Taman Tema Air | Sunway Lagoon Water Theme Park

Opps.. dah Friday ye hari ni. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik.. sudah nak habis MC seminggu I nih…

I dah MC sejak 16 June lagi.. bermakna dah seminggu lebih lah tak pergi kerja. Aduhh… mesti berlambak email dan kerja-kerja pending. Laptop pulak memang tinggal kat office tak bawa balik so tak leh nak buat apa la…

Tahap ketensenan mesti naik punya ni. Hmmm

Anyway.. minggu depan je la I tensen yek. Hari ni nak share gambar-gambar masa pergi Sunway Lagoon 2-3 bulan yang lalu. Gambar basi!

Kami pergi Sunway Lagoon sempena apa ye? Oh ya.. sempena birthday Izzah dan Big Babah. Kira birthday gift from me la tu..he..he

I beli pakej 3 parks – Amusement Park, Wildlife Park dan Water Park.

Sunway Lagoon

Sampai je kat depan pintu masuk Sunway Lagoon kita disambut oleh Captain Quack dan barisan penari. Dah lama tak datang Sunway Lagoon so agak kepelikan tengok ada orang menari-nari pulak ni…he..he

Sunway Lagoon

Bila masuk je dalam Sunway Lagoon, Izzah terus nampak itu kuda merry-go-round. Mau naik lah apa lagi.

Sunway Lagoon

I mintak dia posing depan patung itik Captain Quack tu pun dah macam tak sabar-sabar nak naik kuda. Tapi tak best lah kuda merry-go-round Sunway Lagoon ni.

Sunway Lagoon

Sebab I tak dibenarkan naik kuda sekali!!!

Poyo kan. Hanya kanak-kanak je boleh naik. Kalau orang dewasa yang comel macam I ni naik agaknya boleh runtuh kot merry-go-round tu.

Teringat merry-go-round kat Hong Kong Disneyland – orang obese pun boleh naik takde hal pun. Opps.. tak sama la Hong Kong Disneyland dengan Sunway Lagoon..ha..ha

Sunway Lagoon

Izzah suka sangat naik kuda merry-go-round tu. Siap naik 2 kali tu.. nasib time tu tak ada orang pun lagi so dia sorang-sorang je yang main.

Sunway Lagoon

Lepas tu main Wagon Wheels… kemudian main Apache Pots. Apache Pots kat Sunway Lagoon ni pun best jugak.. ada lah 2-3 kali kami main he..he
Kat Wildlife Park Sunway Lagoon pun best juga. Izzah suka tengok burung yang comel-comel tu.

Sunway Lagoon

Siap kejar butterfly lagi! Walaupun rama-rama kat Sunway Lagoon Wildlife Park tu ada lah macam 5-7 ekor je tapi kira okey la untuk budak kecik kejar.

Sunway Lagoon

Tapi masa kami pergi tu pameran haiwan tak ada lah pulak. So, tak boleh la nak pegang-pegang rabbit besar atau snake. Ewah.. macam berani pegang snake..hik..hik

Sunway Lagoon

Of course, lepas dah penat jalan-jalan.. it’s time to mandi-manda. Macam biasa I jadi tukang jaga barang lor..

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sunway Lagoon

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *