Tayar oh Tayar! Pasal Ko Pancit?

Tayar oh tayar! Kenapa engkau pancit?

Macam mana aku tak pancit, tuan aku berat sangat… tuan aku berat sangat!

* Sila nyanyi macam menyanyi lagu Bangau oh Bangau…….

Hoh tayar! Sedap mulut je cakap tuan ko berat. Me 44kg je tau…ooops!

Alkisahnya, semalam masa me dah nak sampai kat nursery Izzah, me dengar bunyi keletap-keletup kat belakang kereta. Me ingat, eh… ekzos jatuh ke? Pastu kereta pulak dah macam berat semacam.

Serius. Tak terfikir pulak pasal tayar.

Sampai je nurseri Izzah… walla weeeehhh! tayar pancit rupanya…huwaaaa!

Terus me roger mekanik tak bertauliah @ hubby la siapa lagiks. Sementara tu, Izzah dah mula menangis tak nak duduk dalam nurseri lagi dah… kan biasanya me sampai je terus ambik dia. Marah la dia sebab me biar je dia sebab nak call husband.

Bila mekanik sampai, apa lagi…. membebel la dia… “ni camana boleh pancit ni? langgar lubang lagi?”…me memang selalu langgar lubang pun..ha..ha..ha

Ye lah, me ni comel je ketinggiannya, so tak berapa nampak la ada lubang ke tak tengah jalan tu. Pulak tu me selalu bawak Aveo tu macam 4-wheel-drive la kan. Lasak gitu.

Kesian ye mekanik berpeluh-peluh nak jek tayar tu (dah la puasa kan). Tapi tak sampai 10 minit siap tukar pun dengan tayar spare. Thanks, abang mekanik!

Rupanya tayar tu memang nak kena tukar baru pun, dah nak botak. So, pagi tadi hubby dah pegi kedai tukar 2 tayar baru (2 lagi baru tukar)…dan berterbanganlah RM sebanyak 500 ringgit….huwaa!

Korang dah servis kereta ke nak balik raya ni? Belum? Hoh… cepat pegi servis. Check tayar sekali. Kalau botak tukar. Tak pe la terbang duit pun, jangan terbang nyaw* dah.

Tags from the story
,

15 Comments

  • nasib baik tak de ape2….dulu masa single mingle kite redah jek tukar sendiri…tapi rasanya kalo skang berlaku cenggitu sanggup tunggu dlm kete tunggu mekanik dtg…sebabnya takut bila kuar jek kete nanti bertempiaran ismeth & iskandar join..huhuhu
    .-= bitt´s last blog post..ceaserian xperience =-.

    • bitt, me tak pernah tukar tayar sendiri..he..he.. selalu roger mekanik je.. me tengok hubby pun terkial nak jek tayar tu… kalau me tak bergerak pun tayar tu..aish 😐

  • same la kita..main bwk, lubang ke lopak ke, ada ku kisah..??hehehhe
    saya pun kalau dah jadi camtu, mmg confirm call husband sbb tak reti la nak operate tayar ni..lagi pulak, kita ala-ala tak cukup berat/tenaga nak jerk..hehee

    keta saya pun dah nak sampai masa untuk berganti tayar. husband dok remind, jgn syok bwk laju sgt sbb bunga nye dah haus..tunggu masa je
    .-= Dayah´s last blog post..Pahala Si Pemberi Makanan =-.

  • itu kira nasib baik lg tu.. sy punye kete timing belt putus 2 minggu lepas.. pomen xbertauliah (hubby ler..) tu pun xbley wat ape except tlg callkan insurance company untuk towing.. sib baik insurance bear cost untuk towing.. tapi kete camanepun kena gak 9rat… huwaaaaaaa… lari bajet raya mami tahun nih….. hubby sy ckp sib baik tengah bawak slow, kalo x bley kena sampai 7-8k.. lagikkkk naya
    .-= mamibizi´s last blog post..Dadih =-.

    • mamibizi, waaah… bahaya tu timing belt putus… me baru pegi tukar timing belt ari tu (dah time dia kena tukar).. riban habis + full service ..uhuks..

  • Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *