Bismillah. Cikros di sini.
Hari tu aku ada tulis Tips Checklist Kelengkapan Sekolah Anak. Salah satu tips ialah tentang baju sekolah anak lelaki.
Berikut ialah senarai keperluan baju sekolah anak lelaki untuk sekolah kebangsaan:
- baju kemeja putih lengan pendek
- seluar panjang berwarna biru tua (navy blue)
- tali leher (beli di koperasi / kedai buku sekolah)
- baju singlet putih
- stokin putih bertapak hitam / stokin hitam
Senarai keperluan baju sekolah anak lelaki untuk sekolah agama:
- baju melayu putih
- seluar melayu putih
- sampin berwarna hijau
- kopiah hitam
- baju singlet putih
- stokin putih bertapak hitam / stokin hitam
Since bermula 2019 sudah boleh pakai kasut hitam, so kena beli stokin hitam untuk dipakai dengan kasut hitam.
So now omak kena pilih nak beli baju sekolah anak lelaki yang dibuat daripada kain kapas (cotton) atau kain licin lembut (koshibo).
Aku prefer baju sekolah kain koshibo sebab material dia lembut dan senang digosok.
Baju Kemeja & Seluar Panjang Sekolah Kebangsaan
Aku ada share satu jadual perbandingan harga antara baju sekolah pelbagai jenama. So boleh tengok jenama baju sekolah mana yang murah tapi tetap berkualiti tinggi.
Baju kemeja anak lelaki untuk sekolah kebangsaan aku prefer baju kemeja kain koshibo. So pilihan yang ada adalah dari jenama President, Matari, Black Cat dan KG Collection.
Baju kemeja jenama President dan Matahari agak mahal sehelai RM20. So better beli baju kemeja kain koshibo jenama Black Cat atau KG Collection hanya RM15-16 sehelai. Jika online boleh dapat dalam RM12 sehelai untuk jenama Black Cat.
Aku ada beli both jenama Black Cat dan KG Collection. Aku tengok baju kemeja kain koshibo jenama KG Collection ni lebih tebal dan kembut berbanding jenama Black Cat. Tapi aku beli banyak Black Cat sebab murah.
Seluar panjang pula aku beli jenama Black Cat. Harganya murah tapi kualiti aku rasa lebih baik berbanding seluar panjang jenama Canggih. Puas hati sangat tau.
Baju Melayu & Sampin Sekolah Kebangsaan
Baju melayu pun aku prefer yang dibuat dari kain koshibo. Aku beli jenama Black Cat dan KG Collection. Of coz baju melayu KG Collection kain koshibo dia lebih lembut dan tebal berbanding baju melayu jenama Black Cat.
Tapi aku beli lebih yang jenama Black Cat sebab murah. Next time beli baru aku akan beli yang jenama KG Collection. Mahal sikit tapi kain lagi best.
Baju melayu kain koshibo jenama Matari tu pun bagus tapi harganya mahal sangat. Satu set RM47. Uhuk!
Kain sampin kain koshibo pula aku beli jenama Dexwin. Aku suka sampin ni sebab pinggang getah keseluruhan (tanpa cangkuk/zip) dan lipatan sampin kemas kat depan. Mudah nak gosok.