Simpul Biawak 101

Gempak tak tajuk, Simpul Biawak 101… muah ha..ha..

Me rasa semua ibu2 mengandung tak sah kalau tak kena simpul biawak ni kan… apa tu orang putih panggil ‘leg cramp’.

Kadang-kadang me terfikir kenapa la orang kita panggil leg cramp ni sebagai simpul biawak. Kenapa pilih ‘biawak’… sungguh kurang comel la..ha..ha.. Dalam banyak-banyak haiwan, biawak pulak dipilihnya… bertuah biawak.. dapat glamer free..

Apa kata kita tukar nama simpul biawak ni ke ‘simpul panda’ – sebab beruang panda kan comel dan montel (sama macam pregnant mommies)…ha..ha..ha

Siapa tak tau atau tak pernah dengar simpul biawak angkat tangan? Ok.. apa itu simpul biawak?

Pernah tak salah satu kaki rasa sakit dan jari kaki akan kejang dan tak boleh digerakkan (terutama tiga jari kaki yang tengah). Kadang2 jari kaki tu akan hampir bersilang dengan sendiri. Dan, time tu kita akan rasa sakit tak hingat!

Pernah kan? Itu la simpul biawak @ simpul panda. Kalau tak pernah kira lucky you!

Anyway, me terpanggil (cewah boleh ‘terpanggil’ la pulak) nak tulis pasal simpul biawak ni, bukan sebab me memang pernah kena simpul biawak… eh simpul panda ni masa pregnantkan izzah dulu…

Sebabnya, last few days pun me kena!! Walaupun tak pregnant… heran kan? Sebab kita selalu kaitkan simpul biawak dengan orang pregnant..

Dan dari pemerhatian dan pengalaman, me dapatkan simpulkan (simpul lagi..) bahawa simpul biawak ni bukan disebabkan mitos-mitos ini. Me dah search internet dah, dan kebanyakan orang kata;

  • Simpul biawak berlaku sebab tak cukup kalsium. Sebab masa pregnant kalsium kita diambil oleh baby. So, nak hilangkan simpul biawak atau simpul panda ni, kena minum banyak-banyak susu. Benar ke?

SALAH! Sebab masa me pregnant dulu me memang minum susu hari2. Dan ambik supplemen pil kalsium lagi. Tapi me still kena simpul biawak jugak. Sungguh sakit tau..hu..hu..hu. Dan, sekarang me tak pregnant dan selalu minum soya, tapi kebelakangan ni pun terkena simpul biawak jugak….

  • Simpul biawak terjadi sebab suhu sejuk. Sebab itu simpul ni selalu jadi waktu pagi macam 2-4 pagi gitu. So, nak elakkan simpul biawak aka simpul panda ni, kena sapu minyak panas dan pakai stoking time tidur. Benar ke?

SALAH! Sebab masa me pregnant dulu, bilik kami tak de aircond dan cuaca time tu memang sangat panas. Malam-malam pun panas. Dan, kalau me rasa sejuk, memang me pakai socks. Tapi, kenapa kena simpul biawak juga? Pelik kan….hu..hu

So, nak tau apa sebab utama simpul biawak ni? Jeng jeng jeng.

Sebabnya, tak cukup AIR dan GARAM!!

Walla weh.. sebab apa me cakap camtu. Okey. it’s like this. Me jenis suka minum air like 15 minutes once…mesti nak minum walaupun sikit (sebab tu kenc*ng lawas je…ha..ha). Tapi, since last two weeks, me puasa ganti. Dan hanya minum secawan air suam masa sahur (salah me la, sahur cincai aje, tapi kalau time bulan puasa, sahur mesti proper, siap air milo lagi tu.. sebab tu masa bulan puasa tak pernah lak pulak biawak masuk kaki…ha..ha).

Hari pertama dan kedua puasa, ok.. tapi malam third day… tiba-tiba kaki kejang, kena simpul biawak!

Me pun terfikir, mesti tak cukup air dan garam (kan tak minum dan makan di siang hari), so cepat-cepat me minum air dan makan kacang pistachios tong garden (memang kacang cap tong ni ada rasa masin2 sikit). Dan seperti magik, hilang terus simpul biawak tu.

Dulu time pregnant, simpul biawak ni pasti berkali-kali menyerang dalam masa singkat. Kali ni.. cuma sempat serang sekali je..ha..ha..

Sebenarnya, air terutama air mineral ni tolong menyimbang paras glukosa dan elektrolit dalam badan. Kalau elektrolit ni tak balance, tu yang terkena simpul biawak bagai tu. Elektrolit tu = cecair garam dalam darah

electrolytes 

Chemically salts that dissociate in solution and will carry an electric current; clinically used to mean the mineral salts of blood plasma and other body fluids, especially sodium and potassium.

Habis tu kenapa simpul biawak selalu jadi kat pregnant moms? Sebabnya, kan time pregnant badan gunakan air yang banyak untuk buat air ketuban. Kalau kita terkurang minum air, senang la kena simpul biawak ni. Dah la time pregnant, badan selalu rasa panas dan berpeluh kan? Dan, masa pregnant kan kita asyik nak terkenc*ng je betul tak?

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tambah tu, setengah pregnant mom dinasihatkan tak ambik makanan bergaram. Sebab takut kena darah tinggi. Padahal, garam ni actually help mengurangkan terjadinya darah tinggi (I read about this somewhere, nak kena cari balik).

Tips Kalau Tak Mau Kena Simpul Biawak

  1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (atau make sure garam ada walaupun sikit dalam makanan kita, salt=sodium)
  2. Banyakkan makanan ber-potassium tinggi macam pisang

Tips Kalau Dah Terkena Simpul Biawak @ Simpul Panda

  1. JERIT mintak tolong kat suami….ha..ha.. (minta suami tekan tapak kaki dan picit-picit).
  2. Picit ibu jari kaki sekuat hati (petua dari arwah nenek) – tengok gambar 1. Memang berkesan, tapi kena picit kuat2 for hampir 1 minit.
  3. Picit bahagian pergelangan kaki (tengok gambar 2, tak reti ah nak describe – ni petua me sendiri, baru discover malam tadi dan sangat berkesan..ha..ha).
  4. Tarik semua jari kaki (tengok gambar 3 – petua me)
  5. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang2 kaki) – me guna tiger balm
  6. Kalau tengah duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang mulanya sakit, tapi akan cepat hilang kalau kita bergerak).

simpul-biawak

p/s Selalunya simpul biawak @ simpul panda ni kena sebelah kaki at a time. Tak pernah pula kena 2 kaki sekaligus… kalau kena mau meraung tak hingat…sangat sakit mah!

14 Comments

  • Hahahah tak pernah dengar, tp masa mengadung rasa tak pernah kejang kaki, tp pinggang laa setiap malam rasa nak patah dua. Tido rasa nak menyiarap je. terasa allah tarik nikmat tido menyiarap.
    .-= Jiji´s last blog post..Nilai Ibu (yang aku selalu lupa) =-.

    • Jiji, tak pernah kena mesti sebab pemakanan masa pregnant memang very good… cukup air dan garamnya..he..he

  • masa mengandung memang boleh kata tiap2 malam kena 🙁 dan encik suami memang menjadi mangsa..seb baik dier dulu atlet so tau laa nak buat mcm mana kalo cramp ni…hikss..kurang air dan garam rupanya..me memang jarang minum air 😛
    .-= eliss´s last blog post..Saya kecik hati =-.

    • eliss, next time pregnant kena minum banyak air dan make sure makan proper… cewah.. macam nutrition counselor lak rasa..ha..ha

  • pernah kena! sakit woo….tp betulla tu mase pregnant kan selalu muntah2..so dehydrate tak cukup air+garam..tu yg selalu jadi..nasib baik husband tahu ape nak buat..mmg kalau kena menjerit suruh die bgn.

    • farah, sakit kan? ha..ha.. a ah ye la.. muntah2 tu lagi satu hal..dah muntah, tak de selera makan pulak kan..

  • tak pernah dengar.. dan tak pernah jadik.. hehehe..
    tapi kalau krem kat belakang betis tu biasalah…
    awal2 kena, bangun kan husband.. tapi bila dah lama2 susah sangat nak bangunkan dia, gerakkan ibu jari kaki bila dah terasa2 nak krem tu.. hehehe…

    yaaa… sodium memang kena cukup dalam badan… hehehe
    .-= sya´s last blog post..what i do for a living =-.

    • sya, tak pernah? bertuah betul..he..he.. aa part bangunkan hubby tu..ish..ish sama la tu..ha..ha

  • salam kak ros ,

    ehhh mcm tahu2 jer sy baru trkena simpul panda ni di pg yg syahdu tadi !! huwaaa…merintih gak laa kesaketan…preggy kali ni mmg rekod jugak la,byk kali kena! slalu attack kaki kiri , pg td yg kanan plak sbb cube2 gatei nk stretch kaki yg rase mcm lenguh tuh…me dah 34 weeks nih . My mom said mmg dah sarat2 ni slalu laa kene..

    ok kak ros..next time leh citer pasal vericose veins tak ? alaa yg urat2 hijo timbul2 kat betis tuh…rasenye ade kaitan sbb simpul panda sy ni slalu attack tang betis ..

    • ummi hanies, sakit kan? cubalah teknik yg i bagi tu.. insyaallah dapat hilangkan the panda…ha..ha

      varicose vein ye.. nanti ar akak tulis

  • Furghhh…ni baru kena laa ni..husband i tak der plak ni..i put on the muscular pain cream yg panas…last nite pun kena gak..but my hubby was around to give quick massage…memang adoiii sakitnya…ni yg terus browse cari asal usul penyakit ni…betul llah i drink less water and garam was avoided….

  • I pun tengah kena simpul biawak ni masyallah sakitnya dah almost 2weeks x baik2 lagi dh g massage pun x baik2 lg ubat dh makan pun mcm tu jugak maybe betul jugak skarang ni i kurang minum air n kurangkan garam dlm masakan so senang kena walaupun x pregnant.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *