Bismillah. Cikros di sini.
Anak nak masuk darjah satu ye? Tak tau barang keperluan sekolah apa yang perlu disediakan bagi anak yang baru nak masuk sekolah tu? Jangan risau. Aku akan share tips persiapan anak masuk sekolah yang terkini sebagai panduan omak abah semua.
Anak sulung aku, Izzah tahun depan akan masuk darjah 5. Manakala adiknya Irfan akan masuk darjah 1. So memang patut aku tulis senarai keperluan sekolah anak masuk tahun satu ni. Pasti berguna untuk diri sendiri dan parents lain insyaallah.
Aku pernah tulis tulis checklist keperluan barang sekolah about 3 years ago kat sini: Tips Keperluan Anak Masuk Sekolah.
Now aku nak share semula senarai kelengkapan sekolah yang kena ada. Kali ni ada beberapa tambahan benda yang akan aku senaraikan dan ada beberapa tips untuk dapatkan barang keperluan sekolah murah tapi berkualiti.
So ni kira revised version @ checklist terkini keperluan sekolah yang boleh digunakan untuk anak baru masuk sekolah tahun depan.
Beli Keperluan Sekolah Awal
Tips ni sangat penting tau. Aku tahu ramai parents suka shopping barang kelengkapan sekolah anak last minute. Seminggu lagi nak buka sekolah baru nak beli. Alasan biasa ialah sibuk bekerja. Malah ada yang bagi alasan beli last minute dapat diskaun banyak.
Lapuk sungguh alasan tu tau. Sekarang ni nak beli baju sekolah atau apa-apa keperluan sekolah anak tak perlu ambik cuti pun. Boleh beli online anytime!
Beli online ni boleh compare harga dan memang akan ada diskaun jugak. Terutama kalau beli awal. Aku rasa kalau nak beli barang sekolah anak tu online dah boleh start beli dari bulan 9 lagi. Banyak kedai online yang buat promosi best jika beli awal ni tau. Rugi tak grab!
Kenapa kena beli keperluan sekolah anak tu awal? Terutamanya kalau anak baru nak masuk darjah satu. Memang kena beli barang sekolah cepat omak abah!
Sebab kalau last minute kemungkinan stok SAIZ yang sesuai untuk anak tu sudah habis. Especially baju sekolah dan kasut yang bersaiz kecil. Memang laris macam goreng pisang panas lah saiz kecik ni.
BAJU SEKOLAH (KEBANGSAAN & AGAMA)
Kebanyakan parents hantar anak sekolah dua sesi iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama. So kena sediakan keperluan sekolah yang berlainan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
Keperluan baju sekolah anak perempuan pastinya berbeza dengan kelengkapan sekolah anak lelaki. Jom tengok apa yang omak abah perlu sediakan.
Tips #1: Berapa Helai Baju Sekolah?
Sediakan at least 3 pasang baju sekolah supaya ada masa untuk rotate @ basuh. Tapi lagi bagus jika dapat sediakan 5 pasang baju sekolah untuk sekolah kebangsaan dan 5 pasang lagi untuk sekolah agama. So total baju sekolah ialah 10 pasang setiap anak.
Sebab apa? Of coz lah sebab tak kelam-kabut nak basuh dan gosok baju sekolah tu time weekdays. Kalau musim hujan pun tak risau baju sekolah yang dibasuh tak sempat kering.
Ibu yang bekerja pun memang hanya ada masa time weekend sahaja kan untuk basuh dan iron baju sekolah. Time weekdays memang tak sempat lah. Aku tulis ni dari pengalaman aku yang pernah jadi ibu bekerja sepenuh masa.
Bila dah jadi surirumah pun aku still rasa patut beli 10 pasang juga sebab time weekdays tu hanya sempat basuh sahaja. Nak iron memang tak ada masa lah. Banyak kerja rumah dan perkara lain nak difikirkan dan diselesaikan.
Tips #2: Menabung / Beli Sedikit Demi Sedikit
Sure ramai yang cakap kalau ada duit memang boleh sediakan 10 persalinan pakaian sekolah untuk setiap anak. Kalau tak mampu macam mana?
