Bismillah. Cikros di sini.
Set geometri Helix Oxford ni memang set geometri sekolah yang memang legend lah. Hehe!
Aku dulu masa sekolah memang guna The Helix Oxford Set of Mathematical Instruments ni. Seingat aku set geometri ni memang popular di kalangan pelajar sekolah menengah masa tu.
Semua orang ada bekas tin set geometri Helix Oxford tu. Semua orang!
Aku ingat set geometri ni hanya students sekolah menengah yang guna. Tapi sekarang even budak sekolah rendah pun kena ada set geometri matematik!
Izzah kena beli set geometri masa sekolah hari tu sebab ada subjek matematik Tahun 4 yang memerlukan penggunaan set geometri. Terkejut aku!
Kelam-kabut suami aku pergi cari set geometri yang murah tapi semua habis! Biasanya set geometri yang murah boleh dapat dalam RM2-RM5 per set. Of coz lah tak ada jenama.
So cari punya cari dapat juga beli set geometri untuk Izzah. Tapi bukan set geometri yang murah lah. Kami beli set geometri legend iaitu The Helix Oxford Set of Mathematical Instruments. Harganya RM15 satu set.
Bila aku pegang set geometri ni terasa di bawa kembali ke alam persekolahan 30 tahun dulu. Wahaha!
Nama Alat Set Geometri dan Fungsi
Since anak aku kena belajar guna set geometri matematik, so aku sebagai omak juga kena refreshed balik apa nama alat set geometri tu dan kegunaan alat set geometri tu.
Set geometri The Oxford Set of Mathematical Instruments mengandungi:
Metal Compass / Jangka Lukis
Jangka lukis adala alat yang digunakan untuk melukis bulatan.
Satu kakinya mempunyai jarum yang digunakan sebagai penanda pusat bulatan manakala satu kaki lagi mempunyai mata pensil yang digunakan untuk melukis garis bulatan
Metal Divider / Jangka Pembahagi
Jangka Pembahagi digunakan untuk membahagi sesuatu garisan dengan sama jarak atau memindahkan jarak atau ukuran.
Biasanya ia mempunyai kedua-dua hujung kakinya yang berjarum dan juga ada yang mempunyai penyelaras sengkangan.
180° Protractor / Jangka Sudut
Jangka sudut ialah alat berbentuk separuh bulatan yang digunakan untuk mengukur dan melukis sudut.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
2 sets Square
Square ada alat geometri dibuat daripada plastik atau besi yang mempunyai tiga sisi lurus satu sudut tegak (right angle). Ia digunakan untuk melukis garisan dan mengukur sudut.
Selain daripada alat di atas, set geometri Helix Oxford juga mengandungi:
- 15cm Ruler / Pembaris | 9cm Pencil / Pensel
- Pencil Sharpener / Pengasah Pensel | Eraser / Pemadam