Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Baby bongsu aku — Irdina tu dah umur 11 bulan. Masa mengandung aku beli The First Years Close & Secure Infant Sleeper. Sebab nak kena bedah lagi so boleh bantu aku tidur bersama bayi *co-sleeping* dengan selamat.
Aku beli dah last minute. Fikir banyak kali sebelum beli. Sebab harga dia agak mahal — RM220. Cari punya cari dapat juga harga murah sikit iaitu RM199. Jimat lah RM20 [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”].
Berbaloi ke beli The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni? Aku nak review lah ni tentang The First Years Close & Secure Infant Sleeper yang aku guna untuk Irdina.
Dari segi harga memang agak pricey. Sebab The First Years Close & Secure Infant Sleeper hanya untuk kegunaan beberapa bulan. Macam aku guna dengan Irdina pun hanya sampai umur dia 3 bulan.
Kenapa? Bukan sebab tak muat lagi dah. Tapi sebab Irdina tu sudah aktif bergerak dan memusingkan badan semasa tidur. Selalu terkeluar dari landasan ekekkee. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Okeh. Jom baca review aku tentang The First Years Close & Secure Infant Sleeper yang awesome ni.
Design & Kegunaan
Bagi aku reka bentuk The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni memang kukuh dan selamat untuk digunakan bagi tidur bersama bayi atas katil ibu bapa. Bahagian dari hujung kepala hingga ke tengah sleeper ni adalah plastik keras yang dibalut rapi dengan padded cloth.
Aku bila tidur sebelah Irdina yang berada dalam The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni boleh rasa selamat. Sebab bila lengan atau bahu aku tertolak benda tu pun tak berganjak langsung. Tak risau lah terpenyek baby. Memang sesuai sangat untuk co-sleeping!
Ada juga lampu kat hujung kepala bayi. Mudah untuk tengok keadaan bayi selepas lampu bilik dipadamkan.
Tilam The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni pula padat dan disertakan dengan satu cadar putih. Agak membosankan warna cadar ni plain white. Macam cadar hospital pulak kannnn.
So, aku pun jahit lah 3 helai cadar baru untuk The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni. Guna designer fabrics. Baru la comelicious! [wp-svg-icons icon=”happy” wrap=”i”]
Boleh Lipat & Mudah Di Bawa
Salah satu sebab aku beli The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni ialah sebab ia boleh lipat jadi separuh. Mudah nak bawak travel. Tak makan banyak ruang.
Macam nak balik kampung atau bermalam kat hotel — memang The First Years Close & Secure Infant Sleeper sangat memudahkan.
Ya lah. Mana ada baby cot kat kampung atau hotel kan. Nak tak nak memang kena tidur sama-sama dengan baby atas katil korang.
Kalau baby dah besar rasanya okei la kan. Tapi kalau baby kecik & masih fragile — The First Years Close & Secure Infant Sleeper sangat membantu!
Saiz Tak Boleh Laras
Mungkin panjang The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni satu kekurangan. Panjang dia fixed. Tak boleh laras. Kalau boleh laras aku rasa lagi awesome The First Years Close & Secure Infant Sleeper ni.
Satu lagi sebahagian struktur tepi The First Years Close & Secure Infant Sleeper di bahagian kaki dibuat dari mesh berjaring lembut.
Bila baby dah mula aktif berpusing maka mudah terkeluar kaki dia tu. Comel pulak tengok hehehe. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Masa Irdina umur 3 bulan lebih aku stopped guna The First Years Close & Secure Infant Sleeper. Sebab dah tak ada keperluan. Dia pun dah aktif berpusing so tak selamat dah jika nak tidur sama-sama atas katil kan.
Aku pun guna The First Years Close & Secure Infant Sleeper untuk co-sleeping masa few days yang pertama dan masa bermalam kat hotel. Time lain aku letak je The First Years Close & Secure Infant Sleeper dalam baby cot.
Maknanya Irdina dah dilatih tidur dalam baby cot melalui The First Years Close & Secure Infant Sleeper. Sampai sekarang Irdina masih tidur dalam baby cot. Good baby!