Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Aku bawak anak-anak pergi Johor masa cuti sekolah akhir tahun lepas. Misi kami nak lawat Taman Tema Puteri Harbour dan Legoland.
Kat Taman Tema Puteri Harbour tu kan ada Hello Kitty Town dan Thomas Town. Lepas checked-in Millesime Hotel Johor Bahru terus kami ke Puteri Harbour Theme Park tu.
Aku cerita tentang Hello Kitty Town dulu lah ye. Banyak sangat gambar nak post. Hak hak hak!
Hello Kitty Town Puteri Harbour ni indoor theme park — macam Kidzania Kuala Lumpur — terletak dalam bangunan air-conditioned.
Ada 2 taman tema dalam satu bangunan iaitu:
- Hello Kitty Town – level 1
- Thomas Town + Other Characters (Angelina Ballerina, Pingu, Bob The Builder & Barney) – level 2 & 3
Aku beli All-Park Passes – harga RM125 untuk umur 3 tahun ke atas – 20% diskaun untuk pemegang MyKad. Famili aku ada 4 orang yang kena beli tiket so RM100 seorang!!! Omak nangis!
Nasib baiklah masa tu ada promosi beli 3 tiket percuma 1 so jumlah kena bayar RM300 untuk 4 tiket. Aku rasa ni first and last kot aku pergi Hello Kitty Town ni. Kecuali ada yang sponsor tiket free untuk aku satu famili. Hehe!
Masa aku pergi parking masih percuma. Orang yang melawat Hello Kitty Town pun tak ramai.
Apa Yang Menarik di Hello Kitty Town Johor?
Kalau korang bukan peminat Hello Kitty *macam aku* — tak ada benda yang menarik sangat pun kat Hello Kitty Town Nusajaya, Johor ni. Lari laju-laju! Hak hak hak!
Aku rasa Hello Kitty Town ni best untuk budak kecik macam anak-anak aku Izzah 8 dan Irfan 5. Budak besar yang dah 12 ke atas tu rasanya kurenggg sikit lah Hello Kitty Town ni.
Tak ada rides yang menarik dan mencabar macam kat Legoland pun. Hanya ada SATU sahaja ride dalam Hello Kitty Town — a spinning tea cup ride. Boleh lah naik tea cup ride ni seberapa banyak yang korang suka. Pusing-pusing dalam cawan sampai pening. Hehe!
Hello Kitty Town lebih kepada taman tema dengan aktiviti (activity-based park). Setiap pemegang tiket akan dapat satu kad aktiviti semasa masuk.
Kad aktiviti Hello Kitty Town ni membolehkan korang menyertai setiap aktiviti sekali sahaja. Kad akan di chop menandakan sudah sertai aktiviti tu. So tak leh nak tipu lah. Hak hak hak!
Memang sangat berbeza dengan Kidzania. Sebab Kidzania anak2 boleh buat aktiviti yang disukai seberapa banyak yang nak jika sanggup beratur berulang-kali.
That’s why aku rasa Hello Kitty Town ni kurengggg best. Even nak masuk Hello Kitty House pun boleh masuk sekali je. Omak don’t like!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Kat luar pintu masuk Hello Kitty Town tu ada tempat khas untuk bergambar. Ambik lah gambar situ dulu puas-puas.
Actually bahagian dinding dan juga pintu lif Hello Kitty Town tu pun comel juga.
Dalam lif pun kiut. Hehe!
Aktiviti Dalam Hello Kitty Town Dengan Kad Aktiviti
Aku nak story tentang aktiviti yang perlukan kad aktiviti. Boleh buat sekali sahaja setiap aktiviti ni tau.
Wishful Studio – Kad Aktiviti
Ada 2 bahagian Wishful Studio di Hello Kitty Town. Setiap satu bahagian ada 2 aktiviti. Masa aku pergi Hello Kitty Town kami buat Cookie Decoration, Handkerchief Stamping, Fan Coloring dan Costume Dress Up.
Cookie Decoration ni simple je pun. Kami dapat biskut bentuk muka Hello Kitty dan kena hias dengan gel strawberry, chocolate chip dan sprinkles.
Izzah memang suka hias-hias biskut ni. Irfan pulak ni first time dia buat aktiviti macam ni. Blur-blur sikit dia. Hehe!
Irdina pulak jadi pemerhati bebas sahaja. Aku tukang tengok dan jadi photographer tak berbayar. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Apa rasa biskut tu. Ntah. Aku tak terasa pun nak makan.
Tapi Izzah kata tak sedap. Hak hak hak!
Handkerchief Stamping tu pun aktiviti simple jugak. Setiap orang diberi sehelai sapu tangan Hello Kitty Town putih yang kosong dan beberapa stamping blocks Hello Kitty dan stamping pads warna merah & hitam.
Chop-lah sapu tangan tu sesedap rasa korang. Hehe!
Aku rasa aktiviti Handkerchief Stamping ni best sikit lah daripada Cookie Decoration tu. Boleh bawa balik sapu tangan tu sebagai kenangan.
Fan Coloring ni pulak aktiviti mudah juga. Kami diberi satu kipas tangan Hello Kitty dan pen warna.
Kaler-lah kipas tu sesuka hati korang. Hehe!
Actually yang diwarnakan hanya riben merah dan hidung Hello Kitty tu je. If kaler muka dia sure hodoh tak nampak rupa Hello Kitty dah. Hak hak hak!
Aku suka Fan Coloring ni sebab dapat bawa balik kipas tangan muka Hello Kitty tu. Ada la something nice sebagai souvenir.
Costume Dress Up ni pulak sesi pakai baju costume dan bergambar. Anak dan mak boleh sama-sama bergaya menjadi Hello Kitty, My Melody atau Bad Batz Maru.
Kira boleh lah sesi bergambar dengan pakai costume comel ni. Irfan seronok je aku tengok. Hehe!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Hello Kitty House – Kad Aktiviti
Aku rasa kalau pergi Hello Kitty Town tapi tak masuk Hello Kitty House ni baik tak payah pergi kan. Hello Kitty House ni kira tarikan utama kat Hello Kitty Town ni.
Nak masuk kena ada kad aktiviti dan boleh masuk sekali sahaja!
Better masuk dan duduk dalam tu selama mana yang suka sambil bergambar.
Ada banyak bilik dengan pelbagai perabot dan hiasan bertemakan Hello Kitty.
Nak duduk kat perabot atau nak pegang decor Hello Kitty House tu pun boleh.
Nak kuak lentang baring atas katil Hello Kitty yang macam katil princess tu pun boleh.
Buat macam rumah sendiri. Hak hak hak!
Aku suka bahagian dapur Hello Kitty House ni. Peti sejuk pun Hello Kitty!
Owh! Nak mandi-manda dalam bath tub Hello Kitty pun sila kan. Ada signage tulis tak bagi duduk dalam tub tu tapi apa omak kisah. Dah bayar tiket mah. Hehe!
Dekat pintu keluar ada computer games. Boleh lah jika anak nak main kejap.
Ingat! Bila dah keluar dari Hello Kitty House ni dah tak boleh masuk dah!
Hello Kitty in Oz – Kad Aktiviti
Hello Kitty in Oz ni aktiviti terbaru di Hello Kitty Town. Tapi tak boleh main masuk sesuka hati.
Kena tunggu masa @ time slots yang ditetapkan baru boleh masuk. Kena ada kad aktiviti untuk masuk. Sekali masuk je tau!
- 10.15am | 11.15am | 12.15pm | 1.15pm
- 2.15pm | 3.15pm | 4.15pm | 5.15pm
Pastikan korang beratur awal at least 10 minit sebelum time slot tu. Sebab jumlah orang yang dibenarkan masuk Hello Kitty in Oz pada masa yang sama adalah limited.
Setiap orang yang masuk Hello Kitty in Oz akan diberikan patung Hello Kitty ni untuk mengaktifkan games dan merekod skor games kat dalam Hello Kitty in Oz ni.
Selepas area yang ada buku-buku besar tu ada pintu masuk dengan mirror maze.
Kena hati-hati jalan kat mirror maze ni sebab salah langkah boleh terlanggar cermin tu. Hehe!
Selepas pintu masuk cermin yang memeningkan tu baru ada kawasan permainan.
Kena guna patung Hello Kitty baru boleh main.
Best ke game dalam Hello Kitty in Oz ni? Aku tak main so tak tau. Tapi macam tak best je. Hak hak hak!
Aku rasa Izzah je yang seronok dan pandai main games tu semua.
