Sekolah

Sebaiknya belikan juga pengasah pensel tahan lasak yang ada pemegang berpusing serta boleh dilekatkan pada meja. Senang anak nak asah pensel dan color pencils yang banyak tu sekaligus. Tak lah penat dan berpeluh tangan bila guna pengasah pensel yang kecik tu. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

11. Pembalut buku plastik lutsinar, sellotape dan sellotape dispenser.

Akak suka beli pembalut buku plastik lutsinar yang jenis bergulung untuk balut buku teks dan buku aktiviti. Manakala untuk buku tulis pula beli pembalut buku yang ready made. Pastikan plastiknya jenis lembut dan melekap pada buku bila dibalut.

Tips Barang Keperluan Sekolah

Setakat itu sahaja tips membeli barang keperluan sekolah yang akak boleh kongsikan. Jika mampu boleh ikut tips yang akak bagi tu. Jika tak, berbelanjalah mengikut kemampuan. Harga barang-barang sekarang banyak yang naik disebabkan GST dan pelbagai faktor ekonomi.

Berjimat-cermatlah selagi boleh. Utamakan kualiti supaya dapat menjimatkan kos dalam masa panjang. InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *