Mengandung adalah satu pengalaman indah. Hanya yang alami mengetahui. Terutama semasa kehamilan anak pertama. Rasa seronok semacam. Lebih-lebih lagi bila bayi dalam kandungan pertama kali menendang dan tersedu *hiccup*.
Tapi tak semua yang berkahwin dan mahukan anak dapat merasai pengalaman indah ini. Kadang-kadang rasa sangat cemburu dengan mereka yang senang sangat mengandung. Terutama mereka yang baru lepas kahwin terus melekat. Bunting pelamin. Kita pula?
Saya sangat faham perasaan itu. Sangat-sangat memahami. Marah. Geram. Kecewa. Sedih. Berkecamuk perasaan.
Terutama jika dikelilingi mereka yang suka menyindir.
Bila nak bertiga? Bila nak dapat anak? Kau merancang ke? Sudah-sudah lah honeymoon tu! Tak takut ke suami kahwin lain? Bilalah mak nak dapat cucu ni? Si Bedah yang baru kahwin bulan lepas dan berisi… engkau bila lagi? Kau nak kena mandi bunga kot. Kau mandul ke?
Rasa nak tampar saja mulut mereka yang celupar. Tapi masih ada kesabaran.
Kadang-kadang kita fikir hidup ini tidak adil!
Kenapa kita yang teringin sangat untuk mengandung masih susah mengandung. Tapi mereka yang belum berkahwin dan buat maksiat senang sahaja mengandung, melahirkan dan buang/bunuh anak!
Adilkah begitu?
BERHENTI!
Hanya Tuhan yang tau kenapa kita ditakdirkan susah mengandung. Penyebabnya mungkin berada dalam diri kita atau dalam diri suami. Mungkin restu ibu bapa diperlukan. Muhasabah diri sendiri.
Mohon maaf dari ibu bapa dan suami walaupun kita rasa kita tidak ada buat silap. Mana tahu ada percakapan atau perbuatan kita yang menyebabkan mereka sakit hati. Tidak salah meminta maaf dan meminta mereka mendoakan kita.
Jangan putus asa!!
Jika anda berhenti mencuba peluang anda semakin tipis.
Ada banyak cara boleh membantu untuk mengandung. Ada banyak perkara anda perlu tahu sebelum anda mengandung.
Saya akan berkongsi apa yang saya tahu. Saya bersedia mendengar luahan perasaan anda. Saya bersedia memberikan sokongan moral.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Jangan malu. Jangan segan. Masih ada cahaya harapan di hujung terowong yang gelap. Insyaallah!