Jika rasa tak mampu sediakan keperluan sekolah anak sedebuk sekaligus tu sila lah menabung dari awal tahun. Boleh juga beli keperluan anak tu sedikit demi sedikit dari awal. Jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul?
Tips #3: Beli Saiz Besar Sedikit
Ni tips untuk berjimat. Beli baju sekolah (baju, kain atau seluar) yang bersaiz besar sedikit @ one size up. Sebab budak akan cepat membesar.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Memang awalnya nampak tak comel lah anak pakai baju sekolah nampak besar. Tapi kalau nak jimat dari kena beli baju sekolah baru setiap tahun, inilah caranya.
Baju sekolah anak perempuan mudah saja nak adjust. Jika labuh kain boleh lipat di bahagian pinggang. Lengan pula boleh lipat juga.
Baju sekolah anak lelaki mungkin susah sikit nak adjust tapi tak susah mana pun. Jika labuh seluar sila lipat kaki nya ke dalam dan jahit sembat. Jangan potong kaki seluar tu tau. Bila anak meninggi boleh buka semula jahitan sembat tu.
Tips #4: Baju Sekolah Anak Perempuan
Aku senaraikan keperluan baju sekolah anak perempuan dengan bilangan paling optimal. Omak abah boleh kurangkan ikut budget masing-masing.
Senarai keperluan baju sekolah anak perempuan untuk sekolah kebangsaan:
- 5 helai baju kurung putih
- 5 helai kain sarung berwarna biru tua (navy blue)
- 5 helai tudung putih soft awning biasa / awning scuba (jika bertudung)
- 5 helai baju dalam putih
- 5 helai seluar legging
- 5 helai stokin putih bertapak hitam
- 5 helai inner tudung
Senarai keperluan baju sekolah anak perempuan untuk sekolah agama:
- 5 helai baju kurung putih
- 5 helai kain sarung berwarna hijau
- 5 helai tudung putih soft awning biasa / awning scuba
- 5 helai baju dalam putih
- 5 helai seluar legging
- 5 helai stokin putih bertapak hitam
- 5 helai inner tudung
Tudung
Jika anak tak bertudung di sekolah kebangsaan, ibu kena juga sediakan at least sehelai tudung soft awning / awning scuba sebab anak kena pakai tudung semasa kelas Pendidikan Islam.
Jika anak bertudung memang wajib sediakan 10 pasang tudung sebab kena jahit lencana dan tanda nama sekolah pada tudung. Tak boleh nak pakai tudung yang sama sebab lencana sekolah yang berbeza.
Kain Sarung
Pinggang kain sarung ada 2 jenis iaitu:
- bergetah penuh (contoh: jenama Alpha Kids / Matari)
- bergetah separuh dan berzip (contoh: jenama Canggih)
Aku sarankan beli yang bergetah penuh keseluruhan pinggang. Tanpa zip dan cangkuk. Sebab lebih mudah untuk anak pakai. Kain sarung pun boleh pakai lama walaupun pinggang anak membesar.
Pengalaman aku bagi anak pakai kain sarung jenama Canggih yang bergetah separuh, berzip dan bercangkuk tu memang tak best. Sebab tak sampai setahun pinggang kain sarung tak muat dan ketat. Labuh kain masih okey tapi tak boleh pakai sebab pinggang ketat.
Baju Dalam / Legging
Baju dalam putih / camisole anak perempuan mesti pakai untuk elak nampak bentuk badan terutama jika baju yang dipakai agak nipis. Seluar legging anak perempuan mesti pakai sebab budak-budak kecik biasanya akan terselak kainnya.
Stokin & Inner Tudung
Sila sediakan beberapa stokin dan inner tudung extra. Sebab stokin dan inner tudung akan cepat longgar. Pertengahan tahun pasti tak elok di pakai lagi. Especially jika stokin dan inner tudung tu beli sikit dan pakai untuk both sekolah kebangsaan dan agama.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Tips #5: Baju Sekolah Anak Lelaki
Aku senaraikan keperluan baju sekolah anak lelaki dengan bilangan paling optimal. Omak abah boleh kurangkan ikut budget.
Senarai keperluan baju sekolah anak lelaki untuk sekolah kebangsaan:
- 5 helai baju kemeja putih lengan pendek
- 5 helai seluar panjang berwarna biru tua (navy blue)
- 1 helai tali leher (beli di koperasi / kedai buku sekolah)
- 5 helai baju singlet putih
- 5 helai stokin putih bertapak hitam
Senarai keperluan baju sekolah anak lelaki untuk sekolah agama:
- 5 helai baju melayu putih
- 5 helai seluar melayu putih
- 5 helai sampin berwarna hijau
- 1 kopiah hitam
- 5 helai baju singlet putih
- 5 helai stokin putih bertapak hitam
Stokin
Sila sediakan beberapa stokin extra. Sebab stokin akan cepat longgar. Pertengahan tahun pasti tak elok di pakai lagi. Especially jika stokin tu beli sikit dan pakai untuk both sekolah kebangsaan dan agama.
Tips #6: Warna Putih Nila atau Putih Mutiara?
Ada 2 pilihan warna putih untuk keperluan baju sekolah anak iaitu :
- warna putih nila (putih kebiruan)
- warna putih mutiara / kapas (putih biasa)
Tak kisah pun nak belikan anak baju sekolah warna putih nila atau putih mutiara. Ikut citarasa omak dan abah lah.
Tapi aku lagi suka beli baju sekolah warna putih nila. Sebab warna putih kebiruan tu tak pudar dan sentiasa nampak baru. Macam dibilas celup dengan nila berwarna biru.
Tudung pun sama jugak. Ada pilihan putih nila atau putih mutiara. Biasanya tudung putih nila menjadi pilihan ramai ibu. Sebab sentiasa nampak baru.
Tips #7: Kain Cotton atau Kain Licin Koshibo?
Ada 2 pilihan jenis kain untuk baju uniform sekolah anak iaitu:
- kain kapas / cotton
- kain licin Koshibo (harga lebih mahal dari cotton)
Again. Tak kisah pun nak belikan anak baju sekolah kain cotton biasa atau kain licin Koshibo. Ikut citarasa omak dan abah.

Tapi aku personally suka anak-anak aku pakai baju sekolah kain licin Koshibo. Sebab:
- kain Koshibo licin, lembut dan ringan
- tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis
- bebas kedut / susah berkedut dan mudah digosok
- cepat menyerap peluh
- warna kain Koshibo tak mudah luntur
- kotoran mudah tanggal
Tips #8: Tudung Soft Awning Biasa atau Awning Scuba?
Tudung sekolah anak perempuan ni ada 3 jenis pilihan:
- tudung dua lapis
- tudung soft awning / awning lembut biasa
- tudung soft awning scuba
Aku tak sarankan untuk bagi anak yang baru masuk sekolah tudung 2 lapis tu. Sebab kan tudung dua lapis ni agak payah juga bagi anak yang berusia 7-8 tahun nak handle sendiri kat sekolah.
Paling bagus belikan anak tudung sekolah soft awning. Sebab tudung awning lembut ni hanya satu lapis dan sangat mudah dipakai oleh anak.
Aku masa Izzah darjah 1-4 memang bagi dia pakai tudung sekolah soft awning. Memang best tapi lama-lama tudung awning lembut biasa ni akan mudah kelepet sebab kena iron. So jika nak tudung sekolah anak tahan lama, jangan iron bahagian jahitan soft awning tu tau.
Ibu juga boleh bagi anak pakai tudung sekolah awning scuba. Tudung awning scuba ni actually tudung soft awning tapi ada lapisan kain scuba pada awning nya. So awning tudung sekolah anak akan kekal terbentuk dan terletak cantik dari pagi hingga petang.
Nak beli tudung sekolah awning biasa / scuba jenama Tudung Si Comel ni boleh contact Cikros through whatsapp. Klik sini: 016-888 6740. Kami ada jaminan180 hari tau. Jika ada apa-apa masalah atau tak puas hati boleh return dan kami ganti yang baru atau refund. Kalau beli kat kedai mana ada jaminan sampai 6 bulan macam ni. Berbaloi-baloi beli dengan Cikros ni.
Tips #9: Jenama Baju Sekolah Yang Murah & Berkualiti
Ada banyak pilihan jenama baju sekolah di pasaran. Aku masa Izzah mula masuk sekolah dulu hanya kenal satu jenama baju sekolah iaitu Canggih.
Sebab baju sekolah jenama Canggih ni selalu keluar iklan TV dan juga sebab baju sekolah Canggih ni lah yang disarankan oleh kawan sepejabat bila aku tanya baju sekolah apa yang best anak dia pakai. Hehe!
So since Izzah darjah 1 – 3 memang dia pakai baju sekolah jenama Canggih lah. Jenama Canggih ni harga pun sangat “canggih” lah. Mahal kebabooom. Huhu!
Masa tahun lepas aku baru kenal jenama baju sekolah lain yang lebih murah tapi tetap berkualiti dan selesa. Antara pilihan jenama baju sekolah yang omak abah boleh pilih ialah:
- Canggih – Tesco / Giant / Aeon dan online
- Matari – kedai di Penang, boleh beli online
- Jony & Jeny – kedai Hari-Hari dan online
- Black Cat – Pasarayaku dan online
- Falcon – Pasarayaku dan online
- Cekap School – Econsave
- Signature Premium – Tesco
- Alpha Kids – Aeon
- Professor – online
- KG Collection – online
- Dexwin – online
Jenama baju sekolah yang well established dan dikenali ramai sejak dulu lagi ialah Canggih, Falcon dan Professor memang terkenal sebab kualiti. Tapi of coz harga baju sekolah jenama-jenama popular ni agak mahal dan tak berapa mampu dibeli oleh semua golongan.
Tapi jangan risau. Omak abah ada pilihan jenama baju sekolah yang jauh lebih murah tapi kualiti setanding jenama baju sekolah mahal.
Kebanyakan ibu-ibu yang berpengalaman menyarankan baju sekolah jenama Black Cat sebab harganya yang murah tetapi tetap berkualiti. Seluar panjang Black Cat adalah kain cotton tebal yang kualitinya lebih baik daripada jenama Canggih. Sangat murah dan kualiti terbaik!
So tahun depan untuk Irfan yang nak masuk darjah satu, aku nak cuba baju sekolah jenama Black Cat pula. Jenis kain pilihan aku sudah tentu kain licin Koshibo.
Nota: Aku sudah beli sehelai kemeja jenama Black Cat dan KG Collection. Memang aku sangat puas hati dengan kualiti baju both brands. KG Collection tu pun murah dan best jugak.

Baju sekolah Izzah pula masih lagi muat so tahun ni tak payah beli. Jika perlu beli lagi setahun pun mungkin baju kurung sahaja yang akan aku ganti ke saiz yang lebih besar. So boleh pakai hingga dia masuk sekolah menengah.
Tudung sekolah pula aku nak bagi dia pakai tudung sekolah awning scuba dan mungkin juga tudung dua lapis. Tapi Izzah cakap tak suka tudung dua lapis sebab susah pakai. Tak apa kita cuba dulu.
Sekarang Izzah pakai baju sekolah jenama berikut:
- Baju kurung putih sekolah kebangsaan dan agama – jenama Canggih (cotton) & Matari (Koshibo)
- Kain sarung sekolah kebangsaan – jenama Matari (bergetah penuh tanpa zip)
- Kain sarung sekolah agama – jenama Alpha Kids (bergetah penuh tanpa zip)
- Tudung sekolah – jenama Tudung Si Comel (soft awning)
Tips #10: Beli Baju Sekolah Murah Online
Nak beli baju sekolah murah tanpa perlu ambil cuti dan bersesak ke pasaraya mudah sahaja. Beli online. Setel problem.
Sebelum beli make sure ambik ukuran anak siap-siap. So that masa beli baju sekolah online tak tersilap beli saiz. Ukuran yang perlu ambil ialah panjang bahu, labuh seluar / kain dan lengan baju serta ukur lilit pinggang. Biasanya seller online guna ukuran dalam inci.
Aku ada buat compilation perbandingan harga baju sekolah pelbagai jenama. Aku share kat sini untuk panduan.

Take note yang harga ni semua harga runcit asal sebelum diberi diskaun. Cari seller yang offer diskaun so boleh dapat baju sekolah harga murah.

Anggaran kos satu pasang baju sekolah ialah:
- RM30 hingga RM100 sepasang (anak lelaki)
- RM40 hingga RM100 sepasang (anak perempuan termasuk tudung)
Nampak tak? Jenama baju sekolah yang established seperti jenama Canggih, Falcon, Professor, President dan Matari memang sangat mahal.
So kalau nak beli jenama tersebut, make sure beli masa ada promosi Back to School. Biasanya kedai online Canggih dan Matari ada offer diskaun bermula bulan November – December. Offline store pun sama pasti ada promosi kelengkapan sekolah Back to School di pasaraya / shopping mall.
Jenama baju sekolah yang paling murah dan berkualiti tinggi sudah tentulah jenama baju sekolah Black Cat. Aku sendiri sudah beli baju sekolah jenama Black Cat ni. Memang aku sangat puas hati. Kualiti terbaik pada harga sangat mampu milik. Omak super suka!
Satu lagi jenama baju sekolah yang aku rasa best juga ialah jenama baju sekolah KG Collection. Jenama ni tak popular dan aku terjumpa masa searching kat Shopee. KG Collection hanya jual baju kemeja, baju kurung, kain sarung dan baju melayu kain koshibo.
Aku tengok banyak review best tentang jenama KG Collection ni so aku pun beli sehelai untuk nilai sendiri. Yes! Harganya murah dan kualiti pun sangat bagus.
So kalau omak abah nak cari baju sekolah anak yang paling murah tapi kualiti terbaik sila beli baju sekolah jenama Black Cat atau pun jenama KG Collection.
Link Kedai Baju Sekolah Online
Aku share sini link kepada kedai online untuk beli baju sekolah online. Sila klik pada link:
- Canggih | Matari (website biasa ada diskaun)
- Black Cat | President | Falcon – website PYCollection atau lebih murah di Shopee PYCollection
- KG Collection | Jony & Jeny
- Professor | Dexwin | Tony School
- Tudung Si Comel – atau terus whatsapp Cikros 016-888 6740
BAJU SUKAN
Baju sukan (t-shirt) ikut warna rumah dan berlogo sekolah ada dijual di koperasi / kedai buku sekolah. Tapi biasanya stok baju sukan ni cepat habis pada awal sesi persekolahan. Nak tunggu stok baru memang ambik masa berbulan jugak lah. Pengalaman ni tau. Hehe!
Jangan risau. Sila beli baju t-shirt putih untuk anak pakai semasa hari pendidikan jasmani. Beli t-shirt ni 2 helai sebab nanti bila tiba waktu hari sukan, anak pasti kena pakai baju sukan selama beberapa hari. So tak pening kena basuh baju tak kering.
Nanti bila stok baju sukan dah ada, sebaiknya beli 2 helai baju sukan ni. Beli ikut warna rumah tau. Jangan suka hati beli baju sukan ikut warna kegemaran pulak. Haha!
Seluar sukan track bottom pula beli warna hitam atau biru gelap sahaja, sebaiknya tidak berjalur atau berjalur putih kecil sahaja.
KASUT SEKOLAH
Kasut sekolah sila beli 2-3 pasang sebab akan dipakai bergilir-gilir untuk dua sesi sekolah.
- Kasut kanvas lebih cepat kering berbanding kasut PVC
- Kasut berpelekat lebih mudah dipakai berbanding kasut bertali
Bermula tahun 2019 budak sekolah dibenarkan pakai kasut sekolah warna hitam. So horeh! Omak lompat bintang. Hehe!
BEG SEKOLAH
Sediakan 2 beg sekolah iaitu satu untuk sekolah kebangsaan dan satu untuk sekolah agama. Beli beg yang berkualiti dan tahan lasak.
Macam-macam jenis beg sekolah dengan pelbagai design dan grafik menarik ada di pasaran. Harganya pulak ikut jenama dan kualiti. Kos beg dari RM25 hingga RM300 mengikut jenama.
Beg sekolah ada dua pilihan samada:
- Beg ada troli – sesuai jika kelas di tingkat bawah
- Beg sandang
Biasanya budak darjah satu akan diletakkan di kelas tingkat bawah. So kalau nak beli beg troli lagi bagus. Kesian kecik-kecik kena angkat beg sandang berat yang saiznya lagi besar dari badan anak tu. Huhu!
Anak aku Izzah dari darjah 1-3 memang guna beg troli semasa sesi sekolah kebangsaan. Sebab buku sekolah kebangsaan sangat banyak, tebal dan berat. Badan dia pulak kecik dan kurus so tak sesuai guna beg sandang untuk sekolah kebangsaan. Tak larat angkat!
Sekolah agama pula boleh guna beg sandang sebab bukunya tak banyak, nipis dan ringan,
Bila Izzah darjah 4 baru lah dia guna beg sandang untuk both sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Badan dan besar tinggi so memang sesuai guna beg sandang. Lagi pun bila dah umur 10 tahun ke atas ni rasa tak sesuai pakai beg troli macam budak kecik kan. Haha!
Nota: Harga beg sekolah beroda @ trolley bag jenama Swan bermula dari RM120 – RM400. Fuh! Mahal tahap gaban. Tapi berbaloi beli beg troli Swan ni sebab tahan lasak hingga 2 tahun.
BOTOL AIR & BEKAS MAKANAN
Botol air memang sangat penting untuk disediakan. Budak sekolah cepat sangat rasa dahaga. So kena bawa bekal air masak ke sekolah.
Sebaiknya beli botol air dengan penutup yang dipulas dan kalis bocor. Jangan beli botol air ber-straw murah sebab botol air ni mudah bocor. Salah letak dalam beg habis buku sekolah anak basah!
Bekas makanan pula boleh disediakan jika anak bawa bekal ke sekolah. Beli yang murah dan kedap udara. Tak perlu yang berjenama mahal sebab budak memang selalu hilang / tertinggal bekas makanan.
STOK ALATULIS
Alatulis budak memang selalu hilang. Confirm punya lah. Haha!
So tak perlu beli yang berjenama mahal. Sila beli dalam kuantiti banyak kat Mydin untuk buat stok alatulis @ kedai alatulis di rumah. Hehe!
- pensil biasa untuk kegunaan harian
- pensil 2B jenama Stabilo, Faber Castell untuk guna masa exam
- pemadam beli satu kotak terus
- pensil warna beli yang murah (cepat sangat pendek atau hilang)
- gunting, pembaris, gam, bekas pensel berzip
Tips Pensil Warna Tak Hilang
Jika beli pensil warna berjenama mahal dan tak nak pensil warna hilang, boleh gam pensil warna pada riben / tali dan ikat dengan key chain bertulis nama. Confirm tak hilang lagi dah!

STICKER NAMA & PRE-INKED STAMP (COP NAMA)
Sticker Nama
Kalau rasa malas nak tulis nama pada buku, botol air, bekas makanan dan bekas pensel anak, sila tempah sticker nama anak. Tampal je sticker nama settled.
Aku tak pernah beli sticker nama sebab lagi suka tulis sendiri kat barang-barang sekolah anak. Kecuali untuk buku tu aku beli cop nama.
Cop Nama
Aku sangat sarankan tempah cop nama yang jenis pre-inked stamp tu. Boleh guna untuk cop nama anak pada buku tulis, buku teks dan buku aktiviti yang berpuluh-puluh buah tu. Jenuh nak tulis dengan tangan. Haha!
Sticker Warna / Sticker Hari
Anak pasti pening nak susun buku dalam beg ikut jadual waktu. Omak abah pun bukan ada masa dan rajin sangat pun nak tolong susun buku anak. Lagi pun anak perlu belajar berdikari susun sendiri buku ikut jadual waktu.
Tak nak pening dan nak mudah sila beli sticker warna / sticker hari untuk tampal pada buku teks / aktiviti ikut hari dalam jadual waktu. Bila anak nak susun buku just tengok sticker hari pada buku dan susun. Mudah dan cepat!
Aku ada tulis tentang sticker hari ni: Tips Menyusun Buku Sekolah Ikut Jadual Waktu
BUKU SEKOLAH
Buku tulis dan lain-lain buku (selain buku teks) kena beli dari kedai buku sekolah. Sila beli awal untuk elakkan queue yang panjang semasa hari orientasi dan juga elak kehabisan stok.
Biasanya kedai buku sekolah akan mula dibuka 2 minggu sebelum hari persekolahan tahun baru bermula.