UPSR | Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010

Rasa macam baru hari tu je pelajar Darjah 6 menduduki UPSR 2010 kan?

Adik-adik dan anak-anak pelajar Darjah 6 mesti berdebar-debar saat ini, betul tak?

Sebab esok 11 November 2010 ialah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2010!! Mesti tidur tak lena malam ini..he..he

Tarikh pengumuman keputusan UPSR 2010 telah diberitahu dalam satu kenyataan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Semua calon boleh mendapatkan keputusan UPSR 2010 di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Tahun in seramai 494,493 pelajar telah menduduki UPSR 2010 di lebih 8 ribu pusat peperiksaan seluruh negara.

Anak-anak buah I pun ada yang ambik UPSR 2010 ni. Mesti dup dap dup dap dah jantung tu..he..he.

Teringat pulak masa ambik peperiksaan sekolah rendah ni. Dulu I ambik PPDL – Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Long before UPSR diperkenalkan.. so macam dah tua sangat pulak..ha..ha

Sebab PPDL ni masa Darjah Lima so masa Darjah 6 kami semua enjoy sakan. Kira darjah 6 tu adalah tahun honeymoon sama macam Tingkatan 4 lah (lepas SRP/PMR)..he..he

I dapat 4A 1B. B tu Ilmu Hisab (oh.. zaman tu belum panggil subjek Maths as Matematik.. panggil Ilmu Hisab tau..ha..ha). Sebab apa ye dapat B.. oh.. sebab tak tumpukan perhatian pun masa cikgu mengajar. Sifir pun ingat-ingat lupa (selalu kena denda berdiri atas kerusi sebab tak ingat sifir).

Pastu… selalu kerja rumah jarang buat. Datang sekolah pagi tiru kawan punya. Maklumlah.. anak orang miskin tak mampu pergi tusyen. Yang selalu dapat pergi tusyen tu biasanya anak cikgu atau anak peniaga je lah.

Tapi.. macam genius la kan dapat B kan.. kalau otak dah pandai belajar cara macam mana pun mesti score.. muah..ha..

Oh.. Bahasa Inggeris pun A! Macam mana budak kampung miskin yang ulangkaji bila disuruh dan dibawah cahaya lampu pelita macam I ni boleh berjaya dapat A. Kat rumah mak ayah sah-sah tak bercakap English. Tusyen pun tak mampu.

Selepas UPSR, adik-adik darjah enam tahun ni masih sempat lagi dengan PMR pada tahun 2013. PMR bakal dimansuh mulai 2016.

I pun tak sabar nak tahu keputusan UPSR 2010 ni untuk dua orang anak yang berada di Johor. I pulak excited terlebih..he..he

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *