Adeh. Blog bersawang lagi. Sibuk memanjang.
Saya sambung belajar di OUM. Banyak online projek nak disiapkan. Bizi dengan bisnes Qaseh. Tight dengan jadual kelas Izzah – berenang, bahasa Mandarin, Tae Kwon Do, kindie dan kelas Al Baghdadi.
Saya ni kan super mak, super wife dan super worker..ekekeke.
So… semalam saya buat satu time table @ jadual blogging!!!
Harapnya lepas ni tak de la blog saya yang ni dan yang lain-lain-lain-lain-lain (amboi.. banyaknya ekekeke) tu kesawangan lagi.
Hari ni nak cerita tentang FROZEN. Cerita dah basi.
Wayang Frozen dan lama habis kot. Saya tengok pun kat DVD cet.rom je pun… faham ke cet.rom tu apa…mih mih mih.
Tak tahan nye.. tiap-tiap hari Izzah duk nyanyi… Let it Go… Let it Go…la..la..la.. (lirik sendiri).
Berhantu betul lagu Idina Menzel tu. Dengar cerita ramai budak-budak yang kesampukan lagu Let It Go nyanyian Idina Menzel tu. Siap ada macam-macam versi parodi.
Okei. Saya mengaku saya pun suka jugak lagu Let It Go. Tapi sikit je tau…part bila Queen Elsa lepaskan sanggul rambut dan menyanyi tu.. meremang bulu hidung beb… ekekeke
Let it go, let it go!
Can’t hold it back any more.
Let it go, let it go!
Turn away and slam the door.
I don’t care what they’re going to say.
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway.
Frozen adalah cerita muzikal keluaran Disney yang memang sangat memikat hati kanak-kanak macam Izzah tu.
Kisahnya tentang 2 adik-beradik perempuan Anna dan Elsa. Masa kecik mereka sangat rapat. Elsa ni ada super power boleh bekukan benda tapi dia sudah tersalah tembak power pada adik dia. So… budak ni pengsan.
Nasib baik lah ada orang kenit ada magik boleh sembuhkan Anna dan buat dia lupa langsung yang Elsa ada super power.
Parents dia tak nak benda sama jadi lagi so Elsa dipisahkan daripada Anna sampai la besar. Suatu hati parents mereka meninggal dunia so Elsa akan ditabalkan jadi Queen.
Masa coronation day (hari pertabalan) tu Elsa kena pegang dua benda iaitu royal orb dan scepter nih.
Izzah pun ada hati nak jadi Queen jugak dan berlakon konon-konon dia macam Queen Elsa la sedang ditabalkan. Dia pegang Vicks dan bekas MM!!!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Gelak guling-guling…ekekekekeke!!!
Saya layan sajalah ‘coronation day’ Queen Izzah tu. Ni okei lagi lah.
Hari tu Izzah siap selit blanket busuk dia kat seluar kononnya jadi macam baju Queen Elsa yang ada ‘train’ panjang tu. Layan lagi….ekekkee.
Nasib baik lah Izzah tak dapat super power boleh bekukan benda macam Elsa tu. Kalau tak satu kampung jadi frozen. Boleh main salji…mih…mih…mih.
Okei… back to Frozen story.
Bagi saya lah… karakter Frozen memang sangat adorable. Comel-comel belaka.
Terutama Olaf!!
Wah… saya suka betul la Olaf ni. Kecik. Comel. Gebu. Gedik. Rasa nak picit-picit je…ekekeke.
Olaf ni satu-satunya snowman dalam dunia yang tak mencair masa musim panas. Hebat la tewwww.
Oh.. my own personal flurry!!!
Awwww…