Taman Tema Puteri Harbour | Ada Apa Di Thomas Town Johor Malaysia?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Masa ke Taman Tema Puteri Harbour cuti sekolah tahun lepas — aku beli All-Park Passes. Boleh masuk Hello Kitty Town dan Thomas Town + Other Characters. Jimat sikit lah.

Klik sini untuk baca –> Ada Apa Di Hello Kitty Town Johor Malaysia

Thomas Town ni ada dua bahagian. Level 2 ada Other Characters iaitu Pinggu, Barney, Angelina Ballerina dan Bob the Builder. Level 3 ada Thomas Town.

Thomas Town Puteri Harbour

Selepas melawat Hello Kitty Town, kami ke Level 2. Ambik gambar dulu dengan bas kuning & Barney. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Thomas Town Puteri Harbour

Ada beberapa tempat yang menarik untuk kanak-kanak di Level 2 ni.

Barney’s Playhouse

Omak abah yang dah kepenatan tu boleh lah melepak depan Barney’s Playhouse ni. Sebab sini banyak kerusi.

Thomas Town Puteri Harbour

Barney’s Playhouse ni pun besar juga. Aku rasa memang best untuk anak-anak yang aktif memanjat dan berlari.

Pingu’s Igloo

Pingu.. Pingu!! Siapa tak tau Pinggu ni apa memang tak pernah tengok TV la kot.

Thomas Town Puteri Harbour

Pingu tu penguin yang nakal tapi penyayang + cakap bahasa alien. Hak hak hak!

Thomas Town Puteri Harbour

Pingu’s Iglooe ni ada games arcade. Boleh lah main sampai lebam. Hehe!

Masa aku kat situ tak ramai orang so Izzah & Irfan lah yang konker semua. Kejap main sana. Kejap main sini. Aku yang capek menengoknya.

Thomas Town Puteri Harbour

Aku tengok tak menarik sangat. Tapi budak-budak benda-benda games ni suka lah.

Angelina’s Dance Studio

Siapa minat tikus yang pandai menari ballet? Aku tak. Hehe!

Thomas Town Puteri Harbour

Aku tengok Angelina’s Dance Studio ni besar juga. Izzah suka menari ballet ni.

Thomas Town Puteri Harbour

Tapi masa aku intai studio Angelina The Ballerina ni bukan sesi kelas tarian ballet. Tak kisah la tu.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Thomas Town Puteri Harbour

Posing menari dengan patung Angelina sambil pakai telinga tikus pun kira mabeles dah ni.

Bob The Builder® Play Structure

Anak-anak aku pergi playground Bob The Builder ni last sekali. Memang main sampai lebam lah. Hehe!

Thomas Town Puteri Harbour

Bob’s Can-Do-Crew

Bob’s Can-Do-Crew ni buat puzzle bangunan kot. Aku tak terjah sini sebab Dina-saur tidur.

Meet and Greet

Masa aku beli tiket tak dapat pun park map dan jadual aktiviti / meet & greet. Agak loss di situ. Sebab tak tahu time bila characters tu akan keluar.

Thomas Town Puteri Harbour

Masa kat Level 2 Other Characters di Taman Tema Puteri Harbour ni — anak2 aku hanya sempat bergambar dengan Bob the Builder.

Thomas Town Puteri Harbour

Tu pun aku hampir nak keluar anak tekak lah memanggil anak2 aku keluar dari Bob The Builder Playground tu. Kalo tak nan hado langsung lah. Hak hak hak!

Thomas Town Puteri Harbour

Next kami naik ke Level 3 — kawasan jajahan Thomas & Friends. Aku rasa kat sini tempat yang paling best sekali di Taman Tema Puteri Harbour ni.

Thomas Town Puteri Harbour

Masuk je aku terus terjah Knapford Station. Omak nak tengok pameran keretapi Mini & Mighty Tour 2016 Thomas & Friends tu. Hehe!

Thomas Town Puteri Harbour

Tapi aku tengok tak banyak pun keretapi limited edition 1-meter tall MINIS engines tu. Kata ada 70 engines kan.

Thomas Town Puteri Harbour

Ada engines Spooky, Metallic, Racers & Heroes sahaja. Mana lagi yang lain?

Thomas Town Puteri Harbour

Melilau mata aku mencari. Rupanya pameran Mini & Mighty Tour tu ada kat bangunan lain. Meh!

Ada 6 rides menarik kat Thomas Town Johor ni. Sesiapa pun boleh main. Hehe!

Knapford Station Thomas Train Ride

Pergi Thomas Town Johor ni kena lah naik Thomas train kat Knapford Station tu.

Thomas Town Puteri Harbour

Tak jauh pun jarak perjalanan. Kira boleh lah. Hehe!

Thomas Town Puteri Harbour

Bertie The Bus

Gayat? Tak payah lah naik Bertie The Bus ni. Hehe!

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Thomas Town Puteri Harbour

First time aku naik bas gaya macam gini. Sayup-sayup nampak laling & Dina-saur kat bawah.

Thomas Town Puteri Harbour

Harold’s Helitours Ride

Bila naik ride jenis pusing-pusing macam Harold’s Helitours ni mesti aku pening!

Thomas Town Puteri Harbour

Windmill Ride

Aku rasa Windmill Ride ni agak comel. Kecik je. Hehe!

Thomas Town Puteri Harbour

Sebab dia kecik so pusingan ride ni pun kejap aje lah.

Thomas Town Puteri Harbour

Omak siap wefie lagi dalam Windmill Ride tu. Jangan tiru aksi ni tau!

Colin Crane Drop Ride

Colin Crane Drop Ride ni aku rasa budak-budak mesti suka.

Thomas Town Puteri Harbour

Tapi tengok muka Irfan macam tak ada perasaan pun. Hak hak hak!

Thomas Town Puteri Harbour

Bumping Buffers Steamies and Diesel Ride

Aku rasa pelik pulak Thomas Town ada ride yang ada restriction macam Bumping Buffers ni. Nak main kena tinggi melebihi 110 cm.

Thomas Town Puteri Harbour

Thomas Town kan untuk pre-schoolers umur bawah 5 tahun. Kebanyakan pre-schoolers mana cecah tinggi 110 cm.

Irfan tu pun baru 100 cm so tak boleh main. Since Irfan tak boleh main maka aku pun tak bagi Izzah main. Huhu!

Pameran Mini & Mighty Tour 2016

Thomas Town Puteri Harbour

Aku pergi Thomas Town ni sebab nak tengok Pameran Mini & Mighty Tour 2016 ni.

Thomas Town Puteri Harbour

Ada 70 mini-engines Thomas Town yang telah selesai menjelajah satu Malaysia dan kembali semula ke Thomas Town Johor.

Thomas Town Puteri Harbour

Pameran ni dibuat kat bangunan sebelah. Banyaknya enjin keretapi kat situ!

Thomas Town Puteri Harbour

Sampai pening lah nak posing bergambar dengan semua sekali. Hak hak hak!

thomas town puteri harbour johor malaysia 35

Selepas habis sesi melawat Thomas Town dan Pameran Mini & Mighty Tour tu kami pergi tengok kapal berlabuh.

Thomas Town Puteri Harbour

Pemandangan memang cantik. Sempat lah posing sana sini.

Thomas Town Puteri Harbour

Kejap je lepas tu terus balik hotel. Semua kepenatan! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *