Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Beberapa hari lepas aku bawa anak-anak ke Sunway Pyramid. Ada event untuk blogger iaitu Tangled The Series Preview & buka puasa di restoran Madam Kwan’s.
Tangled The Series ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di saluran Astro 615. Siri animasi ini mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora.
Watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya, kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya, Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Suggly Duckling Pub Thugs. Tidak ketinggalan juga watak ibu bapa Rapunzel, King Frederic dan Queen Arianna.
Siri ini turut memperkenalkan watak baharu, Cassandra iaitu seorang wanita kental yang menjadi individu penting buat Rapunzel.
Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney telah memperkenalkan pencarian watak di pelbagai platform, Tangled Quest. Berikut ialah tarikh dan lokasi Tangled Quest:
- 21 May – 28 May ada special video booth, the Tangled Dream Booth, di 1 Utama Shopping Centre. Kanak-kanak digalakkan bercerita tentang impian mereka di sini.
- 26 May – 11 June ada event “Dream Big, Princess” di Sunway Pyramid. Kat sini pun ada Tangled Dream Booth. Boleh kongsi impian dan bergambar dalam booth. Yang paling best dapat jumpa RAPUNZEL!
- 11 June – 18 June akan muncul Pascal di Fahrenheit 88!
Aku sempat juga bergambar dengan anak-anak dalam Tangled Dream Booth kat Sunway Pyramid tu.
Mulanya tak perasan pun yang kotak besar berhiaskan gambar Eugene tu adalah Tangled Dream Booth.
Aku suruh anak aku posing untuk bergambar dengan Eugene kat situ. Hehe!
Ada banyak backdrop Tangled The Series yang menarik di Tangled Quest Roadshow Sunway Pyramid ni.
Jangan lepaskan peluang untuk ambik gambar anak-anak dengan backdrop yang menarik tu semua.
Ada sesi Meet & Greet dengan Rapunzel dan Belle (Beauty & The Beast). Sesi Meet Greet ada masa tertentu.
Masa aku pergi sesi Meet & Greet Rapunzel pukul 6pm. Jika nak bergambar bersama famili dengan Rapunzel dan Belle, kena ambik nombor giliran dan beratur.
Anak-anak aku dapat join group Meet & Greet so tak perlu beratur. Dapatlah bergambar beramai-ramai dengan Rapunzel dan Belle.
Aku dapat wefie dengan Rapunzel. Hehe!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Anak-anak aku memang seronok masa event Tangled Quest ni. Lepas buka puasa dapat pula goody bag Rapunzel yang cantik ni.
Dari 21 Mei hingga 30 Jun, kanak-kanak dan keluarga boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan lambang Tangled Quest di Saluran Disney dan platform sosial milik Disney dan memuat naik di laman web Tangled Quest.
80 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.
Selain dari beg cenderahati yang bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah akan berpeluang mengalami sendiri kisah pengembaraan Rapunzel di rumah dengan hadiah berupa ubah suai penuh bilik tidur bertemakan Tangled.
Aku dah join untuk Izzah. Harapnya Izzah dapat hadiah ubah suai bilik tidur tema Rapunzel. Ameen!