Tabung Pendidikan | Akaun SSPN dan Maybank Yippie-i

Baby saya Irfan baru masuk 3 bulan umurnya dan dia sudah ada akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) dan akaun Maybank Yippie Islamic. Cepatnya!

Masa Izzah dulu… saya buka akaun Maybank Yippie selepas dapat duit raya yang pertama. Umur dia dalam 9 bulan kot. Akaun SSPN dia pulak hanya dibuka masa umur 3 tahun… heh heh.

Saya ada tulis cara nak buka akaun SSPN dan cara nak check penyata @ tambah deposit SSPN secara online. Bacalah.. kot boleh dijadikan panduan.

SSPN untuk Irfan

Saya buka akaun SSPN tu kat Maybank Setia Alam. Sebelum ke Maybank saya dah isi borang SSPN siap-siap.

Borang SSPN boleh download dan print dari website SSPN. Jangan lupa bawa segala dokumen sokongan macam IC (parent & child) dan surat beranak. Buat salinan fotostat kad pengenalan dan surat beranak tu.

SSPN

Bila borang dah siap diisi dan dokumen sokongan lengkap confirm cepat je urusan nak buka akaun SSPN tu.

Masa Izzah dulu saya dapat kad SSPN tu lepas sebulan. Tapi masa Irfan ni lepas seminggu dah dapat. SSPN dah semakin efisien…heh heh.

SSPN

Sebab saya adalah pendeposit, maka saya letak nama saya sendiri sebagai penama.

Nak letak nama sesiapa pun boleh sebagai penama tu.. nama ibu, bapa, adik, kakak, abang, suami… tak ada hal punyalah.

SSPN sekarang ada promosi Simpanan Mega & Perdana.

SSPN

Ada cabutan bertuah iaitu:

  • Cabutan Simpanan Mega SSPN-i
  • Cabutan Simpanan Perdana SSPN-i

Terbuka pada siapa yang buka akaun baru atau tambah deposit dalam tempoh promosi sebanyak

  • RM500 – layak masuk Cabutan Simpanan Mega SSPN-i
  • RM6,000 – layak masuk Cabutan Simpanan Perdana SSPN-i

Tempoh promosi adalah:

SSPN

Tak rugi simpan duit untuk anak dalam SSPN ni. Untuk masa depan anak juga kan.

SSPN

Di samping tu mana lah tahu dapat hadiah bertuah macam Proton Preve, Naza Blade, TV LED 60’, Proton Inspira, Perodua MyVi dah Kawasaki Ninja.

SSPN

Simpan dan menang!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Errr.. saya rasa saya layak masuk Cabutan Simpanan Mega SSPN-I tu je. Cabutan Simpanan Perdana SSPN-I tu macam banyak sangat nak kena simpan…we will see how lah… kot dapat duit terpijak.. heh heh.

Maybank Yippie-i untuk Irfan

Alang-alang dah ke Maybank tu kan.. terus saya buka akaun Maybank Yippie-Islamic untuk Irfan. Nak buka akaun Yippie kena deposit minimum RM250.

Jangan lupa bawa dokumen sokongan iaitu kad pengenalan kita, MyKid anak dan surat beranak anak.

Hari tu saya lupa bawak surat beranak asal. Ada yang fotokopi je. Tapi MyKid saya ada.

Staff front desk tu kata tak boleh proceed tanpa surat beranak asal. Saya cakap kalau tak ada surat beranak tapi ada MyKid boleh?

Tak boleh! Kita nak surat beranak katanya. Ceh!

Saya proceed ambik nombor walaupun tak bawak surat beranak original. Kira dare to fail la ni. Berani untuk gagal. Belum cuba belum tahu boleh ke tidak kan.

Staff front desk ni kadang-kadang over sikit… semua tak boleh heh heh.

Bila jumpa officer Maybank tu… eh.. boleh pun cik kak!

No problem kalau tak ada surat beranak original. Asalkan ada MyKid anak tu. Mereka boleh print details yang mengandungi maklumat sama dengan surat beranak dalam MyKid tu.

Seeee? Over kan staff front desk tu.

Maybank Yippie

So… Irfan sudah ada akaun Maybank Yippie Islamic… yeay!

Berapa saya masukkan deposit? Minimum amaun RM250 tu je. Tak ada cash masa tu.

Dapatlah tabung duit @ coin box Computer Whiz & Graduate Design ni. Izzah dah selamat kebas tabung duit ni pun heh heh.

Maybank Yippie

Setiap hari saya memang ada bagi duit 40 sen pada Izzah sebelum saya pergi kerja. Dia simpan duit tu dalam tabung tu lah.

Actually… sebelum ada tabung duit tu dah banyak duit Izzah hasil dari hari-hari dapat 40 sen tu. Tapi saya kumpul letak dalam beg uncang dan recyle balik bagi dia…kejam betul heh..heh..

Alah.. saya tiap bulan ada deposit dalam SSPN dia so kira adil dan saksama la tu.

Baiklah… lepas ni bila tabung dia penuh saya akan bawa dia ke bank untuk belajar cara simpan duit di bank. Promise!

Oh.. kalau deposit RM1,000 masa buka akaun Yippie boleh dapat tabung patung Harimau @ Limited Edition Soft Toy Coin Box. Tabung tu memang comel dan besar berkali ganda dari coin box Computer Whiz tu.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Officer Maybank kata boleh je kalau nak online transfer duit dari Maybank kita ke akaun Yippie baru tu. Tapi saya kata… no thanks.

Menyesal pulak tak transfer. Lepas buka akaun dan dapat soft toy coin box kita anytime boleh transfer balik duit tu masuk bank kita…mak kupid .. heh heh.

10 Comments

  • hai..saya ingin tanya setelah siap buka akaun sspn, dokumen apa yang akan disimpan oleh pendeposit sebagai rujukan?tolong reply saya ya please

    • @anoyms, kita akan dapat salinan borang sspn tu dan salinan resit dari bank dengan no rujukan.. lepas seminggu sspn akan hantar kad

  • o…jadi kita akan dapat DUA salinan iaitu satu salinan cetakan komputer mengenai maklumat yg kita isi dalam borang sspn tu dan satu salinan deposit kan?

  • o…jadi kita akan dapat DUA salinan iaitu satu salinan cetakan komputer mengenai maklumat yg kita isi dalam borang sspn tu dan satu salinan deposit kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *