Sewa Lampu Fototerapi | Rawatan Jaundice Bayi Di Rumah – Sewa Lampu Phototherapy Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan

Penyakit demam kuning atau jaundice pada bayi baru lahir memang sangat biasa berlaku. Risiko baby kena jaundice lebih tinggi jika baby lahir lahir pra-matang, kurang berat atau darah bayi tak sama dengan jenis darah parents.

Jaundice pada bayi adalah normal jika berlaku 2-3 hari selepas kelahiran. Biasanya jaundice bayi akan beransur-ansur hilang selepas 2 minggu.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan
Bayi demam kuning (jaundice)

Punca Jaundice Pada Bayi

Penyakit jaundice berlaku apabila kadar bilirubin dalam darah bayi meningkat dengan mendadak pada minggu pertama kelahiran. Paras bilirubin yang tinggi dalam darah menyebabkan kulit, mata dan mulut bayi berwarna kuning.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian sel darah merah yang sudah tua. Proses penguraian sel darah merah ini adalah normal berlaku sepanjang hidup kita.

Selepas proses penguraian itu, bilirubin akan menuju ke usus, ginjal dan ke seluruh tubuh. Jika terlalu banyak bilirubin dilepaskan ke seluruh tubuh bayi maka itu yang menyebabkan warna kuning yang disebut jaundice.

Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai paras bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen. Hati bayi yang masih belum matang juga tidak dapat memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu dengan baik.

Tanda Jaundice Pada Bayi

Kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundice pada bayi seperti ini dikenali sebagai jaundis fisiologi, biasanya tidak menyebabkan masalah pada bayi yang sihat.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Bayi yang mengalami demam kuning akan menunjukkan tanda-tanda pada beberapa bahagian badan. Semakin pekat warna kuning yang ditunjukkan, semakin teruk demam kuning yang dialami oleh bayi.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Berikut ialah tanda-tanda yang menunjukkan bayi terkena jaundice:

  • Kulit,  sklera (bahagian putih pada mata), dada, membran mukosa hidung dan mulut menjadi kekuningan
  • Urine menjadi keruh atau gelap
  • Najis berwarna pucat

Fototerapi, Rawatan Untuk Jaundice Pada Bayi

Rawatan demam kuning baby yang terbaik, selamat dan berkesan ialah rawatan lampu biru phototherapy.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Semasa rawatan fototerapi untuk demam kuning bayi, mesin fototerapi lampu biru ini akan menyebarkan cahaya biru ke arah bayi dari atas dan bawah mesin dengan tujuan menurunkan paras bilirubin pada bayi.

Ibu mesti menyusui bayi dengan kerap semasa rawatan fototerapi supaya bayi akan kerap membuang air besar bagi menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya.

Suatu masa dahulu, rawatan fototerapi untuk bayi jaundice hanya boleh dibuat di hospital. Bayangkan ibu yang baru bersalin terpaksa menahan sakit luka bersalin dan bersusah-payah berulang-alik dari rumah ke hospital untuk mendapatkan rawatan lampu biru bagi bayi yang alami demam kuning. Sangat menyeksakan!

Aku tahu sebab aku sendiri pernah alaminya. Anak sulung aku kena demam kuning 6 hari selepas lahir. Bacaan bilirubin 296. Sangat tinggi.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Terasa koyak emosi apabila terpaksa ulang-alik ke klinik kesihatan untuk check paras bilirubin pada bayi jaundice. Baby kena cucuk tapak kaki berkali-kali untuk diambil darah. Sampai lebam biru tapak kaki anak aku.

Aku pula masa tu bersalin secara pembedahan cesarean. Kena pulak naik kereta ulang-alik ke klinik dan hospital. Rasa nak tercabut nyawa apabila kereta terlanggar batu kerikil, lubang dan melalui jalan berbonggol.

Tapi masa tu aku tiada pilihan sebab mesin fototerapi hanya ada di hospital sahaja. Alangkah bagusnya kalau rawatan phototeraphy baby jaundice boleh dibuat di rumah? Tak perlu ibu yang baru bersalin menempuhi kesakitan berulang-alik ke klinik dan hospital.

Sewa Lampu Phototherapy Dari Golden Leads Hospitality

Sekarang ibu yang anak kena jaundice tak perlu risau terpaksa ulang-alik ke hospital lagi. Anda boleh sewa mesin lampu fototerapi dari Golden Leads Hospitality.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Mesin lampu biru phototherapy yang digunakan sebagai rawatan demam kuning jaundice bayi ini boleh digunakan di rumah dengan selamat dan berkesan. Teknologi terkini Eropah yang telah digunakan oleh Hospital luar dan dalam negara ini dihasilkan dengan kerjasama meluas antara MTTS, Design that Matters (Massachusetts, USA) dan East Meets West Foundation (California, USA).

Kelebihan Sewa Lampu Foterapi Golden Leads Hospitality

Berikut ialah kelebihan menyewa mesin lampu biru phototherapy dari Golden Leads Hospitality.

  • Lokasi base di Sepang, Selangor dan mempunyai cawangan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
  • Lampu Biru ini dihasilkan dengan kerjasama antara MTTS, Design that Matters (Massachusetts, USA), and East Meets West Foundation (California, USA).
  • Teknologi terkini daripada Eropah dan telah digunakan di banyak Hospital luar dan dalam negara.
  • Lampu Biru telah mendapat kelulusan CE iaitu selamat digunakan daripada European Conformity.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

  • Lampu Biru diservis oleh syarikat yang berdaftar dengan Medical Device Authority(MDA).

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

  • Mempunyai design dan saiz yang kompak dan mudah alih tidak memerlukan ruang yg luas boleh diletakkan di atas katil tidur bersebelah ibu.
  • Lampu Biru terdiri daripada 2 bahagian yang menghasilkan sumber cahaya biru @ Top & Bottom light (baby tidak perlu dialihkan posisi tidur untuk mendapatkan kesan rawatan maksimum)

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

  • Menggunakan Lampu LED (tidak panas) berbanding Lampu konvensional Floresen yang menghasilkan haba panas.

Lampu Phototherapy Rawatan Demam Kuning Terbaik

Baby disahkan kena demam kuning? Aku sarankan rawat demam kuning bayi dengan lampu biru fototerapi. Rawatan lampu biru phototherapy sudah terbukti berkesan secara klinikal menurunkan bacaan bilirubin kuning bayi dengan cepat, berkesan dan selamat.

Tak usah cuba petua yang suruh bagi baby makan atau minum air rebusan daun / bunga / buah / serbuk mutiara / susu kambing dan sebagainya tu. Usus baby belum matang untuk terima semua benda tu. Risiko besar untuk bayi terkena jangkitan kuman pada usus!

Aku sendiri pernah alami. Hampir meroyan aku apabila baby dimasukkan dalam was NICU selama 11 hari disebabkan kebodohan kami mengikut petua-petua merawat jaundice tersebut.

Nasib baik baby aku selamat. Jika tak? Menyesal seumur hidup pun tak guna.

Kelebihan Sewa Lampu Fototerapi Untuk Rawatan Jaundice Di Rumah

  • Bayi akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
  • Ibu tak perlu berulang-alik ke klinik dan hospital
  • Ibu tak payah berpisah lama dengan bayi baru lahir.
  • Ibu dapat menjaga anak sendiri di rumah dan mampu memberikan susu badan.
  • Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
  • Ibu selesa dan tak perlu stress mendapat rawatan di hospital kerajaan.
  • Caranya mudah, selamat dan berkesan.
  • Kurang dari 24 jam rawatan lampu biru dijalankan, kuning bayi turun dengan banyak sekali.
  • Bayi kurang meragam sepanjang rawatan kerana lampu biru LED tidak menghasilkan haba, jadi bayi lebih selesa.

Pertanyaan atau tempahan: Tel/Whatsapp : +6011-5686 8669

LINK UTK WHATSAPP=> http://sewalampubiru.wasap.my

Pakej Sewa Lampu Biru Mesin Fototerapi Demam Kuning (Jaundice)

Golden Leads Hospitality yang dikendalikan oleh Tuan Abdul Latif untuk bahagian jaundice bayi menawarkan perkhidmatan sewa mesin fototerapi demam kuning bayi bagi ibu bapa yang memerlukannya untuk merawat bayi.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Pakej sewa lampu biru termasuklah set lampu biru mesin fototerapi, penutup mata bayi, servis penghantaran mesin lampu biru ke rumah dan juga jaundice level meter (optional).

1. Set Lampu Biru

Lampu biru mesin fototerapi yang akan anda terima terdiri daripada 2 bahagian yang menghasilkan sumber cahaya biru iaitu Top & Bottom light.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Anda boleh biarkan bayi tidur seperti biasa di tempat yang disediakan dengan memakai penutup mata dibawah pancaran cahaya biru.

2. Penutup Mata Bayi

Penutup mata bayi perlu dipakai oleh bayi semasa rawatan fototerapi lampu biru di rumah bagi mengelakkan bayi melihat cahaya lampu biru scara langsung. Ia juga memudahkan bayi tidur tanpa meragam dan lebih selesa.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Mesin fototerapi demam kuning ini akan dihantar dari Golden Leads Hospitality terus kepada anda. Anda boleh gunakannya dalam tempoh yang dibincangkan bagi mengatasi masalah demam kuning bayi anda dengan berkesan dan selamat.

4. Jaundice Level Meter (Optional)

Anda juga boleh menyewa Jaundice Level Meter juga untuk memantau bacaan demam kuning bayi ketika di rumah tanpa perlu mengambil darah bayi.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Harga Sewa Lampu Phototherapy Golden Leads Hospitality

Sewaan lampu biru untuk 2 hari adalah RM300 manakala anda boleh dapatkan serendah RM380 untuk sewaan selama 3 hari.  Harga pakej sewaan sudah termasuk set lampu biru, penutup mata dan kos penghantaran.

  • 2D 2N(48Jam) : RM300
  • 3D 2N(60Jam) : RM380

Anda boleh memantau bacaan jaundice bayi untuk setiap beberapa jam di rumah dengan menggunakan Jaundive Level Meter (optional – RM50) dan kemudian kerap menyusukan bayi untuk mempercepatkan penurunan demam kuning.

Sewa Mesin Phototheraphy Lampu Fototerapi Lampu Biru Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Testimoni Pengguna Mesin Fototerapi Demam Kuning Lampu Biru

Ramai ibu bapa sangat berpuas hati dengan kesan menggunakan lampu biru bagi mengatasi masalah jaundice pada bayi. Mesin fototerapi demam kuning adalah sangat berkesan dalam merawat bayi dalam tempoh yang ditetapkan dengan harga yang berpatutan dan paling penting ia menyembuhkan secara efektif seperti rawatan hospital tanpa anda perlu ke hospital.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Testimoni Sewa Lampu Phototherapy Selangor, KL & Negeri Sembilan : “Bacaan kuning baby akak turun banyak… baby pun tak meragam sangat duduk bawah lampu tu..”

Testimoni Sewa Mesin Lampu Fototerapi Lampu Biru Golden Leads Hospitality Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Testimoni Sewa Lampu Fototerapi Selangor, KL & Negeri Sembilan : “Bacaan hari ini 126. Turun banyak. Alhamdulillah.. terima kasih ya atas servis sewaan lampu biru tuan ini.”

Testimoni Sewa Mesin Lampu Fototerapi Lampu Biru Golden Leads Hospitality Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Testimoni Sewa Lampu Phototherapy Selangor, KL & Negeri Sembilan : “Alhamdulillah… dah turun banyak dalam masa sehari je guna lampu biru tu… dari 276 kepada 200 dalam masa sehari!”

Testimoni Sewa Mesin Lampu Fototerapi Lampu Biru Golden Leads Hospitality Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Testimoni Sewa Lampu Fototerapi Selangor, KL & Negeri Sembilan : “Alhamdulillah… banyak turun. Semalam bawa klinik 184”

Testimoni Sewa Mesin Lampu Fototerapi Lampu Biru Golden Leads Hospitality Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Testimoni Sewa Lampu Phototherapy Selangor, KL & Negeri Sembilan : ” Dah turun banyak. Hari tu 250. Hari ini bacaan kuning jadi 169.”

Testimoni Sewa Mesin Lampu Fototerapi Lampu Biru Golden Leads Hospitality Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Testimoni Sewa Lampu Fototerapi Selangor, KL & Negeri Sembilan : “Baby saya dah semakin aktif lepas guna lampu biru ni. Bacaan kuning pun dah rendah”

Testimoni Sewa Mesin Lampu Fototerapi Lampu Biru Golden Leads Hospitality Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

Testimoni Sewa Lampu Phototherapy Selangor, KL & Negeri Sembilan : “Banyak penurunan. 229 ke 208 kemudian 188.”

Testimoni Sewa Mesin Lampu Fototerapi Lampu Biru Golden Leads Hospitality Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan

SEWA MESIN FOTOTERAPI DEMAM KUNING (JAUNDICE) DI SELANGOR, KUALA LUMPUR & NEGERI SEMBILAN

Hotline: +6011-5686 8669 | LINK UTK WHATSAPP=> http://sewalampubiru.wasap.my

Sewa Lampu Phototherapy di Selangor dan KL boleh didapati di kawasan berikut:

Sepang, Salak Tinggi, Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Gombak, Cheras, Bangi, Kajang, Banting, Morib, Putrajaya, Serdang, Puchong, Selayang, Kota Warisan, KLIA, Sentul, Seri Kembangan, Sungai Buloh, Ampang, Bandar Saujana Putra, Cyberjaya, Kota Damansara, Wangsa Maju dan Dengkil.

Perkhidmatan sewa lampu foterapi di Negeri Sembilan boleh didapati di kawasan Nilai, Seremban, Sendayan dan Senawang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *