Bismillah. Cikros di sini.
Aku pernah kena eczema teruk last year. Macam-macam krim dan losyen aku sapu. Macam-macam ubat & supplemen aku makan. Tapi semua tak berkesan.
Selepas aku sapu RenoSkin Medic Serum, jaga pemakanan aku (kurangkan gula) dan amalkan minum Teh Rooibos setiap pagi, baru lah eczema aku pulih sepenuhnya.
Aku rasa eczema tu still ada dormant dalam badan aku. Sedang tidur nyenyak. Of coz eczema ni akan kembali bangun jika ada faktor yang mencetuskannya @ trigger eczema tu.
Macam hari tu aku makan banyak sangat jelly beans sugar candies. Sedap memang sedap. Tapi a few hours lepas makan candies tu, pelipat lengan aku mula rasa miang dan gatal. Aku dah kacau eczema yang sedang tidur tu dengan memberinya gula yang banyak!
Nasib baik ada RenoSkin Medic Serum. Terus sapu nipis. Cepat reda rasa miang dan gatal. Aku juga kembali minum Teh Rooibos Dr Nortier dengan konsisten. Eczema aku kembali berdengkur tidur. Fuhhh. Lega!
So kalau korang penghidap eczema dewasa, aku sangat sarankan sapu RenoSkin Medic Serum dan amalkan minum Teh Rooibos setiap hari. Kenapa Teh Rooibos Dr Nortier? Teruskan membaca.
Asal Usul Teh Rooibos Dr Nortier
Rooibos adalah sejenis pokok renek yang berasal daripada gunung Gifberg dalam banjaran Cedarberg di Afrika Selatan. Perkataan Rooibos bermaksud “belukar merah”.
Penduduk Afrika Selatan telah menggunakan pokok Rooibos sebagai makanan dan minuman kesihatan mereka sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
Nama saintifik pokok Rooibos ialah Aspalathus linearis yang merupakan tumbuhan renek mempunyai ketinggian 2m tinggi. Cabang muda pokok Rooibos berwarna kemerahan manakala daunnya berwarna hijau dan menirus seperti jarum.
Rooibos kini merupakan teh yang sangat popular dan dianggap sihat kerana ia bebas kafein dan sangat kaya dengan anti-oksidan.
Khasiat teh Rooibos ini sangat banyak dan boleh dinikmati oleh semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa. Teh Rooibos juga selamat diminum oleh ibu hamil dan ibu yang menyusu badan.
Seluruh dunia kini boleh menikmati khasiat Teh Rooibos hasil kajian penyelidikan pokok Rooibos oleh Dr. Pieter Le Fras Nortier dalam tahun 1929.
Teh Rooibos Dr Nortier Teh Rooibos Terbaik
Sekarang ni ada banyak jenama teh Rooibos di pasaran. Tapi aku pilih untuk minum Teh Rooibos Dr Nortier. Kenapa? Sebabnya ialah:
- Dr Nortier adalah pelopor dan penyelidik penggunaan teh Rooibos untuk kesihatan sejak 1929.
- Teh Rooibos Dr Nortier ni ada dijual di farmasi dan online so mudah didapati.
- Teh Rooibos Dr Nortier ni paling murah di pasaran.
Jenama teh Rooibos lain contohnya, teh Rooibos Health Organic di Shopee adalah RM35 untuk 30 uncang (3gm). Tapi harga teh Rooibos Dr Nortier pula RM36 untuk 80 uncang (2.5gm). So Teh Rooibos Dr Nortier hanya RM0.18 per gram berbanding teh Rooibos Health Organic RM0.42 per gram.
So, bagi aku lebih berbaloi untuk minum Teh Rooibos Dr Nortier. Khasiat teh Rooibos dapat dinikmati pada harga yang lebih jimat. Hehe!
Khasiat Teh Rooibos Dr Nortier
Berikut adalah antara khasiat teh rooibos
- Tidak mengandungi kafein dan sangat sedikit kandungan tanin
- Mengandungi S.O.D. (Superoxide Dismutase) – S.O.D. dapat meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas, melambatkan proses penuaan dan memperbaiki kerosakan sel
- Membantu mengurangkan pigmen melanotik dan menjadikan kulit lebih halus
- Kaya denga anti-oksidan bioflavonoid yang dapat menambahkan kekuatan kapilari, meningkatkan peredaran, menghalang pendarahan dan melindungi jangkitan
- Membantu melegakan insomnia, kekejangan perut, sembelit dan bagi bayi yang menghidap kembung (kolik)
- Membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan kegusaran
- Dapat melegakan keradangan kulit apabila disapu terutama ruam lampin dan penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis dan jerawat
- Sumber tambahan kalsium, mangan dan flourida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat
- Membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan
- Membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah
- Membantu mengurangkan paras kolesterol
- Membersihkan sistem darah dari keracunan dan seterusnya melancarkan peredaran darah
- Membersihkan sistem penghadaman terutama usus besar yang tersimpan kekotoran sisa
Khasiat Teh Rooibos Untuk Eczema
Aku masa kena eczema, memang setiap pagi minum teh Rooibos Dr Nortier ni TANPA GULA. Pesakit eczema sangat digalakkan kurang atau lagi baik elakkan terus pengambilan gula dalam makanan dan minuman.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Actually sedap juga tahu minum teh Rooibos tanpa gula. Tak pahit pun. Minum panas-panas dengan sarapan. Kaw sangat!
Tahu tak? Teh Rooibos ni juga sangat kaya pelembab so sangat disarankan dibuat mandian bagi pesakit kulit seperti psoriasis dan eczema.
Hanya rendam uncang teh Rooibos dalam air panas dan campurkan air teh Roobois dalam air mandian. 1 uncang boleh rendam 3 kali. Kulit akan jadi makin lembut dan lembab (kurang kering) yang boleh membantu proses penyembuhan pesakit eczema.
Khasiat Teh Rooibos Hasil Kajian Saintifik
Sejak pertengahan tahun 1950-an, penyelidik teh Roobos telah menerbitkan lebih dari seratus artikel dalam peer-reviewed journals. Antara khasiat teh Rooibos yang ditemui ialah:
1. Teh Rooibos membantu mencegah kanser
Rooibos mengandungi antioksidan yang mempunyai kesan melawan kanser yang kuat. Antioksidan teh Rooibos mencegah atau membantutkan kanser dengan melindungi DNA dalam sel hidup terhadap kerosakan oksidatif, atau dengan menghapuskan sel-sel kanser yang telah rosak.
Beberapa kajian tentang keberkesanan Rooibos melawan kanser telah diterbitkan dalam jurnal seperti Mutation Research, Cancer Letters and Nutrition and Cancer.
Saintis juga sedang mengkaji penggunaan Rooibos sebagai alternatif untuk merawat simptom menopaus dan steroid hormone-dependent cancers seperti kanser payudara, prostat, endometrial dan kolon. (Biology and Pharmacology Bulletin, 2006).
2. Teh Rooibos melindungi jantung dan organ penting
Meminum 6 cawan teh Rooibos sehari dapat membantu menyihatkan jantung dengan mencegah kerosakan oxidatif kepada lipids (molekul lemak) di dalam darah dan mempertingkatkan tahap glutathione (antioxidant of the body). Ia juga menurunkan paras kolesterol darah terutamanya paras kolesterol jahat LDL (Phytomedicine, 2011).
Rooibos menggalakkan kesihatan jantung dengan menghalang aktiviti angiotensin-converting enzyme (ACE). Enzim ACE ini dipercayai terlibat dalam pembentukan penyakit kardiovaskular. Rooibos sebagai pencegah ACE sangat membantu merawat penyakit darah tinggi (hypertension) dan sakit jantung. (Public Health Nutrition, 2010).
3. Teh Rooibos mengurangkan stress
Rooibos menurunkan pengeluaran cortisol iaitu hormon stress di dalam badan, seterusnya mengurangkan tindak-balas badan terhadap tekanan / stress. (Journal of Steroid Biochemistry and Molecular Biology, 2011).
4. Teh Rooibos membantu merawat kencing manis / diabetes
Aspalathin – antioksidan utama dalam Rooibos – membantu sel-sel otot menggunakan glukosa (gula dalam darah) dengan lebih berkesan dan seterusnya mengekalkan paras gula dalam darah yang normal. (Phytomedicine, 2009).
5. Teh Rooibos melindungi hati
Rooibos mencegah pembentukan penyakit hati berlemak (fatty liver) (Phytomedicine, 2011).
Rooibos membantu tisu hati yang rosak untuk dihasilkan semula, dan disarank sebagai cara yang berkesan untuk mencegah dan merawat penyakit hati. (General Physiology and Biophysics, 2008).
6. Teh Rooibos melegakan alahan / alergi dan keradangan / inflamasi
Rooibos melegakan alahan dengan meningkatkan pengeluaran cytochrome P450, enzim utama untuk membantu metabolise allergens (Journal of Pharmacological Science, 2007).
Aktiviti antioksidan dalam Rooibos membantu mengurangkan keradangan dan melawan colitis, penyakit yang menyebabkan kanser kolon (Pediatrics International, 2009).
Rooibos boleh menstimulasi atau merencatkan tindak balas sistem imun, bergantung kepada keperluan badan. Jadi ianya berpotensi untuk merawat penyakit berkaitan sistem imun seperti penyakit kulit dan jangkitan bakteria. (Journal of Immunoassay and Immunochemistry, 2010).
7. Teh Rooibos melegakan sakit perut
Rooibos adalah berkesan merawat sakit perut (stomach cramps) dan cirit-birit kerana kesan menenangkan flavonoids ke atas sistem pencernaan. (Basic Clinical Pharmacology and Toxicology, 2006).
Sebab itu teh Rooibos boleh diminum untuk merawat loya, muntah, pedih ulu hati (heartburn) ulser perut dan sembelit.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Teh Rooibos Selamat Diminum
Rooibos adalah selamat diminum setiap hari. Meminum 6 cawan teh Rooibos setiap hari selama 6 minggu tidak memberikan kesan negatif terhadap fungsi hati dan buah pinggang, dan tiada kesan negatif terhadap paras zat besi dalam darah. (Phytomedicine, 2011).
Pakar kesihatan di Afrika Selatan menyarankan teh Rooibos sebagai amalan harian untuk mereka yang menderita keresahan, sakit kepala, susah nak tidur (insomnia), gangguan tidur, nervous tension, mild depression (kemurungan) or hypertension (darah tinggi) sebab ianya bebas kafein dan memberikan kesan menenangkan kepada central nervous system.
Keburukan teh yang mengandungi tanin yang banyak ialah tanin boleh menganggu penyerapan zat besi terutamanya bagi pesakit anemia dan ibu mengandung.
Teh Rooibos sangat rendah kandungan tannin. Sebab itu teh Rooibos selamat diminum oleh kanak-kanak, ibu hamil dan ibu yang menyusu badan.
Kandungan antioksidan dalam teh Rooibois juga sangat tinggi dan dapat membantu melindungi badan dari kerosakan sel akibat radikal bebas.
Japanese Expert, Dr. Masatoshi Nakano telah menemui bahawa teh Rooibos mengandungi kandungan flavanoids yang tinggi dan boleh membantu mengekang keresahan dan kemurungan.
Teh Rooibos juga mengandungi 50 kali lebih banyak Superoxide Dismutase (SOD) berbanding Green Tea / Teh Hijau, dan juga antioksidan, vitamin dan mineral yang tiada dalam teh lain.
Bagi yang nak mengurangkan berat badan pun boleh amalkan teh Rooibos dalam pelan diet sebab teh Rooibos bebas kalori.
Tahu tak? Teh Rooibos tiada Oxalic Acid so pesakit yang ada batu karang pun boleh minum teh Rooibos dengan selamat.
Teh Rooibos kaya dengan 9 mineral penting termasuklah calcium, potassium, magnesium, iron, zinc, sodium, copper, manganese dan fluoride.