i-City Shah Alam tu tak jauh pun dari rumah kami. Hari-hari lalu kot. Tapi perginya baru dua kali…tu pun dah bertahun dulu rasanya hehehe
Izzah selalu tanya… “Mama, bila kita nak pergi tempat roda bulat besar tu?”
Roda bulat besar = ferris wheel kat i-City tu kalau malam memang nampak cantik terang benderang. Memang mengumpan jiwa kanak-kanak nak pergi ke situ lah.
Beberapa minggu lepas saya dapat jemputan ke i-City bersama famili. Dapat cuba banyak tarikan baru i-City dengan percuma!
Itsy Bitsy
Masa saya pergi i-City Shah Alam pada bulan Ogos, taman ajaib Itsy Bitsy ni masih dalam pembinaan. Tapi memang dah nampak rupa bentuk permainanan kanak-kanak yang menarik dan ceria.
Teruja sungguh Izzah bila kami pergi i-City Shah Alam dan Itsy Bitsy tu dah dibuka!
Itsy Bitsy adalah satu taman magik yang menceritakan tentang sikap kerajinan semut yang boleh dicontohi oleh golongan kanak-kanak.
Menariknya sebab Itsy Bitsy ni untuk ibu bapa meluangkan masa sambil bergembira bersama anak-anak.
Ada macam-macam permainan seperti Mini Pirate Ship dan Rocking Chaise Car. Seronok saya naik Rocking Chaise Car ni ekekee.
Anak-anak juga boleh menyahut cabaran fizikal di Fitness JR.
Jungle Adventure
Jungle Adventure membolehkan anak-anak mengembara ke dalam hutan mini bersama Jungle Rider dan belajar tentang hidupan liar.
Kanak-kanak boleh menyelami kehidupan seperti di dalam hutan khatulistiwa dengan menaiki kenderaan khas berkuasa bateri yang dipandu sendiri oleh mereka. Sangat menarik kerana kanak-kanak dapat mengenal jenis-jenis tumbuhan serta haiwan yang ada dalam hutan hujan khatulistiwa sambil bergembira.
Fun Drive
Saya rasa Fun Drive ni memang sangat menyeronokkan. Bukan kanak-kanak sahaja dapat main tapi ibu bapa yang rasa jiwa muda tu pun join sekaki ekekeke.
Fun Drive memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memandu kereta!!
Tak perlu ada lesen memandu pun boleh bawa kereta tau… tak seronok ke tu?
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Jangan risau. Nama pun Fun Drive so kereta pun untuk berseronok la kan.
Kanak-kanak boleh memandu kereta menggunakan kuasa bateri dan belajar tentang peraturan-peraturan jalan raya.
Sebelum memandu, kanak-kanak akan didiberi taklimat tentang peraturan jalan raya seperti lampu isyarat, kawasan melintas pejalan kaki, papan tanda jalan dan sebagainya sebelum dibenarkan untuk memandu.
Mereka juga perlu mematuhi peraturan-peraturan ketika memandu di kawasan yang telah dikhaskan dan dilengkapi lampu isyarat serta papan tanda peraturan jalan raya.
Saya rasa memang bagus Fun Drive ni. Boleh memupuk sikap mematuhi peraturan jalan raya dalam diri kanak-kanak.
Harga tiket untuk menikmati tarikan baru itu antara RM10 hingga RM20 seorang. Berpatutan lah jugak kan.
Mist Fountain & Dancing Water
Kunjungan ke i-City Shah Alam tak lengkap jika tidak melihat Mist Fountain dan Dancing Water.
Mist Fountain adalah kawasan yang nyaman di mana anda boleh bersantai sambil menyejukkan badan dengan kesegaran wap air di sini.
Air akan terpercik ke sana sini jika angin bertiup kuat jadi awasi alat elektronik anda supaya tidak basah.
Dancing Water pula ialah tarian air yang diiringi oleh irama lagu dan pertunjukan lampu. Sangat mengujakan bila air pancut berwarna-warni menujah angkasa disertai dengan lagu yang berkumandang.
Lagi seronok kalau anda menikmati keindahan Dancing Water ini dari atas dengan basikal angkasa!
Ha ha… basikal angkasa tu Izzah yang bagi nama kenderaan Space Walk kat i-City tu.
Kalau anda gayat lupakan saja untuk naik kenderaan ini sebab ia akan membawa anda mengelilingi bandar cahaya lampu i-City di udara.
Tapi memang best naik Space Walk ni. Boleh nampak permandangan lampu i-City Shah Alam dengan jelas. Malah dapat tengok Dancing Water tu sambil kaki mengayuh pedal kenderaan. Memang rasa macam kayuh basikal…hehehee.
Selain daripada tarikan baru di i-City Shah Alam, jangan lupa cuba tarikan sedia ada seperti i-City Snow Walk, muzium wax Red Carpet dan Water World.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
FunWorld@i-City dibuka mulai jam 10 pagi. Persembahan Dancing Water diadakan pada jam 9 dan 10malam (Isnin – Khamis) manakala pada hujung minggu, persembahannya digandakan iaitu pada jam 8, 9, 10 & 11 malam (Jumaat – Ahad).
Maklumat lanjut: iticket.i-city.my atau hubungi 03 – 5521 8800.
Masa pergi dulu cuma ada rumah salji jer.dah lama tak kunjung sini.