Teruknya Kena Chicken Pox Lagi.

Petang Ahad hari tu Izzah tiba-tiba demam panas. Tak tahu sebab apa. Nak kata sebab gigi nak tumbuh, tak mungkin kot. Me ada nampak a few blisters kat jari dia. Sama macam masa bulan Jun tahun lepas yang me tulis kat sini.

Sebab gigi taring dia semua dah lama keluar dalam dua minggu lepas. Tapi tak ada demam. Me pernah read somewhere katanya kalau gigi taring tumbuh, budak memang akan demam. But Izzah okey je time tu.

So, kami bawak pegi klinik malamnya. Doktor check tengok throat dia bengkak dan merah. Macam kena tonsilitis. Doktor bagi ubat demam dan antiobiotik.

chicken pox 01

Lepas dua kali dia minum antibiotik (malam dan pagi Isnin), tiba-tiba bintik-bintik merah berair naik dengan banyaknya kat badan dia. The whole body you know. Terutama kat tangan, kaki dan punggung.

Ish.. tak kan sebab antibiotik tu kot. Me syak kena chicken pox tapi heran jugak sebab kan dah ambik vaksin a year ago.

Cepat-cepat me balik kerja dan bawak pergi klinik lain. Doktor kata sah chicken pox!

Kesian Izzah gatal-gatal satu badan. Dah bagi ubat tahan gatal dan sapu calamine lotion pun still gatal. Dah la sekarang cuaca panas yang amat. Mesti gatal sebab peluh tu.

chicken pox 02

Semalam me EL. Jaga dia. Bagi dia mandi dengan kerap. Bintik makin banyak dah. Kat muka pun ada..hu..hu. Kena pakai baju dan cloth diaper je. Muka pun putih macam tepung gomak pakai calamine. Sabar lah nak ye.

chicken pox 03

Tags from the story

31 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *