Sukan Tahunan PASTI | Acara Sukan Tahunan Tadika PASTI 2017 – First Time Irfan Dapat Medal!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Irfan sekarang belajar sekolah tadika PASTI. Akhir bulan April hari tu ada acara Sukan Tahunan PASTI.

Aku gagahkan diri untuk hadir bersama famili walaupun masih sakit. Demi anak tersayang sanggup buat apa sahaja!

Temasya sukan PASTI sekolah Irfan ni diadakan pada 24 April 2017 (Isnin) bertempat di Dewan MPK Meru. Masa dari 8 pagi hingga 12.30 tengahari.

First time sekolah PASTI ini buat sukan tahunan dalam dewan. Tahun-tahun sebelumnya buat kat padang terbuka.

Aku rasa bagus lah buat sukan kat dewan. Tak lah kena panas dan hujan budak-budak tu kan. Cuaca pun tak menentu. Sedang panas terik boleh hujan tiba-tiba. Better lah buat indoor. Omak like!

Macam biasa acara sukan tahunan PASTI mesti dimulai dengan perarakan masuk oleh pelajar sekolah PASTI.

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Excited giler aku tengok budak-budak tu berbaris marching masuk ke tengah dewan. Comelicious betul. Hehe!

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Kemudian ada budak 6 tahun yang baca doa dan ikrar. Selepas tu ada ucapan dari VIP jemputan. Aku pun tak ingat sangat siapa yang berucap. Buku acara dah hilang.

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Ada 4 rumah sukan iaitu Biru, Hijau, Merah dan Kuning. Masing-masing kena pakai bib mengikut warna rumah. Kecuali rumah hijau tak payah pakai bib sebab baju sukan dah kaler hijau. Anak aku Irfan rumah Hijau.

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Acara sukan pulak dibahagikan mengikut umur dan jantina.

  • Umur 4 Tahun Lelaki / Perempuan
  • Umur 5 Tahun Lelaki / Perempuan
  • Umur 6 Tahun Lelaki / Perempuan

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Masing-masing kena masuk 2 acara sukan. Ada nama diberikan pada setiap acara tu. Rasanya Irfan masuk acara Komando Cilik dan Larian ***. Aku lupa apa nama larian tu. Hak hak hak!

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Team Irfan semuanya sopan santun je berlari dan memanjat bangku. Sebab tu hanya menang tempat ke 3 (Larian ***) dan tempat ke 2 (Komando Cilik).

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Tak kisah lah menang ke kalah. Sebab semua pelajar sekolah PASTI ni dapat hadiah piala dan bekas makanan plastik. Bezanya cuma warna piala (emas, perak, gangsa) dan jenis bekas plastik tu.

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Budak-budak bukan tau beza pun. Dapat hadiah apa pun mesti excited. Hehe!

Sukan Tahunan Sekolah PASTI 2017

Ada juga acara untuk ibu bapa. Aku tak masuk dengan alasan ada baby. Mengelat!

Acara untuk mak-mak ialah tiup belon dan duduk atas belon supaya pecah. Gelak aku tengok kesungguhan mak-mak tu semua.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Nasib baik aku tak masuk. Ngeri aku nak pecahkan belon tu. Hadiah pun tak best sangat. Hak hak hak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *