Mandul… perkataan memang sangat sensitif bagi kebanyakan wanita. Terutama kalau dah berkahwin bertahun-tahun tapi masih tidak dapat anak.
Actualy perkataan mandul tu bermaksud tidak mampu untuk hamil atau menghamilkan. Sebab ada masalah-masalah tertentu.
I know it is such a harsh word to use. Tapi I have to write it. Sebab isu mandul ni selalunya disalahkan pada perempuan!
Me pernah dilaserkan dengan perkataan itu a few years ago.. Selepas 2 tahun berkahwin tapi masih belum mengandung. Pulak tu kena laser oleh adik ipar sendiri. Time raya!
“Kau ni mandul ke?” Yup.. itu ayat yang adik ipar cakap to my face. Di depan semua parents in law, adik ipar dan biras yang lain. Masa orang sepatutnya happy-happy sambut hari raya.
Tapi me tak bagi reaksi apa-apa. Just a blank face, walaupun dalam hati rasa nak bagi pelempang sebijik.
So, sesiapa yang ada masalah kesukaran mendapat anak, dan perlu menghadapi manusia-manusia yang tak sensitif dengan perasaan orang lain tu… banyakkan bersabar. Jangan cepat melatah. Tak de gunanya.
Just put a blank face. Buat bodo. Kalau geram sangat ajak dia berdebat tentang apa definisi mandul tu.
Lelaki Pun Ada Yang Mandul
Kalau tengok definisi mandul yang me beri kat atas tu… tidak mampu untuk hamil atau menghamilkan.
Yup! Ada lelaki yang tidak boleh menghamilkan isteri dia. Walaupun bermacam posisi kamasutra dia buat. Walaupun dia telan viagra berbotol-botol sampai jadi biru.
Sebab apa? Sebab dia tak ada benih! Tak ada sperma!
Tapi yang selalu kena sindir, kena maki, kena cerca, kena laser adalah si isteri. Ada mak mertua fikir yang masalah tu datang dari anak lelaki dia? Ada? Tak ada kan. Semua fikir tu semua kesalahan si isteri. Sebab hanya perempuan yang boleh mengandung. So, kalau tidak mengandung tu mesti isteri lah salahnya.
Okey. Fine kalau sedara mara tak ingat pasal subjek sains masa sekolah dulu. Yang sperma kena bertemu dengan telur untuk menghasilkan bayi.
- Kalau telur besar dan sihat tapi sperma tak ada. Maka tak ada baby.
- Kalau telur besar dan sihat tapi sperma tak larat berenang untuk bertemu telur pun tak jadi baby.
- Kalau sperma ada tapi telur kecik atau telur tak ada pun tak ada baby.
- Kalau sperma ada dan telur besar tapi tak boleh bertemu sebab tiub tersumbat pun tak jadi baby.
Sebab Tu Suami Isteri Kena Check
Yup! Kalau dah bertahun berusaha tapi masih tidak mengandung, kedua-dua suami dan isteri pun kena buat medical check up. Tak de guna kalau isteri je beriya pergi check up sana sini atau makan ubat macam-macam. Tapi suami berdegil tak mahu check sama.
Sebab tu kalau pergi LPPKN, the first thing yang doktor check adalah SUAMI! Kalau kiraan dan kualiti sperma adalah baik baru proceed check isteri pulak.
Macam emo pulak entri ini…ha..ha
Kisah-Kisah Suami Mandul
Kalau korang baca my entry pasal TAFF tu *klik sini*… ada banyak isteri yang meluahkan perasaan kat bahagian komen pasal suami tak subur. Sini me copy untuk korang senang baca. Kat entri TAFF tu dah beratus komen so agak sesak nafas nak scroll down.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Comment by Sumartini Mahadi on 20 March 2010:
Assalamualaikum…
Saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya telah mencuba pelbagai kaedah rawatan dari tradisional hinggalah ke doktor pakar sakit puan. Selepas 2 tahun berkahwin saya terus membuat rawatan kesuburan di hospital pakar. Doktor menasihatkan saya supaya melakukan IVF kerana hanya itu saja cara yang boleh membuatkan saya mengandung kecuali jika ada keajaiban berlaku. Ini kerana bilangan sperma hubby sangat kurang(oligospermia) sekitar 6-8 million.
Doktor juga memberitahu jika saya menjalankan rawatan IUI ia satu yang sia-sia dan buang masa serta duit. Pada tahun 2008 (tahun keempat perkahwinan)saya telah menjalankan rawatan IVF di Hospital Kuala Lumpur. Kos rawatan perlu ditanggung sendiri oleh pesakit kerana hospital kerajaan tidak menyediakan kemudahan IVF secara percuma. Namun begitu, setiap kali buat check up dan konsultansi, kita tak perlu bayar cuma ada sesetengah ubat yang tidak disediakan oleh hospital kerajaan perlu dibeli di hospital swasta spt di SJMC.
Bagaimanapun, rawatan IVF yang saya lakukan gagal. Saya tidak pernah putus asa dan sentiasa yakin suatu hari nanti pasti Allah akan makbulkan doa saya untuk memperoleh zuriat sendiri. Saya sekarang telah memohon anak angkat dgn Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya harap dengan adanya anak angkat itu nanti dapat mengubat kesunyian dan memberikan kebahagiaan buat saya dan suami. Saya masih berminat ingin mencuba lagi rawatan IVF tapi memandangkan kos yang tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan, saya tangguhkan dulu hasrat nak buat IVF. Saya ingin memohon TAFF, bagaimana cara nak download borang permohonan TAFF dari website ini, boleh tak nyatakan syarat-syarat yang khusus untuk memohonnya…
Comment by azimah on 22 March 2010:
assalamualaikum…
saya pn. azimah telah berkahwin hampir 6 tahun tapi masih gagal untuk hamil. Ini kerana di sebabkan kurangnya sperma suami yang normal. pemeriksaan ini telah saya lakukan di HUKM. dan saya telah pun melakukan IVF tetapi masih gagal. Saya tidak tahu apa lagi yang patut saya lakukan. saya telah membuat pinjaman bank semata-mata untuk buat IVF untuk dapatkan zuriat. Bagaimanakah TAFF dapat membantu saya. Saya sentiasa berdoa semoga saya dikurniakan cahaya mata. Bagaimanakah caranya saya untuk mendaftar di TAFF untuk mendapat rawatan disana. Saya harap pihak TAFF dapat membantu saya.
ida Reply:
March 29th, 2010 at 8:57 am
Assalamualaikum semua…..saya ida, kahwin dah nak msk 5 thn, pun belum dikurniakan zuriat, saya & hubby dah mula buat rawatan, rancang nak buat IUI tapi doc kata harapan cuma IVF, itu pun harapan la…masalah suami tiada sperma…skrang suami tgh mkn ubat yg diberikan oleh doc, tunggu 2 bln test air mani lagi, tapi ida buat rawatan kat hospt swasta….ingat nak daftar kat TAFF jugak…sesiapa yg ade pengalaman suami tiada sperma ade harapan tak untuk ade baby?
Tini Reply:
April 5th, 2010 at 10:58 pm
Salam…
Saya ada beberapa soalan, harap dapat sudi jawab….
1. Ada tak ubat yang khusus untuk tingkatkan bilangan sperma selain dari makan makanan yang kaya dengan protein. Setiap kali jumpa doktor, dia tak bagi ubat utk husband pun just suggest makan lebihkan protein dan makan supplement spt tribestean.
2. Apakah faktor2 yang menyebabkan bilangan sperma kurang sedangkan suami aktif, tak merokok, tak pakai yg ketat2pun…
3. Adakah faktor keturunan meyumbang kepada ketidaksuburan/ kemandulan pasangan yang bekahwin?
Ok, TQVM
SUE Reply:
April 14th, 2010 at 12:06 pm
sya cdgkan suami akak mkn daun ketumbar..doktor dr hospital bangkok pernah bgtau kenalan sya..utk kuatkan sperm..try r..
Comment by elysa on 19 April 2010:
salam..
ni pula kisah hidup sy selama 3 thn sy kawin msh blm dikurniakan anak..thn lps sy follow up dkt pvt cliniv ky subang..
dh bermacm2 ubat doc bg trmasukla clomid 2X cycle..msh x berjaya..
jln terakhir doc brain wash my hubby suruh dia wat sperm test..
result nye btl2 menguji kami..NO SPERM..sy rase gelap sekejap dunia ni..tp sy kuatkam semangat..demi suami..sy buat mcm tiada ape yg brlaku dan sy anggap smua ni dugaan dr Allah..then doc wat surat refer to HKL..n resultnye msh same no sperm..doc syorkan kami wat IVF kalo2 ade sel spem yg tersumbat so diorg akn amik sel tu tuk wat IVF..kami blm wat kata putus lg..msalah utama sbb saving x cukup..so terpaksa la tangguh dlu..ble kwn2 ckp psl TAFF ni..nk jgk register tp xtau mcamane cr nye..
ida Reply:
April 20th, 2010 at 7:50 am
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
salam elysa…..jgn sedih n putus asa..nie semua dugaan tuhan pada kita…kita x tau..rahsianya….akak dah nak msk 5 thn kawen, baru lah berjaya pujuk hsbd jumpa doc n wat sperm test, reslt same mcm elysa…bohong klu akak tak sedih tp mcm elysa kate ingat ALLAH,
sebelum nie mcm2 dah wat bg pihak akak, skrg nie doc bg suplmnt kena mkn dlm 2 bln 1/2,n akak monitor dia, pas tu doc srh wat sperm test blk, n klu ade skt pun doc kate boleh wat IVF,tp klu x de kena wat pembedahan kecil kat suami, akak berharap dan berdoa harap2 ALLAH makbulkan doa kite elysa, kite hanya merancang tapi yg menentukan ALLAH SWT…mane tau tiba2 tuhan nak kasi kita cahaya mata..tiap2 tahun dibaginya…aminnn…
Comment by aidatihani on 14 May 2010:
salam sumer…u all baca la paper metro hari ni…citer pasal org yg dh berbelas2 tahun kawen tp x der zuriat lagi…tup2 dapat anak jugak akhirnya…i doakan i fine day all of us pun akan dikurniakan anak jugak…amiiiinnn…
jgn la sedy2 yer…i pun dh 2 kali kawen…1st marriage berkecai sbb ex-hubby kata i mandul…2nd marriage ni after 2 years tanpa disangka2 i peknen…tp kuasa tuhan mengatasi segalanya…baby i meninggal selepas 4 hari dilahirkan…
mmg sedih sgt tp i percaya Allah lebih maha mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambaNya…
so to all yg masih childless jangan la rasa diri tu malang sgt…usaha doa & tawakal ok…jgn tensen2…hidup mesti ceria sokmo…tenang2 kan hati yer…mana tau tetiba ‘melekat’ pulak…
just nak share dgn u all yg muslim rajin2 la baca surah Insyirah…moga2 segala kesusahan kita nak dapat zuriat akan dipermudahkan akhirnya…sapa tau kan…
nice sharing kak ros 😉
nak share satu info pasal husband yang takde sperm ni. i know someone yang macam tu. apparently, kalau kita ada anak lelaki, kita kena jaga betul2 kalau diorang kena mumps lepas umur 13 tahun (kalau tak silap). selalunya, in medicine, most of them yang takde sperm tu because they had mumps after 13 years old. i tak pernah pulak google this info but i was told that this is the main cause.
So lepas ni kalau orang suka-suka tuduh perempuan tu mandul, kita suruh lelaki yang buat dulu kan kan ?
.-= Tifa´s last blog post..Perangai anak yang belum di fahami =-.
salam kak ros, betul, bab mandul org suka salahkan perempuan..ada pulak jenis suami yang takmo check kesuburan..padahal masalahnye kat dia.Ada kawan sy sampai buat laparoscopy utk cek kenapa dia tak peknen selepas 5 tahun kawen, dah la laparoscopy tu last2 jadi laparotomy sebab doktor terpotong salur darah kat uterus tu and kena ikat balik.Duduk wad 2 hari.Dari cerita dia, suami dia nak anak, tapi tak mo ikut dia pi cek..hmm..kesian kawan sy tu..
my fren dia dituduh mandul tapi dia pernahberkali2 hamil keguguran atau doktor suruh gugur sbb jantung anak tak develop kalau lahir pun mmg hanya seketika
yg paling sadis usia 8 bulan bb meninggal dlm perut sbb jantung berlubang but doc keep saying better dia ‘pergi’
sbb bkn kita tentukan
dan akhirnya dia buat test
check…dia CUMA rahim lemah but bed rest will solve everything tapiii..the husband…sperm sangat lembab nak mampos! tak dan nak terjah ovum dah kiok
maka akhirnya semua diam x kata apa sbb laki dia yg tak leh hamilkan dia hatta terhamil pun sperm tak da tenaga then mati
hm..kwn sya ada gak mslh cmni.tapi okla hsband dia medengar kata.mmg kwn pn akui,hsbnd dia nye sperm prob.cuma dia tak share detail ape prob sperm hsbnd dia..but i think ada hikmah gak kwn sya ni takde anak.dia pn ada penyakit yg kritikal.takut kalau dia preggy kang,sian plak nak urus kluarga dengan diri sendiri…tapi tu la sian gak dgn dorg.mcm2 usaha dh buat..tapi lom ada rezeki kan..
Errr…mami tahu ke in laws mung sampai cakap gitu? Whoaaa…boleh jadi perang dunia tu. Zali tak cakap apa ke masa tu?
.-= Zack´s last blog post..Makan Malam di Secret Recipe =-.
Selain mumps kdg2 yg sbbkan lelaki takde sperm adalah sbb saluran diorang tersumbat, meaning benih2 dr testis tak dpt disalurkan..selalu kena buat small operationlah…itu menurut dr ismail thambi yg i pernah jumpa kat lppkn dulu..
so, betul k ros, sblm godek pmpuan, check lelaki nyer dulu…hehehe
.-= ida.z´s last blog post..How Do You Take Your Pills? =-.
nice sharing kak ros..
Along pun ada a few friends yang dah 10 tahun kawin tapi still blum ada rezeki anak. Dulu kitaorg selalu bagi idea, cadangan…buat treatment itu, makan ini, minum itu. Tapi bila dapat tau yang kawan tu actually dah macam2 usaha, cuma x bagitau kat kita sebab takut x menjadi…kesian lak nak bangkitkan hal tu lagi.
Kepada yang ada anak tu, please be sensitive to your friends yang takde. Even kita dok bagi cadangan tu pun, sebenarnya menyentuh hati derang.
Kepada suami yang nakkan anak, tapi takmo pi check…pi la check. Tak kesian ke, orang dok tuduh bini hang mandul. Lain la kalau dua2 memang takmo anak, buat pengumuman…lepas tu takyah layan soklan2 yang menyakitkan hati lagi.
.-= Along´s last blog post..Ticker =-.
Ros, this is a good entry. As a person yg pernah alami infertility and waited 6 years to have a baby, I know the feeling all tooo well. I even wrote about it in my blog too.
It’s easy for people to give unnecessary comments to others yg takdak anak with words like mandul etc etc…and tak sedar that their words can hurt us deeply.
Kudos to you for always posting up entries on this topic. Hopefully, others will be made aware that its not just HER problem or HIS problem but a problem for both couple to deal with together.
.-= ica´s last blog post..No more long winded stories….. =-.
dengan baca entri ni, buat sesiapa yg x memahami blh memahami dan membantu mereka yang belum dikurniakan rezeki anak lg…mcm2 kisah ada..
mmg selalunya mcm tu la. yg selalu dipersalahkan perempuan la pdhal suami pun blh mandul. ramai yg tak tau psl ni. ke..buat2 tak tahu..huhu. yg sedihnya, bila suami tuduh isteri mandul tapi dia sendiri tak nak nak check. ego punya psl…
.-= Nadiah Sidek´s last blog post..Apricot and Banana Muffins =-.
Xde org lelaki pun yg komen entry K.Ros ni? sy nak g share kt FB lah… nak tgk ada tak org laki yg komen…
nape dah lame x update blog ni??? best la topic ni coz saye pun alami masalah yang same. saye dah kawen 1 tahun 4 bulan, and memag tringin sgt nak bb awal. tapi takde rezki lagi. bile balik kg hubby je rase berat sangat2 ati ni. mcam berat je kaki ni nak langkah ke sana. coa mesti akan ade ayat2 or suare2 sumbang yang tanye fsl bb.
n baru2 ni ada gi wat rawatan tradisional coz itu je yang hubby nak wat. ajak gi hosp punyelah susah. n hasil rawatan tu, masalah pade hubby. tapi bile kite ajak die gi wat rawatn laen. makan ubat2 or vitamin, langsung tak mau. sudah2 jadik gaduh. tensen+geram+menyampah pun ade.
tapi kan, knape bile kes istri mandul, suami sanggup ceraikan or kawen lain, tapi bile mandul terjadik pade lelaki, kenape kite anggup bersama dengan diorang lagi???itu yang buat saya terfikir betapa mulianya hati kaum hawa ni sebenarnya
nonie, ada update.. kena click HOME kat top tu baru nampak entri terkini.. tapi pasal kisah mandul tak de la update lagi
salam….sekadar nak berkongsi,kepada yg blum ada ank sy ada petua turun temurun dri keluarga sy,da ramai yg buat dan berjaya,termasuk kkk ipar sy yg kawin 3thn xdpt ank pas tray trus mengandung,senang je,ambik pucuk daun nangka rebus kemudian minum airnya smiggu sekali cukup la..SELAMAT MENCUBA
Suami saya ada masalah azoospermia (zero sperm count), buat testicular biopsy di LPPKN tahun tak jumpa walau seekor sperm pun. Pastu LPPKN bagi surat suruh ambil anak angkat. Selang beberapa tahun kemudian buat pulak rawatn di klinik kesuburan swasta di HUKM.
Mereka suruh suami makan surbex (tablet), injection menonys selama 3 bulan (cucuk kat punggung, 2x seminggu, cost lebih kurang RM2000). Result alhamdullilah positive ada sperm count lebih kurang 10 ekor. Maknanya telur/terstis tadi dah mula nak produce sperm. Memandangkan ada sperm maka blh buat procedur ICSI-IVF (total RM12k). Tp tak berjaya, belum ada rezeki lg kot.
Percubaan kedua. Ingatkan nk inject menonys lagi tp doctor kata tak payah. Dia advise makan Monavi 3 bulan(bagus gak, sbb injection tu mahal sungguh!), dan Alhamdullilah hasilnya sperm count semakin bertambah. Tp saya tak proceed further di MAC HUKM pasal masalah kewangan. Saya cari pula alternatif lain yg lebih murah, register pulak di HKL dan skng ni tgh tggu buat semula sumer proses2 yg sepatutnya.
nak tanya monavi tu apa?