Irfan tak reti nak main pun. Setakat pegang penukul besar ketuk-ketuk tanpa hala tuju boleh lah. Hehe!
Aku rasa Hello Kitty in Oz ni takat nak bergambar je yang best. Tak menarik sangat pun.
Masa nak keluar dari Hello Kitty in Oz kena pulangkan balik patung Hello Kitty tadi.
Pastu dapat lah sekeping poskad setiap orang sebagai souvenir. Kira boleh lah.
Sebelum betul-betul keluar dari Hello Kitty in Oz ni kena lalui kedai souvenir. Aku nampak shopping bag Hello Kitty in Oz tu macam comel.
Aku pun suruh Izzah ambil satu yang dalam plastik dan bayar. RM45 seketul. Mahal tapi ni je satu2 nya barang yang aku beli kat Hello Kitty Town ni.
Konon-konon boleh guna shopping bag tu untuk letak diaper anak masa jalan-jalan.
Bila balik rumah aku buka plastik yang membaluti shopping bag tu — berderai faux leather merah pelapik beg tu jatuh bertaburan!
Omakgorg!! Shopping bag Hello Kitty in Oz ni sudah rosak!! Faux leather ke PVC yang dia guna ni aku pun tak tau.
Tapi dah berkecai dan berderai. Bila pegang terus hancur. Menyesal aku beli! Mahal pulak tu!!
Nak return pun tak boleh sebab dah balik rumah pun. Bengang betul aku. Hello Kitty Town jual barang tak kualiti! Omak super angry!
Beg kain putih tu masih cantik tapi bahagian based yang bila zip jadi beg kecik tu yang rosak.
Nak tak nak aku kena tetas buang bahagian merah tu. Tinggal beg putih tu je. Huwaaa!
Aktiviti Dalam Hello Kitty Town – Bebas
Aku nak story tempat @ aktiviti dalam Hello Kitty Town yang tak perlu kad aktiviti. Boleh masuk tanpa had. Boleh main sampai lebam. Hak hak hak!
Tea Cup Rides
Tea Cup Rides ni satu-satunya automated ride yang ada dalam Hello Kitty Town. The one and only!
Kena beratur panjang nak naik cawan berpusing ni. Tak best sangat pun. Hehe!
Purrfect Stage
Kat sini ada persembahan mengikut jadual.
Boleh tengok Mini Show berikut:
- Hello Kitty Heartful Journey
- Hello Kitty Starlight Sing-A-Long
- Happy Carnival
Masa Mini Show berbeza jika Weekday dan Weekend/Public Holiday/School Holiday. Boleh refer jadual ni.
Friendship Land
Ada playground kecik dalam Hello Kitty Town yang diberi nama Friendship Land. Boleh masuk sesuka hati.
Izzah dan Irfan suka main kat playground macam ni. Omak tunggu luar je!
Meet and Greet
Sesi Meet & Greet dengan karakter Sanrio di Hello Kitty Town ni ada jadual juga. Boleh guna kamera sendiri untuk ambik gambar. Jimat duit tak yah beli gambar mahal tewww. Hehe!
- Hello Kitty & Dear Daniel
- My Melody
- Bad Batz Maru
Masa aku kat Hello Kitty Town aku tak plan pun aktiviti nak buat. Main redah je so memang terlepas part Meet & Greet ni.
Tapi tak kisah lah. Anak-anak aku happy je berlari sana sini. Dina-saur je kepenatan. Hehe!
Kesimpulan
Aku rasa tak best sangat pun Hello Kitty Town ni. Macam tak berbaloi pun tiket RM85 (MyKad RM68) – tiket masuk Hello Kitty Town sahaja. Aktiviti limited sekali seorang only.
If aktiviti Cookie Decoration, Handkerchief Stamping & Fan Coloring tu aku faham lah kalau syarat seorang sekali. Sebab dapat bawa balik cookie, sapu tangan dan kipas tu kan. Kalau dibenarkan masuk sesuka hati nanti ada yang ambik kesempatan untuk collect benda alah tu.
Tapi part nak masuk Hello Kitty House dan Hello Kitty in Oz tu pun boleh masuk sekali seorang sahaja aku rasa tak puas hati sikit.
Serius. Masuk untuk tengok je pun. Luak ke? Tak kan. Hak hak hak!